omniture

Cybage Bekerjasama Dengan Konglomerat Sri Lanka, Expolanka Holdings

Cybage Software
2015-10-09 11:23 293

PUNE, India, 9 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Cybage Software Pvt. Ltd., sebuah organisasi perundingan teknologi yang terkemuka, telah memeterai perjanjian dengan konglomerat utama Sri Lanka, Expolanka Holdings, yang mempunyai pulangan tahunan sebanyak LKR 52.6 Bilion (USD 400 juta). Cybage akan terlibat dalam konfigurasi sistem dan pelaksanaan HighJump, penyedia global bagi perisian pengurusan rantaian bekalan untuk memenuhi keperluan pengurusan gudang Expolanka.

Expo Freight (EFL), sebuah organisasi pengiriman kargo dan 3PL antarabangsa utama, merupakan sebahagian daripada SG Holdings Group (pulangan tahunan melebihi JPY 857 Bilion (USD 7 Bilion), sebuah kumpulan logistik utama di Jepun.

Jagath Pathirane, Ketua Pegawai Eksekutif - Expo Freight, berkata, "Penyepaduan platform HighJump yang mantap ke dalam operasi kami akan membantu kami menjalankan pengendalian kargo yang cekap untuk pengangkutan laut, udara dan darat untuk para pelanggan sedia ada serta membolehkan pelanjutan lancar untuk para pelanggan baharu. Platform HighJump membolehkan kami menjangkakan cabaran dan menanganinya sambil membolehkan kami menggunakan tenaga kerja dengan lebih baik."

Mengulas tentang pemilihan HighJump, David Houser, Naib Presiden Kanan Jualan Antarabangsa, berkata, "Pemilihan HighJump oleh Expo Freight (EFL) menegaskan fokus EFL terhadap pembolehan teknologi perniagaan mereka. Kami amat terharu, dan pada masa yang sama, teruja dengan pemilihan ini. Ini akan turut mengukuhkan perniagaan kami dan menyediakan pertumbuhan tambahan dalam ruang geografi penting ini."

Amit Gajwani, Naib Presiden Kanan - Pembangunan Perniagaan, Cybage, berkata, "Kerjasama dengan Expo Freight (EFL) ini adalah peluang yang unik dan istimewa bagi Cybage. Tambahan pula, Cybage juga memiliki dorongan penting dalam pasaran timur jauh, dan telah menubuhkan pejabat di Jepun. Dengan hubungan kami bersama Expo Freight (EFL), Cybage menantikan perluasan dalam geografi ini."

Latar Belakang Cybage Software Pvt Ltd:  

Cybage Software Pvt. Ltd. adalah sebuah organisasi perundingan teknologi yang mengkhusus dalam khidmat kejuruteraan produk bersumber luar. Sebagai peneraju dalam bidang kejuruteraan teknologi tinggi dan produk, Cybage bekerjasama dengan antara vendor perisian bebas terbaik dunia (ISV). Penyelesaian kami memfokuskan teknologi moden, dan didorong oleh sistem berpandu data yang saintifik dipanggil ExcelShore® Model of Operational Excellence®.

Kumpulan bakat berkemahiran tinggi seramai 5,600 kakitangan menjadikan Cybage sebagai rakan yang berkemampuan bagi syarikat-syarikat teknologi baharu, syarikat-syarikat bersaiz sederhana, dan syarikat-syarikat korporat Fortune 500. Dengan beberapa cawangan di lapan buah negara di seluruh dunia, Cybage menyediakan perkhidmatan lancar dan penghantaran andal kepada para pelanggannya daripada vertikal industri yang pelbagai seperti Media dan Hiburan, Pelancongan dan Hospitaliti, Peruncitan Dalam Talian, Penjagaan Kesihatan dan Sains Hayat, serta Teknologi, antara lainnya.

Latar Belakang Expo Freight (EFL) 

Expo Freight (EFL) merupakan penyedia utama bagi pengiriman kargo, sokongan logistik dan penyelesaian pengurusan rantaian bekalan yang berada di peringkat global di 20 buah negara di Asia, Timur Tengah, Afrika dan AS.

Infrastruktur dan kekuatan Syarikat ini pada asalnya menandakan ia dapat menyediakan rangkaian penyelesaian yang lengkap untuk setiap keperluan. Selama ini, EFL telah membina hubungan yang kukuh dengan pembekal-pembekal penting yang menjamin perkhidmatan keutamaan kepada pelanggan Syarikat ini. Hubungan ini membolehkan EFL menyediakan penyelesaian yang menyeluruh daripada pentadbiran, pengendalian bahan, penyimpanan serta pengangkutan melalui jalan raya, udara dan laut. Sama ada ia program menggunakan satu atau lebih daripada perkhidmatan terpiawai EFL seperti kiriman kargo atau logistik kontrak, mahupun penyelesaian global yang bersepadu sepenuhnya yang disesuaikan kepada keperluan tertentu, ahli-ahli profesional syarikat ini boleh membangunkan penyelesaian unik berasaskan keperluan dan kemudian mengurus proses yang akan memaksimumkan nilai pada sepanjang setiap rantaian bekalan dengan penghantaran berkualiti tinggi, menjimatkan kos, dan menepati masa dari hujung ke hujung.

Latar Belakang HighJump 

HighJump merupakan penyedia global bagi perisian pengurusan rantaian bekalan dan teknologi rangkaian rakan dagangan yang melancarkan aliran inventori serta maklumat daripada pembekal kepada rak kedai. Kami menyokong lebih 15,000 pelanggan di 77 buah negara, daripada perniagaan kecil kepada perusahaan global. Penyelesaian kami yang mempunyai pelbagai fungsi dan amat boleh suai dengan cekap dapat mengurus penggudangan, pengilangan, pengangkutan, pengedaran, penyepaduan rakan dagangan, laluan penghantaran, gedung runcit serta eDagang. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.highjump.com.

HighJump merupakan tanda niaga HighJump Software Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cybage, tuliskan kepada kami di marcom@cybage.com.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141029/713415

Source: Cybage Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Transportation Licensing/marketing agreements