omniture

Kepulangan Raja - TCL Bantu Pasukan Bola Keranjang Lelaki China Menangi Kejuaraan Asia dan Layak ke Olimpik Brazil

TCL Corporation
2015-10-07 23:57 381

SHENZHEN, China, 7 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Kejuaraan Bola Keranjang Lelaki Asia FIBA 2015, yang diadakan di Changsha, wilayah Hunan, China, telah berakhir pada 3 Oktober, dengan pasukan China berjaya menewaskan Filipina dengan mata 78-67 dalam perlawanan akhir. Perlawanan akhir itu merupakan acara kelayakan untuk penyertaan dalam Sukan Olimpik Rio 2016. Kejayaan Kejuaraan Asia itu merupakan gelaran ke-16 untuk pasukan bola keranjang lelaki China semasa pertandingan itu dan menandakan kembalinya pasukan itu sebagai peneraju di Asia selepas 4 tahun. Penaja utama pasukan bola keranjang lelaki China, TCL Group turut menyumbang kepada kejayaan pasukan itu.

Selain daripada menyediakan pembiayaan untuk tempoh jangka panjang, teknologi, kelengkapan dan bentuk sokongan lain, TCL turut menganjurkan acara dalam talian, luar talian dan interaktif yang besar dengan tema "Manfaatkan Zaman Remaja Anda" untuk peminat pasukan itu semasa Kejuaraan Asia yang baru berakhir. Acara-acara tersebut merangsang semangat peminat di seluruh negara dan mendorong semangat juang setiap ahli pasukan. TCL melancarkan siri acara bertema pada platform blog mikro Weibo dan lain-lain platform internet China yang terkenal selain menganjurkan acara penonton malam Peminat selama 8 hari yang mana peminat berhimpun untuk menyorak pasukan. Dengan menyatukan para peminat, TCL menyediakan dorongan yang berkuasa untuk pasukan itu. Didorong oleh sokongan TCL dan sokongan bersemangat para peminat, siaran langsung perlawanan akhir Kejuaraan Bola Keranjang Asia memperoleh bilangan hadirin tertinggi tahun ini bagi rangkaian TV yang menayangkan acara tersebut secara serentak, saluran sukan seluruh China CCTV-5.

Sebagai pengeluar produk "pintar" global dan penyedia khidmat aplikasi Internet, TCL ingin mengubah imej syarikat dengan sasaran untuk mewujudkan jenama yang "muda, bergaya dan bertaraf antarabangsa". Falsafah korporat TCL bertemakan "Kehidupan Kreatif" dan keghairahan yang mendorong segala yang dilakukan oleh TCL telah membuktikan mereka sebagai padanan hebat dengan bola keranjang, memandangkan pencarian kecemerlangan dalam teknologi interaktif dan sukan bergantung kepada gabungan kreativiti serta kesungguhan. Setelah menjadi penaja pasukan bola keranjang lelaki China pada tahun 2009 dan menaik taraf peranan tersebut sebagai penaja utama pada tahun 2011, TCL telah berganding bahu dengan pasukan itu sehingga berjaya memenangi kejuaraan bola keranjang lelaki Sukan Asia pada tahun 2010, Kejuaraan Asia pada tahun 2011, serta Piala Juara-juara Benua Stankovic FIBA pada tahun 2012. Walaupun ketika pasukan bola keranjang China melalui detik-detik sukar apabila pemain-pemain penting bersara atau tidak dapat beraksi buat suatu tempoh akibat kecederaan, TCL kekal dengan semangat yang bersungguh-sungguh dalam memberikan sokongan mantap kepada pasukan dan ahli-ahlinya serta membantu mereka mewujudkan asas yang kukuh untuk kepulangan mereka kepada kedudukan tertinggi Kejuaraan Asia.

Menilai daripada campuran usia semasa bagi ahli-ahli teras pasukan itu, Piala Dunia bola keranjang lelaki 2019 dan Olimpik Tokyo 2020 akan menguji kekuatan pasukan yang telah mencapai kematangannya. Yi Jianlian, pemain bola keranjang China yang memenangi anugerah MVP dalam kejuaraan Asia tahun ini, berkata, "Kami berharap untuk menunjukkan diri kami di pentas dunia." Kesungguhan seperti ini disokong dan akan terus mendapat sokongan yang hebat daripada TCL Group. TCL telah membuktikan dirinya berkali-kali sebagai perintis antarabangsa dari China, dan, dengan memanfaatkan semangat muda yang menentukan pasukan bola keranjang China, menjangkakan sepenuhnya untuk mewujudkan masa depan yang cerah kepada pasukan itu.

Wakil Hubungan: Marta Chen
Nombor Telefon: +86-0755-33313868
E-mel: chenxuejun@tcl.com

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Sporting Events Sports