KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre, peneraju dalam audio kereta selepas pasaran, hari ini melancarkan penerima multimedia 2016, membawakan sokongan format audio lossless FLAC, Spotify dan ciri-ciri lain yang menarik untuk hiburan kereta.
Lapan penerima multimedia baru boleh didapati dalam faktor bentuk dan saiz skrin yang berbeza: Dalam kategori 2-DIN adalah AVH-X5850BT dan AVH-X4850DVD dengan paparan skrin 7 inci yang besar, sementara AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-285BT serta AVH-185DVD didatangkan dengan skrin 6.2 inci. 1-DIN AVH-X7850BT dan AVH-X6850BT pula mempunyai rekaan yang menjimatkan ruang dengan menggunakan skrin 7 inci slaid keluar yang boleh disimpan.
"Siaran muzik dan siaran TV digital kini boleh didapati secara meluas, termasuk format audio lossless seperti FLAC, yang mendapat permintaan tinggi daripada penggemar audio. Penerima multimedia Pioneer baru kami telah direka untuk memanfaatkan trend ini, memberikan pengalaman hiburan dalam kereta yang lancer secara intuitif dan mendalam," kata En. Isao Nomura, Timbalan Pengurus Besar Divisyen Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics AsiaCentre.
Unsur-unsur utama yang berikut boleh didapati dalam model 2016:
MUZIK LEBIH BAIK DARIPADA KUALITI CD
Sokongan audio format lossless FLAC[1] membenarkan pemandu dan penumpang menikmati rakaman muzik yang lebih berkualiti tinggi[2], jauh lebih hebat berbanding MP3 dan CD. FLAC bukan sahaja mengekalkan semua nuansa dan kedinamikan rakaman studio asal, ia juga mempunyai resolusi yang lebih tinggi untuk peningkatan kejelasan dipertingkat -- sehingga 24-bit/48KHz untuk penerima multimedia Pioneer 2016.
Dari segi saiz fail, format FLAC adalah 50% hingga 60% lebih kecil daripada format WAV tidak mampat, membenarkan lebih banyak lagu dimuatkan dalam peranti simpanan USB dan telefon pintar yang sama.
AKSES BERJUTA-JUTA LAGU MELALUI SPOTIFY
Hanya dengan kabel USB (iOS) atau Bluetooth (Android) sahaja yang diperlukan untuk Spotify berfungsi dengan telefon pintar yang serasi dengan penerima multimedia 2016 Pioneer[3] yang baru. Apabila dihubungkan, pengguna di Singapura, Malaysia dan Filipina boleh mengakses lebih 30 juta lagu melalui Spotify[4]; pengguna boleh melayari, mencari dan memilih lagu dengan mudah, secara langsung sama ada daripada penerima atau telefon.
SKRIN LEBIH JELAS, SUDUT LEBIH LEBAR
Kini dilengkapi dengan skrin sentuh sensitif tekanan ClearType yang lebih baik yang menjanjikan kualiti visual lebih baik, pengguna kini boleh mengendalikan penerima multimedia, memainkan filem, atau memandu dengan navigasi secara lancar dan mudah pada kebanyakan sudut tontonan serta di bawah keadaan matahari yang cerah. Sebagai sebahagian daripada penaiktarafan skrin keseluruhan, latar belakangnya dikemas kini dengan grafik baharu yang juga menyegarkan.
KAWALAN DI HUJUNG JARI ANDA
Modul kawalan stereng[5] membenarkan pemandu mengendalikan penerima dengan selamat, termasuk menjawab panggilan telefon, tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng. Tambahan lagi, menekan butang bisu pada penerima multimedia boleh mengaktifkan fungsi pengecaman suara yang berguna.
PENYEPADUAN TELEFON PINTAR PENERAJU PASARAN
Berikut merupakan ciri-ciri penerima Pioneer yang lebih inovatif bagi memanfaatkan sepenuhnya telefon pintar terbaharu:
Untuk memuat turun imej produk beresolusi tinggi, sila ke https://www.dropbox.com/s/vt38gmc0g0slp6t/Pioneer%20Multimedia%20Receivers%20Images.zip?dl=0.
Penerima Multimedia dan TV Pioneer 2016 boleh didapati daripada pengedar sah Pioneer mulai November 2015.
*Ketersediaan produk adalah berbeza mengikut negara. Sila rujuk jadual di bawah atau hubungi pejabat Pioneer bagi negara paling hampir dengan anda untuk maklumat lanjut
Negara |
Model Sedia Ada |
Individu untuk Dihubungi |
Singapura |
AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT, AVH-285BT, AVH-185DVD |
Charlotte Tan (65)6603 9008 |
Malaysia |
AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT , AVH-X6850DVD, AVH-285BT, AVH-185DVD |
Ryan Lee (03) 2697 2920 |
Filipina |
AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-285BT, AVH-185DVD, |
Gina Cercado (63) 2 8526706 |
Vietnam |
AVH-X5850BT, AVH-X1850DVD, AVH-285BT, AVH-185DVD, |
En. Duc (84) 8 35162870*(306) |
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang produk ini, sila layari laman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.
Nota tambahan:
i. Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika ia mengalihkan tumpuan anda daripada pengendalian kenderaan anda yang selamat dalam sebarang cara sekalipun. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan yang selamat. Di sesetengah negara, pengendalian peranti tertentu semasa memandu adalah salah di sisi undang-undangnya. Patuhi undang-undang tersebut sekiranya tertakluk.
ii. Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti simpanan besar USB dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar, atau peranti lain semasa menggunakan penerima itu.
iii. Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih yang dibolehkan Bluetooth yang serasi. Sesetengah ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti yang dibolehkan yang serasi Bluetooth, dan/atau fungsi ciri itu mungkin terhad dalam sesetengah peranti atau sesetengah pembawa wayarles tertentu.
iv. Penerima Multimedia Pioneer adalah untuk telefon pintar Android tertentu sahaja. Keserasian telefon pintar Android mungkin berbeza. Sila periksa dengan pengedar sah Pioneer tempatan untuk maklumat lanjut.
v. PIONEER dan MIXTRAX adalah tanda dagangan berdaftar Pioneer Corporation.
vi. Apple®, iPhone® merupakan tanda dagangan Apple Inc., didaftar di A.S. dan negara-negara lain.
vii. Android™ merupakan tanda dagang Google Inc.
viii. iOS® adalah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Cisco di A.S. dan negara-negara lain serta digunakan dengan lesen.
ix. BLUETOOTH® adalah tanda dagang berdaftar bagi Bluetooth SIG, Inc
x. Spotify® adalah tanda dagang berdaftar bagi Spotify Group.
xi. Semua jenama, nama produk, atau logo lain mungkin merupakan tanda dagang atau tanda dagang berdaftar bagi pemegang masing-masing.
Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.
Ibu pejabat rantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer adalah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas pasaran terkemuka untuk jenama-jenama kereta terkenal, menyediakan penyelesaian maklumat dan hiburan yang menyeluruh di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin pesat berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pioneer.com.sg.
Nota:
[1] Hanya untuk AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT dan AVH-X6850DVD
[2] Hanya untuk fail yang disimpan dalam pemacu jari USB.
[3] Hanya untuk AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT dan AVH-X6850DVD
[4] https://press.spotify.com/sg-en/information/
[5] Hanya untuk AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT dan AVH-X6850DVD
[6] GEX-2850DVB2 direka dan dibina untuk digunakan di negara-negara yang serasi dengan siaran DVB-T dan DVB-T2.
[7] Prestasi sebenar mungkin berbeza dan bergantung kepada pelbagai faktor luaran seperti lokasi geografi.
[8] Hanya untuk AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT dan AVH-X6850DVD
[9] Kabel aksesori Pioneer CD-MU200 untuk telefon pintar Android™ tertentu, dan kabel aksesori Pioneer CD-IU52 untuk iPhone tertentu, setiap satunya dijual berasingan.
[10] Hanya untuk AVH-X5850BT, AVH-X4850DVD, AVH-X2850BT, AVH-X1850DVD, AVH-X7850BT dan AVH-X6850DVD
[11] Boleh didapati hanya untuk penerima Pioneer dengan keterhubungan Bluetooth terbina dalam.
[12] Memerlukan peranti iOS dan Android yang serasi dengan AVRCP versi 1.5.
Hubungi:
Charlotte Tan
Nombor telefon: +65 6603 9000
E-mel: SingaporePioneer@text100.com.sg
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151005/8521506558-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151005/8521506558-b