SINGAPURA, 10 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- WiFi Master Key (goo.gl/AA2CmY), aplikasi WiFi khidmat luar kumpulan percuma mengungguli carta aplikasi Google Play sebagai aplikasi utiliti percuma no. 1, dan aplikasi percuma no.5 di Malaysia sejak 29 September 2015.
Populariti yang tinggi untuk perkongsian WiFi yang selamat dalam kalangan pengguna di rantau Asia Tenggara adalah faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini. Melalui konsep khidmat luar kumpulan, pengguna boleh berkongsi titik panas WiFi dengan komuniti melalui aplikasi tersebut. Bagi melindungi privasi pengguna dan keselamatan data, aplikasi itu direka untuk tidak mendedahkan sebarang kata laluan WiFi yang dikongsi; sebaliknya, ia menyulitkan dan menyimpan maklumat yang dikongsi itu dalam pangkalan data awannya. Pengguna-pengguna lain kemudiannya boleh mendapatkan maklumat yang selamat ini untuk berhubung.
Menempa kejayaan hebat sebagai aplikasi mudah alih ketiga terbesar di China dari segi kumpulan pengguna, syarikat itu mengambil langkah strategik dengan menubuhkan ibu pejabat di Singapura pada bulan Mei lalu untuk memasuki pasaran yang kian berkembang di rantau tersebut.
LATAR BELAKANG WIFI MASTER KEY oleh en.wifi.com
Dilancarkan pada September 2012, syarikat tersebut mencatat rekod sebagai syarikat Internet mudah alih unikorn termuda China yang mencatat penilaian bilion dolar awal tahun ini, selepas memuktamadkan pembiayaan Siri A sebanyak $52 juta. Setakat Ogos 2015, aplikasi tersebut telah menghubungkan sejumlah 700 juta pengguna, 360 juta pengguna aktif bulanan, dan purata hampir 30 juta hubungan setiap hari.
Ciri-ciri penting aplikasi ini termasuk perkongsian WiFi yang selamat tanpa mendedahkan kata laluan yang dikongsi, pengesan isyarat terbina dalam, ketetapan penjimatan kuasa boleh suai, fungsi penambatan dan banyak lagi bagi mempertingkatkan pengalaman keterhubungan.
WAKIL AKHBAR:
Yolanda Huang
+65-6175-6080
yolanda.huang@wifi.com