SHENZHEN, China, 13 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pengerusi TCL Corporation Tomson Li Dongsheng telah menyampaikan ucapan sempena Persidangan Rakan Global TCL, yang mana beliau menjelaskan bahawa syarikat itu merancang untuk memfokuskan sumbernya bagi mempertingkatkan daya saing global sambil menubuhkan dan mempertingkat rangkaian globalnya dalam menghadapi persekitaran baharu yang kompetitif. "Bekerjasama rapat dengan para pelanggan seiring dengan trend dan peraturan pembangunan global menjadi asas kemajuan TCL dan rakan-rakan kerjasamanya."
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151012/275951
En. Li menekankan TCL mempunyai portfolio TV pintar, telefon pintar dan peralatan rumah yang menyeluruh, yang mana, apabila digabungkan dengan kemampuan firma itu dalam integrasi vertikal, akan menyediakan mekanisme sokongan yang lebih cekap untuk rakan-rakan luar negara. Sebagai syarikat elektronik pengguna China yang memiliki paten ciptaan terbanyak, TCL telah meningkatkan daya saing produknya dengan signifikan sepanjang tahun lalu. Fasa kedua kemudahan China Star Optoelectronics Technology, iaitu cabang pembuatan panel LCD TCL, telah memulakan operasinya secara rasmi, sementara fasa ketiga kilang tersebut dijadualkan akan membuat LTPS pada tahun hadapan. TCL menjangkakan penambahan dua kemudahan China Star Optoelectronics Technology akan mempertingkatkan daya saing TCL dalam segmen peringkat tinggi bagi pasaran TV pintar dan telefon pintar. Selain itu, sebagai satu-satunya pengeluar dari China yang mampu menghasilkan panel dan set TV, TCL merancang untuk memperluaskan kemampuannya kepada telefon mudah alih, sebagai usaha untuk memanfaatkan sinergi antara perniagaan TV, komunikasi dan peralatan rumahnya.
Usaha naik taraf dan perluasan model kerjasama luar negara TCL kini diletakkan dalam agenda. Seiring dengan trend ekonomi global, TCL, bersama rakan-rakan kerjasamanya, merancang untuk menggalakkan kemampuan komersial, produk dan teknologi di negara-negara serta rantau yang dilihat sesuai. En. Li berkata model kerjasama luar negara TCL boleh dikembangkan melangkaui jualan produk dan sokongan teknikal kepada pembinaan kilang tempatan dengan kerjasama rakan-rakan kongsinya, dengan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan usaha sama. Pada masa yang sama, TCL akan memanfaatkan strategi ekonomi "Satu Lingkaran, Satu Jalan" China, yang menggalakkan syarikat-syarikat China ke peringkat global, bagi mempercepatkan pembangunan perniagaan dengan rakan-rakan tempatannya.
Selain itu, TCL merancang untuk meluaskan ketersediaan aplikasi internet dan perkhidmatannya ke negara-negara serta kawasan-kawasan yang sesuai. En. Li berkata TCL sedang mencari rakan tempatan yang sesuai untuk bekerjasama dalam aplikasi dan perkhidmatan internet. Beliau menerangkan rakan kerjasama tempatan yang baik dapat mewujudkan keadaan yang perlu bagi TCL untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan internet baharunya.
Untuk pertnyaan media, sila hubungi:
Marta Chen
+86-755-3331-3868