RZESZOW, Poland dan HONG KONG, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Rakan-rakan kerjasama, para pemain dan para peminat sukan elektronik G2A yang dihargai, baru-baru ini dimaklumkan bahawa G2A telah menerima e-mel daripada Pengurus Perhubungan Pembangun Riot di Amerika Syarikat yang mengesahkan penggiat sukan elektronik tidak lagi dibenarkan menggunakan logo G2A semasa acara sukan elektronik yang ditaja oleh G2A. G2A percaya berita ini berpotensi memberi impak negatif kepada para penggiat sukan elektronik di seluruh dunia, yang hadir pada ketika permintaan bagi acara sukan elektronik adalah sangat tinggi.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151011/275922 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151011/275923 )
Perundingan antara G2A dan Riot gagal membuahkan hasil yang memanfaatkan kedua-dua pihak yang dapat memperkasakan industri sukan elektronik untuk para pemain.
Riot berkata, sebahagiannya: "Walau bagaimanapun, keputusan ini adalah muktamad berkenaan penajaan visual G2A di Kejuaraan Dunia 2015."
Ini amat mendukacitakan bagi para penggiat sukan elektronik yang telah pun mencetak kemeja-t dan penjenamaan G2A bagi acara mereka dan akibatnya terpaksa menggunakan pita pelekat untuk menutup logo G2A, yang meningkatkan jualan pita penampal di seluruh dunia!
Hari ini G2A mengumumkan yang susulan daripada permintaan pemain-pemain di seluruh dunia, mereka akan mencetak Kemeja-T G2A Edisi Terhad.
Tempahan boleh dibuat mulai tengah malam 16 Oktober 2015 di G2A.COM
Kongsikan pandangan anda kepada kami. Gunakan pautan di bawah.
Sumber: G2A.com