omniture

Air China Meluaskan Jejak Beijing-New York, Menambah Penerbangan ke Lapangan Terbang Newark

Air China
2015-10-15 05:58 299

BEIJING, 15 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penerbangan udara antara China dan Amerika Syarikat, Air China akan menambah lebih banyak penerbangan untuk jadual Beijing-New Yorknya mulai 26 Oktober 2015.

Penerbangan yang akan ditambah sebanyak empat kali seminggu itu akan menjadikan Air China satu-satunya syarikat penerbangan China yang singgah di Lapangan Terbang Newark. Sehingga kini, Air China mengendalikan dua penerbangan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing ke Lapangan Terbang JFK.

Pada 2015, Air China telah mengukuhkan rangkaian laluan globalnya dengan habnya di Beijing dan meluaskan jejaknya di negara-negara benua Amerika. Kini, Air China berkhidmat untuk 8 destinasi di Amerika Utara, termasuk New York, Washington, Los Angeles, San Francisco, Houston, Vancouver, Montreal dan Hawaii, menawarkan lebih 140 penerbangan setiap minggu yang dikendalikan dengan pesawat Boeing 777-300ER dan Boeing 747-8. Tambahan lagi, Air China turut menawarkan sajian dalam kapal terbang bermusim yang menyihatkan serta pengangkutan dengan pemandu VIP antara lapangan terbang dengan pusat bandar untuk para penumpang dalam penerbangan China-AS. Persekitaran kabin yang selesa dan khidmat mesra menjamin pengalaman udara yang benar-benar memuaskan hati para penumpang.

Maklumat tentang penerbangan

Penerbangan CA819/820 Beijing-New York (Lapangan Terbang Newark) dikendalikan dengan pesawat Boeing 777-300ER empat kali seminggu pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 09:35 dan tiba di Lapangan Terbang Newark pada 11:05 waktu tempatan. Penerbangan masuk berlepas dari New York pada 13:25 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 14:55 waktu Beijing keesokan harinya.

Penerbangan CA981/982 Beijing-New York (Lapangan Terbang JFK) dikendalikan dengan pesawat Boeing 747-8 pada setiap hari. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 13:00 dan tiba di Lapangan Terbang JFK pada 14:30 waktu tempatan; penerbangan masuk berlepas dari New York pada 16:50 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 18:20 waktu Beijing hari keesokannya. Pada masa yang sama, penerbangan CA989/ 990 Beijing-New York (Lapangan Terbang JFK) dikendalikan dengan pesawat Boeing 777-300ER setiap hari. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 10:00 dan tiba di Lapangan Terbang JFK pada 11:30 waktu tempatan; penerbangan masuk berlepas dari New York pada 13:50 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 15:40 waktu Beijing keesokan harinya.

(Masa penerbangan yang disebut di atas merujuk kepada Masa Jimat Musim Panas New York.)

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Travel New products/services