NEW ORLEANS, 15 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Di SCTE Cable-Tec Expo 2015, Huawei mengumumkan suit penyelesaian yang direka untuk membantu Pengendali Berbilang Perkhidmatan (MSO) global mengukuhkan daya saing mereka dalam era digital.
Bagi menangani penyebaran pantas peranti terhubung dan persaingan daripada pemain tahap tinggi (OTT) yang bergerak pantas dan syarikat telekomunikasi tradisional, Huawei menyokong strategi serampang dua mata MSO: menyediakan perkhidmatan berbilang skrin berkualiti tinggi untuk mempertingkat peluang perniagaan video; dan menambah baik perkhidmatan jalur lebar untuk memastikan pengalaman pengguna yang hebat.
"MSO perlu berevolusi dengan pantas untuk kekal berdaya saing dan mendorong pertumbuhan hasil," kata Ron Pitcock, Naib Presiden/Pengurus Besar MSO Group, Huawei USA. "Bagi mengembangkan perniagaan video mereka, MSO mesti bertindak balas kepada permintaan pengguna yang meningkat terhadap kandungan asli dan pengalaman berbilang skrin yang beraneka. Perniagaan jalur lebar adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan MSO, namun begitu, persaingan semakin hebat apabila pasaran menjadi kian tepu dan syarikat telekomunikasi mengekori rapat melalui pemasangan gentian ke x (fiber to the x, FTTx) dan G.fast. MSO juga perlu sentiasa meningkatkan prestasi rangkaian dengan memanfaatkan FTTx serta DOCSIS 3.1."
Semasa SCTE Cable-Tec Expo 2015, Huawei telah menampilkan Penyelesaian Video Hibridnya dan siri Rangkaian GigaBand yang merangkumi Coax Giga, Transmisi Giga dan Angkut Balik Giga. Kesemua penyelesaian ini membantu MSO memajukan kemampuan perkhidmatan dan rangkaian mereka ke arah operasi perkhidmatan penuh selain penyampaian pengalaman berbilang skrin yang optimum kepada para pengguna.
Sebagai penginovasi aktif bagi teknologi akses generasi akan datang, Huawei telah meluaskan kehadiran perniagaan MSOnya di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia Pasifik, bagi menyediakan penyelesaian kabel yang inovatif kepada 45 MSO di seluruh dunia.
SCTE Cable-Tec Expo 2015 diadakan di New Orleans, Amerika Syarikat dari 13-16 Oktober 2015. Reruai Huawei di SCTE Cable-Tec Expo 2015 terletak di Reruai 155, Pusat Konvensyen Ernest N. Morial New Orleans.
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Sasaran kami adalah untuk memperkayakan kehidupan dan meningkatkan kecekapan melalui dunia yang lebih terhubung, bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pemungkin inovatif bagi masyarakat bermaklumat, dan penyumbang kolaboratif kepada industri. Dipacu oleh inovasi berpusat pelanggan dan kerjasama terbuka, Huawei telah menubuhkan portfolio penyelesaian ICT lengkap yang memberikan pelanggan kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti dan pengkomputeran awan. Seramai 170,000 kakitangan Huawei di seluruh dunia komited dalam mewujudkan nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan dan pengguna. Penyelesaian ICT yang inovatif, produk dan perkhidmatan kami digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, memenuhi keperluan lebih satu pertiga populasi dunia. Diasaskan pada tahun 1987, Huawei merupakan syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei