omniture

Pengeluar Telefon Pintar Ramos Muncul di Skrin Besar Times Square New York Semasa Cuti Hari Kebangsaan China

Shenzhen Ramos Digital Technology Co., Ltd.
2015-10-15 22:00 225

"Rekaan dan sentuhan" telefon baharu yang tidak pernah disaksikan sebelum ini daripada jenama muda dan syarikat keusahawanan ini merupakan satu contoh sejauh mana China berubah daripada pengilang produk kepada pencipta produk

NEW YORK, 15 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Enam puluh enam pengeluar yang berpangkalan di China termasuk Huawei, Gree, Haier dan Ramos berganding bahu untuk menayangkan filem pendek dwibahasa dalam bahasa Cina dan Inggeris bagi mempromosikan jenama mereka pada set skrin besar Thomson Reuters berhadapan Times Square New York dari 1-3 Oktober. Acara promosi ini telah dirancang untuk bertembung dengan ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China. Acara ini mewakili penampilan terbesar firma-firma China di Times Square New York, salah satu tarikan pelancong paling banyak dikunjungi di dunia. Times Square New York telah menjadi tumpuan popular untuk jenama antarabangsa bagi membuat penampilan. Kehadiran pada skrin-skrin itu telah menjadi amat kompetitif ekoran ruang terhad yang tersedia. Ramos, pendatang baharu yang muncul dalam pasaran telefon pintar China pada tahun 2015, memperlihatkan kehebatan dan visinya dalam penyepaduan global dan perkhidmatan seiring dengan 65 pengeluar lain.

Ramos mengetengahkan falsafah jenama firma itu iaitu "Jangan Takut, Lakukan Sesuatu" dalam filem-filem pendek itu. Ditubuhkan pada tahun 2001, Ramos merupakan salah satu perintis bagi para pemain muzik China. Dengan lebih 35 juta pengguna setakat ini, Ramos menjual produk-produk di lebih 50 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Dibangunkan secara bersama oleh Ramos dan BYD, Ramos MOS1 merupakan telefon pintar pertama Ramos yang dipaparkan pada skrin besar itu. Telefon itu kekal popular sejak dilancarkan pada Ogos lalu, khususnya kerana penampilannya yang menarik serta ciri-ciri kecekapan tenaga. Boleh didapati dalam empat warna – emas, perak, kelabu dan merah jambu – telefon pintar itu amat menarik perhatian dengan slogan produknya iaitu "inspirasi keindahan".

Sebagai telefon pintar pertama Ramos, MOS1 amat dihargai oleh para pembeli. Mereka mengulas MOS1 memiliki rupa yang benar-benar hebat – bahagian depan dan belakang diperbuat daripada kaca terbaja melengkung 2.5D, rangka logam kristal dengan hujung lima permukaan, rim keemasan ultra-tipis 1.9mm digabungkan dengan rangka logam penuh 6.6mm ultra-tipis bagi menghasilkan rupa serta sentuhan yang jarang dilihat sebelumnya. Pada masa yang sama, salah satu tarikan utama MOS1 adalah ia didatangkan tanpa aplikasi yang telah dipasang siap, bagi memastikan pengguna tidak dibebani oleh kandungan yang tidak diingini. Hasilnya, campuran kandungan kekal ringkas dan telefon ini menyampaikan pengalaman pengguna yang hebat. MOS1 dilengkapi dengan pemproses octa-teras Qualcomm Snapdragon 615, 2GB RAM dan 32GB storan ROM. Peranti ini didatangkan dengan bateri 3050mAh yang amat selamat yang dihasilkan oleh BYD, menambahkan masa penggunaan selama berjam-jam secara signifikan sebelum dicas semula.

Ramos bersedia untuk melancarkan MOS1 max, telefon pintar kedua syarikat itu pada Oktober 2015. Telefon pintar ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari rupa yang anggun dan hayat bateri yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang syarikat ini di en.ramos.com.cn

Laman Facebook: Ramos Digital Technology
Twitter: @RamosTech
HUBUNGI:
Tel: +86-755-3333-8983
E-mel: sales@ramos.com.cn  

Source: Shenzhen Ramos Digital Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications