omniture

Gionee Lancarkan Telefon Tercanggihnya ELIFE E8 di India Secara Eksklusif bersama Snapdeal

Gionee
2015-10-09 11:06 437

NEW DELHI, India, 9 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Gionee, penyedia global terkemuka bagi peranti mudah alih, mengumumkan pelancaran peranti tercanggihnya yang dinanti-nantikan iaitu ELIFE E8 di India dengan tawaran eksklusif bersama laman sesawang beli belah dalam talian terbesar iaitu Snapdeal.com. ELIFE E8 akan menandakan kemunculan Gionee dalam ruang e-dagang yang mendorong pengedaran luar talian sedia adanya di seluruh negara itu.

Ambil Gambar Hebat dengan Gionee E8
Ambil Gambar Hebat dengan Gionee E8

ELIFE E8 didatangkan dengan kamera belakang 24 MP, yang mampu menghasilkan gambar beresolusi sehingga 1200 Mpxl. E8 merupakan telefon pintar Android yang pertama menawarkan zum Tak Hilang (Lossless) yang mengekalkan kualiti imej walaupun pada zum 3X dengan pelbagai ciri kamera yang dipertingkat untuk menghasilkan imej bertahap profesional ketika bergerak. Antara ciri penting ELIFE E8 termasuk satu butang kamera khusus, kamera hadapan 8MP, fokus ajaib antara lainnya.

Gionee E8 menawarkan Android 5.1 yang sedia digunakan, Chipset Mediatek MT6795 Helio X10 dan CPU Octa Core 2.0 GHz. Bersama sistem pengecaman Biologi (Cap Jari) ia turut menawarkan Dwi SIM 4G, Paparan WQHD Super AMOLED 6.0 inci, 64GB ROM+3GB RAM, NFC, Pembesar Suara Berkembar, Bunyi HIFI, Bateri 3500 mAh dan pengecasan pantas.

Arvind.R.Vohra, Ketua Pegawai Operasi & Pengarah Urusan Negara, Gionee India berkata, "E8 merupakan peranti tercanggih untuk Gionee India dan merupakan salah satu telefon kamera terbaik di pasaran, sekiranya bukan yang terbaik. Kami amat teruja mendapat rakan strategik sehebat Snapdeal untuk Gionee ELIFE E8."

William Lu, Presiden Gionee menambah, "ELIFE E8 daripada Gionee akan menjadi salah satu penawaran terhebat untuk pasaran telefon pintar India dengan teknologi canggih dan unsur rekaannya. Dihasilkan untuk berfungsi seperti kamera profesional buat pengguna masa kini, E8 menawarkan setiap aspek dan dimensi dalam sebuah kamera profesional."

Spesifikasi Utama ELIFE E8

  • Kamera 24Mpx 
  • 1200 Mpx
  • Amigo 3.1, Android 5.1
  • Mediatek MT6795 Helio X10
  • CPU Octa Core 2.0 GHz
  • Sistem pengecaman Biologi (cap jari)
  • Dwi SIM 4G
  • Paparan WQHD Super AMOLED 6.0 inci
  • 64GB ROM+3GB RAM
  • NFC
  • Pembesar Suara Kembar, Bunyi HIFI
  • Bateri 3500mAh

ELIFE E8 akan dijual di India @ MOP berharga INR 34,999 

Latar Belakang Gionee

Ditubuhkan pada tahun 2002, Gionee Communication Equipment Co., Ltd. merupakan sebuah syarikat berteknologi tinggi yang terlibat dalam rekaan peranti mudah alih, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan di pasaran global serta perkhidmatan aplikasi internet mudah alih.

http://global.gionee.com/product_elife-e8.php  

Wakil Media:

Gionee Global
Kevin Fu | +86-755-8279-9823 | fujuan@gionee.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151008/0861509451

Source: Gionee
Keywords: