omniture

G2A Teruskan Komitmen kepada Komuniti Sukan Elektronik

G2A.com
2015-10-09 13:49 288

RZESZÓW, Poland dan HONG KONG, 9 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

G2A.COM telah mengumumkan pembukaan komunikasi di saluran media sosialnya untuk mendengar secara langsung daripada peminat sukan elektronik di seluruh dunia tentang pembatalan tajaan rasmi G2A baru-baru ini untuk pasukan-pasukan League Championship Series (LCS). 

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151008/275253 )

Di sebalik penggantungan jualan akaun G2A dan Elo Boosting untuk Akaun, perundingan dengan Riot Games telah gagal mencapai penyelesaian dan perbincangan telah menjurus kepada e-mel daripada Pengurus Perhubungan Pembangun Riot di Amerika Syarikat yang mengesahkan kelulusan mereka yang ditarik balik bagi status penaja G2A. G2A telah diminta oleh Riot untuk menghapuskan instrumen yang berguna untuk pemain seperti panduan permainan yang dipercayai oleh G2A dapat memperkasakan industri sukan elektronik. E-mel daripada Riot, diterima pada Jumaat 18 September 2015 pada jam 6.31pm CEST, berbunyi, sebahagiannya: "Saya tiada pilihan lain selain dengan rasminya mengarahkan pasukan Operasi Liga kami untuk menarik balik kelulusan G2A sebagai penaja rasmi pasukan-pasukan LCS." Ia seterusnya mengesahkan: "Keputusan ini, walau bagaimanapun, adalah muktamad bagi penajaan visual G2A di Kejuaraan Dunia 2015." 

Dengan melaburkan lebih $6 juta dalam penajaan sukan elektronik sejak tahun 2014, G2A kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kerjasama bagi memperkasakan industri sukan elektronik serta mencapai penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua pihak yang berminat dan berkepentingan. Ia menyesali impak yang dibawakan oleh keputusan ini terhadap rakan-rakan kerjasama, para pemain dan peminat sukan elektronik yang penting dan menggalakkan mereka untuk berkongsi reaksi, pendapat serta pengalaman peribadi tentang keputusan itu secara dalam talian.

"G2A ingin anda tahu bahawa kami akan membuka komunikasi di saluran media sosial termasuk laman Facebook: g2aesportbreakingnews, jika penggiat sukan elektronik perlu berbincang dengan kami tentang impak yang akan dibawa oleh keputusan ini kepada mereka dan orang lain. Maklumkan kepada kami perasaan anda, dan kami akan cuba lakukan apa yang termampu untuk menjadikannya lebih baik," kata Pengurus sukan elektronik G2A, Josh Cabrera. Beliau menambah: "Itulah janji G2A kami kepada keseluruhan komuniti sukan elektronik. Kami berharap kami dapat mengharapkan sokongan anda untuk G2A. Bersama-sama, G2A dan para penggiat sukan elektronik dapat menjadikan sukan elektronik sebagai suatu yang hebat!"

Kongsikan pandangan anda pada pautan-pautan berikut:

E-mel esportsbreakingnews@g2a.com

Twitter g2aesport

Facebook g2aesportbreakingnews

Latar Belakang G2A 

G2A merupakan pasaran digital global yang dipercayai & disahkan, dibangunkan oleh para profesional dalam pelbagai bidang termasuk permainan, pengurusan, kewangan, perhubungan awam dan pemasaran. Setiap hari, G2A bekerja keras untuk membina platform digital paling hebat untuk semua penggiat permainan video, melaburkan lebih 20 juta Euro dalam penyelidikan dan pembangunan sepanjang dua tahun lalu untuk memastikan inisiatif dalam talian yang selamat serta terjamin. G2A merupakan penjual nombor 1 global di eBay bagi produk-produk permainan digital. Ia mempunyai lebih 6 juta pengguna tersendiri, dan mempunyai lebih 5 juta urus niaga di seluruh dunia pada tahun 2014, dengan lebih 700 ribu pada Mei 2015 sahaja.

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Keywords: Internet Technology Web Site