omniture

Mesyuarat Menteri Tenaga G20 Bersetuju untuk Kolaborasi Tenaga Terangkum

G20 Turkish Presidency
2015-10-08 01:46 557

ISTANBUL, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Menteri Tenaga G20 pertama telah diadakan pada 2 Oktober di Istanbul. Tambahan lagi, Persidangan Peringkat Tinggi G20 Akses Tenaga di Sub-Sahara Afrika telah dianjurkan pada 1 Oktober.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151006/274479)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151006/274483)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151006/274487)

Para menteri memfokuskan kolaborasi tenaga terangkum untuk menangani cabaran tenaga masa kini dan masa depan, berdasarkan Prinsip Tenaga G20 yang dipersetujui tahun lalu. 

Sejajar dengan keutamaan Kepresidenan G20 Turki untuk Perangkuman, Pelaburan dan Pelaksanaan, isu-isu berikut telah dibincangkan:

Akses kepada tenaga untuk semua: 

Lebih 1.1 bilion orang meneruskan kehidupan tanpa mendapat akses kepada tenaga elektrik, kebanyakan mereka adalah dari kawasan Sub-Sahara Afrika. Akses tenaga adalah sangat kritikal untuk pembangunan mampan seperti yang ditakrifkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030. Sebagai sebahagian daripada sumbangan G20 kepada Agenda ini, satu "Pelan Tindakan Akses Tenaga G20: Kolaborasi Sukarela untuk Akses Tenaga" yang baharu telah digunakan. Pelan tersebut, yang disediakan dengan sokongan SE4All, para pemegang saham Afrika, dan pertubuhan-pertubuhan antara kerajaan (IO) lain, memfokuskan penambahbaikan penyelarasan, pelaburan, penyepaduan rantau dan pembinaan kapasiti dengan memberi tumpuan khusus kepada Sub-Sahara Afrika.

Pelaburan Tenaga Melihatkan Keadaan Pasaran Semasa:

Pelaburan tenaga mencakupi bahagian yang banyak daripada jumlah keperluan pelaburan. Menurut IEA, memenuhi keperluan tenaga dunia memerlukan pelaburan sebanyak $48 trilion sepanjang tempoh sehingga tahun 2035. Ketika keputusan pelaburan tenaga yang dibuat dalam keadaan pasaran hari ini akan mempengaruhi keseimbangan pasaran dan hasil persekitaran pada masa depan, adalah penting untuk memantau dan menilai keadaan ini. Menteri-menteri Tenaga menekankan kepentingan untuk menyokong pelaburan tenaga dalam teknologi tenaga bersih.

Tenaga Boleh Diperbaharui

Dengan mengambil kira potensi pertumbuhan tinggi untuk bahan boleh diperbaharui seluruh dunia, para Menteri membincangkan kaedah dan cara untuk meningkatkan pengambilan tenaga boleh diperbaharui serta cabarannya. "Kit Alat G20 untuk Pilihan Sukarela Pengaturan Tenaga Diperbaharui" yang baharu telah digunakan, yang disediakan dengan sokongan IRENA dan pertubuhan-pertubuhan antara kerajaan (IO) lain. Kit Alat itu menyediakan pilihan untuk kajian lanjut bagi mempertingkatkan pengambilan tenaga boleh dibaharui.

Kecekapan Tenaga

Sewaktu Mesyuarat itu, kemajuan penting yang dicapai pada tahun 2015 di bawah "Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga G20: Kolaborasi Sukarela untuk Kecekapan Tenaga" yang digunakan tahun lalu telah dibentangkan oleh IPEEC. Para menteri mengalu-alukan kemajuan di bawah aliran kerja untuk pengangkutan, bangunan, produk, kewangan, industri, dan penjanaan elektrik, serta menekankan kepentingan untuk terus memajukan usaha ini.

Kenyataan Kementerian yang digunakan semasa Mesyuarat itu akan dibentangkan kepada Para Pemimpin semasa Sidang Kemuncak Antalya.

Ucapan Yang Mulia Ali Riza Alaboyun, Menteri Tenaga dan Sumber Alam semasa sidang media.

SUMBER  G20 Turkish Presidency

Source: G20 Turkish Presidency
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Economic news, trends, analysis