omniture

Plintron Sediakan Perkhidmatan Mudah Alih Kepada 50 Juta Pelanggan Seluruh Dunia

Plintron
2015-10-12 09:14 362

CHENNAI, India, LONDON dan SEATTLE, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Plintron, penyedia global dalam Penyelesaian Komunikasi Awan, hari ini mengumumkan syarikat ini telah melepasi angka 50 juta pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan mobiliti kepada lebih 50 perusahaan MVNO di 21 buah negara, pencapaian julung kali untuk syarikat perkhidmatan platform MVNX.

Menerusi pencapaian ini, Plintron telah berjaya menjadi Syarikat MVNX paling pantas berkembang di dunia yang mencapai kejayaan ini, dalam masa lapan tahun daripada tempoh mula beroperasi. Hal ini mengukuhkan Plintron sebagai 'penyedia MVNX berbilang negara terbesar di dunia'.

Plintron memulakan operasinya pada tahun 2008; syarikat ini mencapai angka 10 juta pelanggan pertamanya pada tahun 2011. Pada tahun 2013, syarikat ini melepasi angka 25 juta. Angka 25 juta pelanggan berikutnya bertambah hanya dalam tempoh 24 bulan.

Plintron menawarkan Platform Komunikasi Awan (MVNE) dan Perkhidmatan Komunikasi Awan (MVNA) kepada jenama-jenama dan perusahaan-perusahaan yang ingin melancarkan perkhidmatan mudah alih mereka menggunakan platform yang 'sedia-untuk-berkhidmat', terbukti dan andal. Tawaran Platform Komunikasi Awan (MVNE) termasuk Rangkaian Subsistem (NSS), Sistem Sokongan Perniagaan (BSS), dan Sistem Sokongan Operasi (OSS), termasuk pelabelan putih SIM. Antara ciri menarik platform ini adalah fungsi kemudahalihan nombor tempatan untuk memperoleh pelanggan dalam pasaran matang dan pematuhan kawal selia untuk negara-negara tempatan. Plintron memiliki makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Telekomunikasi miliknya yang luas untuk membangunkan komponen MVNX yang diperlukan untuk pelbagai keperluan pasaran, seterusnya memberikan kelebihan masa dan kos yang tersendiri berbanding pihak pesaing lain. Perkhidmatan Komunikasi Awan (MVNA) melibatkan masa siaran borong, pengurusan kontrak, sumber penomboran, pematuhan kawal selia dan antara sambungan untuk MVNO sebagai perkhidmatan sehenti bagi melancarkan perkhidmatan komersial mereka.

Mengulas tentang pencapaian ini, Mohan Kumar Sundaram, Pengasas Bersama & Pengerusi, Plintron, berkata, "Kami berbangga kerana berjaya mencapai kejayaan ini. Ini menunjukkan kekuatan kepakaran teknikal dan dedikasi kami untuk menawarkan perkhidmatan yang boleh diharapkan serta penyelesaian berasaskan awan tercanggih kepada MVNO seluruh dunia. Kami berpendapat tiga kunci titik jualan unik (USP) Plintron, iaitu strategi Menyediakan Sumber Terbaik (Go-to-Market) Lebih Pantas, Penyelesaian Komunikasi Berasaskan Awan, dan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) Lebih Rendah telah membantu Plintron meraih pencapaian ini. Kami akan menggandakan angka pelanggan sedia ada dalam masa beberapa tahun."

"Plintron, sebagai MVNX, telah meyumbang dan menjadi sebahagian daripada kemajuan lebih 50 MVNO, selain sebagai penyedia teknologi dan penyelesaian utama. Bermula daripada sebuah negara kepada 21 buah negara untuk Pasaran A.S., Eropah, dan APAC, Plintron telah berkembang menjadi pengendali khusus untuk MVNO dengan capaian seluruh dunia," tambah Subhashree Radhakrishnan, Pengasas Bersama & Naib Pengerusi.

Latar Belakang Plintron

Plintron adalah penyedia global untuk Penyelesaian Komunikasi Awan serta memiliki perkhidmatan paling lengkap dalam industri telekomunikasi untuk MNO, MVNO dan Perusahaan. Kemajuan pesat selama lapan tahun meletakkan Plintron pada kedudukan peneraju dalam topografi industri telekomunikasi. Sebagai syarikat dengan kehadiran terbesar di peringkat global dalam sektor perniagaan, syarikat ini memanfaatkan rangkaian berbilang negara untuk kekal di hadapan.

Faktor-faktor utama kejayaan global ini adalah komitmen terhadap kecemerlangan, mengutamakan pelanggan, memfokuskan kualiti, kefleksibelan dan pemilikan. Syarikat ini sentiasa berusaha mempertingkatkan nilai sedia ada di samping membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif.

Plintron memiliki lebih 1000 kakitangan dan beroperasi di lebih 21 buah negara. Syarikat ini membangunkan pusat Penyampaian Teknologi Global di India yang beroperasi sepanjang masa. Pejabat Perniagaan & Sokongan Wilayah lain terletak di London (UK), Sydney (Australia), dan Seattle (A.S.) dengan rancangan untuk melaksanakan proses perluasan ke Afrika dan Amerika Latin.

Untuk maklumat lanjut, lawati:

http://www.plintron.com
https://www.facebook.com/plintron.corporate
https://twitter.com/plintron
https://www.linkedin.com/company/plintron

Untuk butiran lanjut, hubungi:
Murugan.D
Ketua Pengurus - Pemasaran
sales@plintron.com

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151009/768879

Source: Plintron
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Sales reports