omniture

ZUK Z1 kini dijual di Eropah melalui Amazon, dikuasakan oleh Cyanogen OS

ZUK
2015-10-15 19:12 419

BERLIN, 15 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- Setelah mendedahkan kerjasama strategiknya bersama Cyanogen pada 21 Ogos, ZUK, sebuah syarikat Lenovo, telah mula menjual Z1 versi antarabangsa di pasaran Eropah mulai 13 Oktober. Telefon itu boleh didapati di Sepanyol, Itali, Perancis, UK, dan Jerman melalui gedung dalam talian Amazon dengan harga promosi bernilai EUR 299.99, dan telah mencapai kejayaan hebat dalam acara jualan kilat di laman sesawang Amazon Itali serta Jerman.

Dihasilkan untuk pengguna kuasa yang sentiasa bergerak, ZUK Z1 didatangkan dengan Cyanogen OS 12.1. Dioptimumkan untuk prestasi dan dilengkapi perkakasan canggih terkini, ZUK Z1 menampilkan pemproses Snapdragon 801, RAM 3GB, dan storan 64GB. Dengan harga yang begitu kompetitif, ZUK Z1 akan menjadi telefon yang paling menjimatkan kos dan berprestasi tinggi yang terdapat di pasaran.

Ciri-ciri lain yang menonjol bagi Z1 termasuk teknologi sensor cap jari terkini – sensor cap jari sentuhan FPC, FPC1155. Sensor ini menyokong kemampuan putaran jari 360 darjah dan memberikan tempoh tindak balas yang pantas. ZUK Z1 merupakan telefon mudah alih pertama dunia yang menyokong piawaian USB 3.0 Jenis-C. Piawaian 3.0 membolehkan pemindahan data dilakukan dengan kelajuan 5Gbps – 10 kali lebih pantas berbanding USB 2.0.

Selain itu, ZUK Z1:

  • Didatangkan dengan bateri 4100mAh struktur Tetingkat & Lipat berketumpatan lebih tinggi
  • Mengecas dengan pantas, menyokong USB OTG dan boleh mengecas telefon lain
  • Dilengkapi dengan paparan IPS1080P dan penepuan warna tinggi NTSC 100%, memastikan tahap kejelasan yang tinggi serta pengalaman visual yang hebat

Berkenaan kamera telefon ini, ZUK Z1 dilengkapi dengan kamera belakang 13 megapiksel yang menampilkan lensa Largent dan sistem penstabilan imej optik OIS profesional. Selepas 2,400 jam penalaan yang teliti, kamera itu sedia digunakan dalam masa 0.5 saat. Kamera hadapan 8 megapiksel dan ciri pengoptimuman kecantikan wajah yang baru direka dapat memberikan yang terbaik untuk sebarang imej.

Berkenaan bunyi pula, ZUK Z1 dilengkapi dengan penyelesaian pengoptimuman bunyi terkini daripada Dirac untuk pembesar suara kecil. Elemen ini memaksimumkan potensi pemindah arus yang kecil untuk menghasilkan kualiti bunyi terbaik pada kekuatan tertinggi dengan gangguan minimum.

Bagi ZUK, antara semua elemen yang disertakan dalam rekaan ini, sentuhan telefon pada tangan pengguna adalah yang paling penting. Rangka logam tengah Z1 diperbuat daripada aloi aluminium untuk pesawat penerbangan, menggunakan 16 program CNC yang berbeza dan melibatkan 209 proses. Telefon ini tahan lasak, sementara proses bedilan pasir yang kompleks memberikannya sentuhan yang halus.

Daripada pengalaman perisian, Cyanogen OS menyampaikan beberapa ciri canggih untuk kamera, audio, pendail, e-mel dan kalendar. Ciri baharu dalam Cyanogen OS 12.1, LiveDisplay dengan pintar menyesuaikan kecerahan dan kontras skrin. Cyanogen turut memperkenalkan pelayar baharu yang mampu memberikan hasil carian dengan lebih cepat dan selamat berbanding pelayar-pelayar terkemuka.

Sejak awal Oktober, ZUK telah melancarkan produknya di Asia Tenggara, Eropah, dan Timur Tengah – dalam kebanyakan situasi, melalui kolaborasi secara dalam talian. Menilai dari aspek konfigurasi, prestasi, rupa bentuk dan harga, ZUK Z1 versi antarabangsa bersaing dengan baik bersama semua peranti yang serupa dengannya di pasaran.

HUBUNGI: Elaine Du, +86-135-2087-8056, duyr2@zuk.com

Source: ZUK
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services