omniture

Fragrance Du Bois Perkenal 'London Oud' Rai Ulang Tahun Pertamanya

Fragrance Du Bois
2015-10-15 16:56 441

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat wangian nic mewah, Fragrance Du Bois meraikan ulang tahun pertamanya Oktober ini di The Fullerton Hotel, Singapura, dan di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia.

Butik Fragrance Du Bois yang anggun di The Fullerton Hotel, Singapura
Butik Fragrance Du Bois yang anggun di The Fullerton Hotel, Singapura

Fragrance Du Bois diiktiraf sebagai satu-satunya jenama wangian di dunia yang menjamin penggunaan hanya minyak Oud tulen yang disumberkan secara lestari (daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital), dalam semua ciptaannya yang menawan hati, kesemuanya diadun sendiri secara khusus oleh antara pakar wangian paling terkemuka dan paling inovatif di dunia.

"Kami memulakan jenama ini pada tahun 2013," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, "dan akhirnya butik ini menjadi kenyataan pada tahun lalu. Ia merupakan tahun pertama yang sangat hebat, dengan pelbagai cabaran, dan perlu saya tekankan, ia sememangnya begitu memuaskan hati apabila melihat jenama ini terus berkembang."

Sambung beliau, "Antara sorotan yang kami lihat termasuk untuk berkembang menjadi peruncit berbilang, menempatkan antara jenama wangian paling eksklusif di dunia, dan berkolaborasi dengan artis Jordan, Nadeem Nour untuk satu lagu yang didedikasikan kepada bahan yang berharga serta luar biasa, Oud. Kami juga diberi peluang untuk memiliki dua konsesi dalam salah satu gedung beli belah yang paling lama dan paling mantap di Singapura, TANGS, dan kami juga merupakan "Minyak Wangi Rasmi" untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja," simpul beliau. "Kami menjangkakan lebih banyak kemajuan besar menjelang akhir tahun 2015, jadi nantikannya."

Bagi meraikan ulang tahun pertama jenama itu, Fragrance Du Bois kini melancarkan salah satu daripada wangiannya yang terbaharu, 'London Oud', yang diterima baik dalam ujian permulaan terhad bersama lelaki dan wanita. London Oud merupakan wangian yang mengghairahkan dan padu yang tidak begitu ketara, tetapi masih boleh memberi impak yang hebat apabila perlu.

Ciptaan terbaharu ini dihasilkan oleh Pakar Wangian generasi kelima, Francois Merle-Baudoin, yang turut mencipta Oud Noir dan Sahraa Oud untuk Fragrance Du Bois, dan akan hadir ke Singapura bagi melancarkan wangian itu secara rasmi bersama Nicola Parker.

"London Oud diperkenalkan dengan rasa kesegaran dan kecergasan," kata Merle-Baudoin, "dengan wangian memikat pudina, lemon dan bergamot, sebelum berkembang kepada wangian bunga sederhananya yang menenangkan (daripada lavender dan melur), di samping sekilas haruman marin yang menyegarkan, yang menambah ritma serta tekstur kepada ciptaan yang begitu menyegarkan ini. Wangian asas London Oud yang berempah dan berbau kayu-kayan – adalah daripada Oud, buah pala, buah pelaga and minyak nilam yang berkualiti paling tinggi – memberikan struktur kukuh kepada wangian yang segar dan bertenaga ini." Simpul beliau, "Ciptaan wangian ini untuk Fragrance Du Bois benar-benar suatu pengalaman yang menyeronokkan."

Dengan pelbagai wangian eksklusif dan eksotik yang membangkitkan rasa nostalgia serta keanggunan, Fragrance Du Bois telah mendapat pengikut yang setia dari seluruh dunia, yang dicetuskan daripada rasa ingin tahu serta daya tarikan wangian Oud yang mewah dan juga mengasyikkan. Selain daripada wangiannya yang memikat hati dan mengujakan, Fragrance Du Bois juga menarik banyak perhatian sebagai jenama yang mesra alam dalam kalangan pelanggan seluruh dunia yang bercita rasa yang mencari bahan semula jadi, lestari dan berkualiti tinggi dalam pembelian mereka.

London Oud akan diperkenalkan secara eksklusif di semua butik dan ruang wangian Fragrance Du Bois seluruh dunia - Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong dan Dubai – bagi meraikan ulang tahun pertama jenama itu.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:zureina@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +6013-774-1009

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel:zaahira@fragrancedubois.com 
Telefon Bimbit: +6012-203-5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Singapura
E-mel:samantha.tham@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +65-9144-0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak Oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Dengan butik-butik utama di Singapura dan Malaysia, serta ruang wangian eksklusif di Dubai, Hong Kong dan Thailand, Fragrance Du Bois mewujudkan hanya pengalaman terbaik dalam penghasilan wangian buatan khas, sambil mengekalkan etosnya – 'Kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek-projek perladangan yang berbilang budaya dan pelbagai, ditujukan kepada permintaan domestik serta komersial di negara-negara tempat ia beroperasi.

Sebagai sebahagian daripada prinsip teras perniagaan ini – syarikat ini bekerjasama rapat dan menyokong komuniti tempatan, dengan menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi menjauhkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai punca pendapatan utama bagi sesetengah rantau di Asia.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), kumpulan itu kini memiliki projek-projek perladangan dan pertanian di empat buah benua, di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah, termasuk salah satu daripada usahanya yang terbaharu – kilang pemprosesan kayu gaharu terbesar Asia Tenggara di Malaysia.

Wangian terbaru Fragrance Du Bois, 'London Oud', akan dilancarkan bersempena dengan ulang tahun pertama jenama itu
Wangian terbaru Fragrance Du Bois, 'London Oud', akan dilancarkan bersempena dengan ulang tahun pertama jenama itu

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151009/8521506730-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151009/8521506730-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services