omniture

Gergasi Permainan G2A Kini Menerima bitcoin Melalui Kerjasama BitPay

G2A.com
2015-10-13 13:35 400

RZESZOW, Poland dan HONG KONG, 13 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Marcel Roelants, Pengurus Besar BitPay EMEA dan Naib Presiden Eksekutif Pembayaran Global G2A.COM Bob Voermans gembira dengan perkongsian bersama G2A.COM BitPay.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151012/276074)

G2A.COM, pasaran permainan digital paling pesat membangun di dunia, melaburkan lebih 20 juta Euro dalam penyelidikan dan pembangunan sepanjang dua tahun lalu untuk memastikan inisiatif dalam talian yang selamat dan terjamin, dengan 6 juta pengguna unik serta lebih 5 juta urus niaga di seluruh dunia pada tahun 2014. Sehingga kini, G2A mempunyai purata lebih 700 ribu urus niaga bulanan bagi tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif G2A, Bartosz Skwarczek hari ini mengesahkan G2A akan menerima pembayaran bitcoin untuk pasaran G2A.COM mereka. G2A telah bekerjasama dengan pemproses pembayaran perusahaan terkemuka, BitPay untuk memproses urus niaga bitcoin mereka.

G2A merupakan salah satu peneraju dalam pasaran permainan digital. Ia menyediakan cara yang selamat dan cekap untuk menjadikan urus niaga produk-produk digital seperti permainan, lesen pengaktifan perisian untuk Steam, kad Xbox Live, kod PSN serta kad masa untuk permainan dalam talian. G2A.COM memberi khidmat kepada lebih 4,000,000 pelanggan baharu setiap tahun mencatatkan lebih 10 juta urus niaga setiap tahun di seluruh dunia.

Naib Presiden Eksekutif Pembayaran Global di G2A.COM, Bob Voermans, berkata G2A.COM gembira mengesahkan BitPay sebagai rakan kerjasama yang dipercayai. BitPay kini merupakan sebahagian daripada cadangan yang ditawarkan oleh G2APAY. Dengan menambahkan bitcoin, para pembeli dan penjual di G2A kini boleh memanfaatkan satu lagi kaedah pembayaran global yang hebat. Bob mengulas: 'Mengikut jangkaan saya kerjasama ini akan meningkatkan pertumbuhan untuk para penjual kerana pelanggan-pelanggan akan membeli dengan lebih kerap di Pasaran G2A.COM.

BitPay, pemproses bitcoin terkemuka dunia, dipercayai oleh banyak perusahaan seperti Microsoft, Adyen dan Neteller. Ia membolehkan para pedagang menerima pembayaran bitcoin daripada para pengguna, sambil menetapkan harga produk mereka dan menerima pembayaran dalam mata wang tempatan mereka. Dengan menerima bitcoin, para pedagang dapat menerima pembayaran daripada sesiapa di mana-mana jua di dunia dengan kos yang rendah dan tanpa risiko caj balik.

"Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan G2A yang akan membantu kami mengembangkan kaedah pembayaran bitcoin kepada kumpulan pengguna permainan yang luas," kata Marcel Roelants, Pengurus Besar BitPay EMEA. "Berdasarkan sifatnya, barangan digital seperti permainan adalah tanpa sempadan. Penggunaan bitcoin sebagai kaedah pembayaran global akan melengkapkan pengalaman dalam talian ini."

Latar Belakang G2A

G2A merupakan pasaran digital global yang dipercayai & disahkan yang dibangunkan oleh para profesional dalam pelbagai bidang termasuk permainan, pengurusan, kewangan, perhubungan awam dan pemasaran. Setiap hari G2A berusaha keras mewujudkan platform digital paling hebat untuk semua penggiat permainan video. G2A merupakan antara dua kata kunci carian organik paling popular di dunia dalam Pemainan - Laporan Tanda Aras Pemasaran Carian Similarweb 2015, yang kini mewakili 67 juta kunjungan daripada komputer. Ia mempunyai lebih 6 juta pengguna tersendiri, dan lebih 5 juta urus niaga di seluruh dunia pada tahun 2014.

http://www.g2a.com 

SUMBER  G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Licensing/marketing agreements