omniture

Penyelesaian Penyumberan Asia Di Mega Show Hong Kong

Mega Expo (Hong Kong) Limited
2015-10-10 13:53 515

HONG KONG, 10 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- MEGA SHOW mempunyai kedudukan kukuh sebagai pasaran yang mesti dihadiri bagi produk-produk berarah, idea-idea berinspirasi serta inovasi hebat, dan akan menampilkan lebih 5,200 reruai pameran dengan 4,000 pembekal dari 31 buah negara sepanjang tujuh hari acara penyumberan penting untuk para pembeli dagangan antarabangsa mulai 20-23 Oktober dan 27-29 Oktober 2015.

MEGA SHOW BAHAGIAN 1, dari 20-23 Oktober, dirancang dengan teliti untuk melengkapi pameran dagangan Selatan China dan terdiri daripada 4,540 reruai pameran dan 3,387 pembekal dari 31 buah negara dan wilayah termasuk Australia, Bangladesh, China, Republik Czech, Perancis, Guatemala, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Myanmar, Malaysia, Mexico, Nepal, Sri Lanka, Belanda, Pakistan, Poland, Filipina, Korea Selatan, Sepanyol, Taiwan, Thailand, Turki, UK, AS dan Vietnam.

Selain itu, terdapat juga astaka rasmi disediakan dari Bangladesh, Tanah Besar China, India, Indonesia, Korea Selatan, Pakistan, Taiwan, Thailand, Filipina, Vietnam, UK dan Turki.

MEGA SHOW BAHAGIAN 2, dari 27 hingga 29 Oktober, melengkapkan musim pembelian Hong Kong dan menawarkan peluang tambahan untuk melihat 600 lagi syarikat dari Bangladesh, Tanah Besar China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Taiwan, Filipina, AS dan Vietnam di sekitar 700 reruai pameran.

Campuran pelbagai barangan yang dipamerkan di MEGA SHOW Bahagian 1 dan MEGA SHOW Bahagian 2 telah diklasifikasikan kepada siri produk, setiap satunya di lokasi yang ditentukan dengan jelas. Terdapat sembilan siri produk di MEGA SHOW Bahagian 1 dan empat siri produk di MEGA SHOW Bahagian 2. Suatu yang baharu untuk acara ini pada tahun ini ialah STUDIO REKA BENTUK, menampilkan syarikat berpandukan reka bentuk yang berbakat dari Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan, yang mengadakan pameran melalui pameran khas yang baharu untuk produk-produk berpandukan reka bentuk – asli, kreatif, berfungsi dan memberi penekanan terhadap inovasi.

Selain itu, lebih 1,300 buah syarikat baharu dari seluruh Asia dan luar negara akan mengadakan pameran pada musim ini menerusi MEGA SHOW, menyediakan pembeli dagangan dengan peluang untuk bertemu bukan sahaja wajah-wajah eksport yang dikenali, tetapi untuk mendapatkan sumber daripada pengeluar-pengeluar baharu dan berdagang dengan syarikat-syarikat dari seluruh dunia di Hong Kong, yang kini merupakan pusat PENYUMBERAN GLOBAL.

NOTA UNTUK EDITOR:
MEGA SHOW BAHAGIAN 1    20-23 Oktober 2015
MEGA SHOW BAHAGIAN 2    27-29 Oktober 2015

Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong

Mega Expo (Hong Kong) Limited
E-mel cs@mega-show.com
Tel: +852 3588 9688 
Faks: +852 3588 5448

www.mega-show.com

PERTANYAAN MEDIA
Cik Linda Chan
E-mel: linda.chan@mega-expo.com
Tel : +852 3588 9688

Source: Mega Expo (Hong Kong) Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Trade show news