omniture

Johnson Controls Melancarkan Sistem Automasi Bangunan Generasi Baharu untuk Kemudahan Komersial Ringan dan Bangunan di Asia

Johnson Controls
2015-10-12 09:36 451

Building Control Manager (BCM) 2.0 menampilkan penaiktarafan perisian inovatif dan antaramuka intuitif bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna

SINGAPURA, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Johnson Controls memperkenalkan BCM 2.0, versi naik taraf sistem Building Control Manager (BCM) mereka, menampilkan instrumen produktiviti baharu serta antara muka pengguna yang dipertingkat. BCM 2.0 merupakan penambahbaikan kepada kejayaan Metasys®, sistem automasi bangunan terkemuka dunia, bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga serta kemudahan operasi untuk komersial ringan dan bangunan. Ia boleh didapati di China, India dan kebanyakan negara di Asia Tenggara.

Antara Muka Pengguna BCM 2.0
Antara Muka Pengguna BCM 2.0

 

Mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja

BCM 2.0 didatangkan dengan Engineering Tool, instrumen perisian hebat dengan menggunakan pendekatan yang dipiawaikan dan kelaziman penamaan bagi menghasilkan sokongan pangkalan data untuk teras enjin serta antaramuka pengguna BCM. Ini memudahkan aliran kerja dan memberikan jurutera pilihan untuk bekerja secara luar talian.

"BCM Engineering Tool merupakan salah satu ciri penting baharu yang akan memberi banyak peningkatan kepada produktiviti jurutera. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan pangkalan data kejuruteraan dan konfigurasi antaramuka pengguna BCM telah dikurangkan secara signifikan, sehingga 50 peratus," kata Wenxiang Feng, pengurus kanan untuk sistem kawalan, Johnson Controls Building Efficiency.

Pengalaman pengguna dipertingkat dengan antaramuka intuitif pengguna

BCM 2.0 mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan mengarahkan tumpuan kepada tugasan penting dan membentangkan maklumat kritikal dengan cara yang intuitif. Contohnya, keseluruhan pelan dengan penyejuk, menara penyejukan dan pam kini berada dalam satu skematik berserta grafik dan ringkasan yang dihasilkan secara pintar. Ciri-ciri seperti tetingkap muncul, bunyi pemberitahuan dan khidmat pesanan ringkas yang disepadukan bagi mencetuskan penggera agar pengurus fasiliti boleh bertindak segera. Bantuan rekaan kejuruteraan, ciri-ciri penghasilan grafik, dan visualisasi yang dipertingkatkan secara keseluruhan ini akan membolehkan pengurus fasiliti  menjalankan pengaturcaraan dengan mudah tanpa bantuan daripada jurutera.

Sebagai perintis dalam sistem automasi bangunan, Johnson Controls mencipta termostat bilik elektrik pertama dan sistem kawalan suhu zon automatik untuk bangunan sejak lebih satu abad lalu. Pada tahun 1970an, Johnson Controls mencipta komputer mini pertama industri bagi mengawal sistem bangunan. Hari ini, Metasys oleh Johnson Controls merupakan sistem automasi bangunan terkemuka di platform dunia ia terbukti dengan pemasangan pangkalan yang terdiri lebih daripada 100,000 sistem seluruh dunia, termasuk kebanyakan bangunan mercu tanda seperti Pusat Kewangan Dunia Shanghai di China dan Abeno Harukas di Jepun.

Dibina berasaskan aset teras Metasys, BCM merupakan penyelesaian tersuai khusus yang dibangunkan untuk membantu bangunan yang kurang rumit - termasuk bisnes perhotelan, bangunan kediaman dan kemudahan perindustrian kecil -- menambah baik operasi melalui cara yang menjimatkan kos tanpa menjejaskan keselesaan penghuni bangunan.

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls merupakan peneraju teknologi yang pelbagai dan perindustrian global yang berkhidmat kepada para pelanggan di lebih 150 buah negara. Tenaga kerja kami seramai 130,000 orang mencipta produk, perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga dan operasi bangunan; bateri automotif plumbum-asid dan bateri canggih untuk kenderaan hibrid serta elektrik; selain komponen serta sistem tempat duduk untuk automobil. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak penubuhan kami pada tahun 1885, dengan ciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami serta dengan meningkatkan bahagian pasaran, kami komited untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham dan menjadikan pelanggan kami berjaya. Pada tahun 2015, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #14 dalam senarai "100 Warga Korporat Terbaik" tahunan mereka. Untuk maklumat tambahan, sila lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols di Twitter.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151006/8521506560
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Electronic Design Automation New products/services