omniture

Amerika Syarikat Muncul Sebagai Pembekal LNG Paling Menarik untuk Pasaran Asia

dmg::events (UK) Ltd
2015-10-08 01:29 426

SINGAPURA, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Laporan terkini daripada Agensi Tenaga Antarabangsa menyatakan Kanada akan gagal untuk mendapatkan sebarang projek eksport gas asli cecair (LNG) yang berjalan sebelum tahun 2020, memberi laluan kepada pembekal Amerika Syarikat untuk mendominasi.

Kanada kini sedang bersaing dengan projek LNG di Amerika Syarikat yang sudah pun mempunyai kelebihan tersendiri untuk dibangunkan menggunakan kemudahan gas sedia ada, yang akan mengurangkan perbelanjaan modal serta membolehkan permit lebih mudah diperolehi.

Projek-projek baharu di seluruh Amerika Syarikat sedang berkembang pesat dengan kemajuan mereka ke arah eksport, yang kebanyakan pakar bersetuju ia akan berjumlah sehingga 60 juta tan setahun (mtpa) bagi LNG menjelang tahun 2024, menjadikan Amerika Syarikat sebagai pengeksport ketiga terbesar di dunia. Namun begitu, Kanada masih lagi berpeluang sekiranya negara tersebut bertindak pantas dan kerajaan persekutuan boleh membentuk persetujuan pandangan bagi memberikan kelulusan kepada projek-projek eksport.

Dalam tempoh tiga minggu lagi, acara gas dan LNG terbesar dunia akan menghimpunkan bersama ketua-ketua projek dan prospektor yang membangunkan eksport LNG Amerika Utara ke Asia - semasa Persidangan & Pameran Gastech di Singapura. Acara itu dianggap sebagai acara paling penting di dunia untuk membangunkan perniagaan melalui rantaian nilai gas asli & LNG dan kedua-duanya amat penting dihadiri oleh para pembangun projek Amerika dan Kanada.

Ketika Amerika Syarikat dan Kanada bersaing untuk mendapatkan kontrak LNG bernilai berbilion dolar, tokoh terkemuka daripada kedua-dua negara akan hadir untuk bertemu serta membangunkan perniagaan bersama para pengguna Asia yang utama dari Jepun, Korea, China, Taiwan, India, dan pasaran membangun di Asia Tenggara.

VIP dan penyampai terkemuka yang akan membentangkan kes untuk kelebihan bekalan LNG Amerika Utara terdiri daripada: Robert Franklin, Presiden ExxonMobil Gas & Power Marketing; Pierre Breber, Naib Presiden Eksekutif Chevron Gas & Midstream; Gabenor William Walker, Negeri Alaska; Yang Berhormat Rich Coleman, Timbalan Perdana Menteri Kerajaan British Columbia; Yang Berhormat Michel Samson, Menteri Tenaga Nova Scotia; serta ketua eksekutif terkemuka yang mewakili projek-projek AS termasuk: Jordan Cove LNG, Annova LNG, Delphin LNG, Texas LNG, Golden Pass dan banyak lagi.

Persidangan & Pameran Gastech dianjurkan oleh BG Group. Acara ini disokong oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura, Perusahaan Antarabangsa (IE) Singapura dan Biro Pameran & Konvensyen Singapura (SECB), serta akan diadakan sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW).

Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.gastechsingapore.com/conference  

Anthony Webb | Eksekutif Pemasaran | anthonywebb@dmgevents.com | +44-(0)203-772-6026

SUMBER  dmg::events (UK) Ltd

Source: dmg::events (UK) Ltd
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Economic news, trends, analysis Trade show news