omniture

DMCC Diiktiraf sebagai Zon Bebas TERBAIK di Dunia

DMCC
2015-10-12 20:43 334

DUBAI, UAE, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- DMCC, pihak berkuasa dagangan, perusahaan dan komoditi di Dubai, telah dipilih sebagai 'Zon Bebas Global Terbaik Tahunan' 2015 oleh Majalah The Financial Times fDi.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7658051-DMCC-ranked-best-free-zone-in-the-world/

Tinjauan global tahunan itu, yang dianggap sebagai senarai kedudukan zon bebas paling berprestij, adalah berdasarkan kriteria seperti prestasi cemerlang tahun demi tahun, perancangan pertumbuhan dan perluasan, serta kehadiran industri pertumbuhan tinggi. DMCC Free Zone telah dipuji kerana model perkhidmatan dan infrastruktur digital serta fizikal lengkap yang tiada tandingan yang menawarkan kepada perniagaan segala yang diperlukan untuk bermula, sama ada pejabat cawangan atau operasi penuh, di satu tempat.

Sebuah pasaran yang sedia terhubung dengan lebih 11,000 buah syarikat ahli dan komuniti dengan seramai 85,000 orang pekerja dan penghuni, anugerah itu mengukuhkan kedudukan DMCC Free Zone sebagai destinasi nombor satu untuk perniagaan dan perdagangan global.

Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif, DMCC, berkata: "Penerimaan anugerah fDi untuk Zon Bebas Global Terbaik Tahun 2015 mengukuhkan kedudukan DMCC sebagai hab global untuk perdagangan, perusahaan dan komoditi, serta mengukuhkan kejayaan Dubai dalam membolehkan perniagaan berkembang maju seperti yang tidak terdapat di tempat lain di Dunia. Ini merupakan bukti kepada visi dan kepimpinan Yang Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai.  

"Bagi DMCC, ini hanyalah satu permulaan. Kesungguhan kami untuk menyampaikan pasaran ideal kepada perniagaan terkemuka Dunia mendorong inovasi berterusan yang seiring dengan semangat keusahawanan Dubai.  

"Kami menyedari bahawa untuk melestarikan dan membangunkan Zon Bebas terbaik Dunia kami perlu membolehkan perniagaan meraih kejayaan dengan menyediakan pertumbuhan generasi akan datang dan masa depan yang kukuh bagi Emiriah ini." 

DMCC telah berkembang pesat sejak ditubuhkan pada tahun 2002 dengan lebih 11,000 buah syarikat ahli mewakili lebih 170 buah negara di dunia yang berpangkalan di Zon Bebasnya. Kini, DMCC menempatkan syarikat-syarikat korporat terkemuka dunia termasuk; Alcatel Lucent, American Express, Carrera Y Carrera, Colgate-Palmolive, Dyson, Eurofin, John West Foods, Lukoil, LVMH, Nutricia Danone, Oddfjell, Rio Tinto - Dimexon dan TAG Worldwide.

Gautam Sashittal, Ketua Pegawai Eksekutif, DMCC, berkata: "Hal ini suatu yang amat menggembirakan kerana dapat menyaksikan DMCC diiktiraf kerana inovasi, kecekapan dan fokusnya dalam memenuhi keperluan syarikat-syarikat ahli kami. Ini merupakan bidang fokus dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan penting kepada strategi DMCC untuk kejayaan masa depan."   

http://www.dmcc.ae

http://photos.prnewswire.com/prnh/20151012/275956-INFO

Media Enquiries:
DMCC
Henriette Svensen
PR & Corporate Communications
pr@dmcc.ae

Sumber: DMCC

Source: DMCC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Awards