omniture

Pembesar Suara dan Amplifier Baru Pioneer yang Menjanjikan Bunyi Unggul dan Tahan Lasak

Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd.
2015-10-09 13:33 666

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre, peneraju dalam audio kereta selepas jualan, hari ini melancarkan pembesar suara A-Series dan amplifier Champion-Series terkininya, menjanjikan bunyi yang lebih berkualiti, ketahanan yang lasak pemasangan lebih hebat fleksibel.

TS-A1606C
TS-A1606C

Model-model perbesar suara untuk tahun 2016 ini terdiri daripada sembilan model, menampilkan kendalian kuasa muzik maksimum daripada 300W hingga 650W – pakej komponen pembesar suara TS-A1606C dan TS-A1306C dengan twiter, wufer dan lintasan (crossover), serta pembesar suara 3- hingga 5- hala standard (sepaksi) TS-A6996S, TS-A6986S, TS-A6976S, TS-A6966S, TS-A1686S, TS-A1676S dan TS-A1376S. Turut disediakan amplifier Champion-Series GM-D9605 baru, kit 5-saluran pertama daripada Pioneer dengan teknologi Class FD.

"Fail Audio Beresolusi Tinggi dan sumber muzik berkualiti tinggi mempunyai perincian dan kejelasan lebih tinggi, yang sering hilang apabila dimainkan melalui stereo kereta yang kurang menyerlah. Pembesar suara A-Series dan amplifier Champion-Series baru kami direka untuk menghasilkan semula setiap nuansa runut bunyi dengan tepat, tanpa mengira genre muzik dan tahap kenyaringan untuk pengalaman mendengar yang benar-benar menarik," kata En. Isao Nomura, Timbalan Pengurus Besar Divisyen Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics AsiaCentre.

GM-D9605
GM-D9605

Berikut adalah ciri peningkatan utama bagi produk-produk tahun 2016 ini:

NADA BERIMPAK - JULAT DINAMIK TINGGI

Julat Dinamik Tinggi
Julat Dinamik Tinggi

Kini, dengan julat dinamik dan kelinearan yang dipertingkat, pengguna akan dapat mendengar dan merasai bes yang lebih dalam, selain nada tinggi yang lebih lancar dan berlanjutan.

Penghasilan semula nota frekuensi rendah yang tepat dapat dilhasilkan oleh kon wufer Matriks Mika Berbilang Lapisan (MMM) yang lebih kukuh, yang digunakan dalam seluruh rangkaian ini. TS-A6996S dan TS-A6986S turut menampilkan twiter berfrekuensi tinggi yang dipertingkat, memanfaatkan teknologi baru Direct Drive Diaphragm (DDD).

Kon Matriks Mika Berbilang Lapisan
Kon Matriks Mika Berbilang Lapisan


MAINKAN NADA DENGAN KUAT, TANPA BUNYI KASAR

TS-A6996S, TS-A6986S, TS-A6976S, TS-A6966S dan TS- A1676S dapat mengendalikan sehingga 10 peratus lebih kuasa berbanding model-model terdahulu, membolehkan kekuatan bunyi puncak yang lebih tinggi dihasilkan dengan gangguan minimum.

BERGAYA MENARIK DAN DIBINA TAHAN LAMA

Turut melengkapi reka bentuk bergaya pembesar suara ini adalah gril jaring muka penuh baharu, digunakan oleh TS-A6996S, TS-A6986S, TS-A6976S dan TS-A6966S untuk mencegah debu daripada memasuki unit tersebut, yang boleh merosakkan komponen dalaman.

PADANAN SEMPURNA UNTUK PEMBESAR SUARA INI

Amplifier Champion-Series GM-D9605 menawarkan tahap fleksibel yang tiada tandingan, mudah dikonfigurasikan kepada 2 atau 4 saluran dengan kedua-dua pembesar suara aras talian (line-level) dan input audio pre-out. Selain menyokong sehingga 4 pembesar suara, ia turut dilengkapi dengan output subwufer khusus (sub) dan penapis laluan rendah (low-pass) boleh ubah, memastikan penyepaduan pembesar suara serta sub yang lancar.

Satu lagi sorotan adalah teknologi kategori FD, yang amat cekap dan membolehkan amplifier itu mempunyai saiz yang kompak, dan memberikan output kuasa yang tinggi.

TEKNOLOGI BUNYI BERINOVATIF

Berikut adalah teknologi proprietari Pioneer lain, yang menunjukkan komitmen jenama itu dalam memberikan kualiti bunyi terbaik:

Pembesar Suara

  • Sistem Ampaian Fleks Maju (PFSS) - Asalnya dibangunkan untuk PRS-Series yang terkenal, PFSS terus mempertingkatkan prestasi bes dan ketahanan pembesar suara TS-A6996S, TS-A6986S, TS-A6976S, TS-A6966S,TS-A1686S dan TS-A1606C

Amplifier

  • Konsep Kawalan Getaran Penuh (TVC) - TVC meminimumkan impak buruk getaran seperti gangguan isyarat, yang merupakan isu biasa dalam persekitaran automotif dan berpotensi memberi kesan kepada bunyi.
Kawalan Getaran Penuh
Kawalan Getaran Penuh
  • Pengesanan Isyarat dan Penghidupan Automatik - Apabila isyarat aktif berjaya dikesan, fungsi ini akan memilih input yang berkaitan dan menghidupkan amplifier untuk memulakan muzik secara automatik.
  • Sistem Kawalan Perlindungan - Direka untuk meningkatkan keandalan, sistem ini mengurangkan risiko kerosakan akibat kuasa input yang terlampau tinggi, dengan mengesan suhu dalaman dan menyesuaikan isyarat semasa dimainkan.

Untuk memuat turun imej produk beresolusi tinggi, kunjungi https://www.dropbox.com/s/azk1qircn66kivg/Pioneer%20Speakers%20and%20Amplifier%20Images.zip?dl=0

Pembesar suara A-Series dan amplifier Champion-Series Pioneer 2016 baharu boleh didapati daripada pengedar sah Pioneer mulai November 2015.

*Ketersediaan produk adalah berbeza mengikut negara. Sila rujuk jadual di bawah atau hubungi pejabat Pioneer terdekat di negara anda untuk mendapatkan maklumat lanjut


Model

Kuasa Maks.

Jenis

Saiz

Komponen

TS-A1606C

350W

2-hala

16cm / 20mm

(wufer/twiter)


TS-A1306C

300W

2-hala

13cm / 20mm

Sepaksi

TS-A6996S

650W

5-hala

6" x 9"


TS-A6986S

600W

4-hala

6" x 9"


TS-A6976S

550W

3-hala

6" x 9"


TS-A6966S

420W

3-hala

6" x 9" / cetek


TS-A1686S

350W

4-hala

16cm


TS-A1676S

320W

3-hala

16cm / cetek


TS-A1376S

300W

3-hala

13cm

 

Negara

Model Sedia Ada

Individu untuk Dihubungi  

Singapura

TS-A1606C, TS-A1676S , GM-D9605

Charlotte Tan

+65-6603-9008

charlotte.tan@text100.com.sg

Malaysia

TS-A1606C, TS-A6996S, TS-A6986S, TS-A6976S, TS-A6966S, TS-A1686S, TS-A1676S

Ryan Lee

+60-3-2697-2920

ryanleeok@pioneer.com.sg

Filipina

TS-A1606C, TS-A6966S, TS-A1686S, TS-A1676S

Gina Cercado

+63-2-8526706

marketing.zamonyventure@gmail.com

Vietnam

TS-A1606C

En. Duc

+84-8-35162870*(306)

duc.nguyenquang@vtb.com.vn

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila lawati laman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat rantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer adalah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas pasaran terkemuka untuk jenama-jenama kereta terkenal, menyediakan penyelesaian maklumat dan hiburan yang menyeluruh di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin pesat berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pioneer.com.sg.

HUBUNGI:

Charlotte Tan
Nombor Telefon: +65-6603-9000
E-mel: SingaporePioneer@text100.com.sg

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506559-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506559-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506559-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506559-d
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506559-e

Source: Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd.
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Music Transportation New products/services