omniture

Internet Perkara: Legrand Umumkan ia Bekerjasama dengan Nest Inc. dan akan Menggunakan Protokol Komunikasi Nest Weave dalam Produk Terhubungnya

Legrand
2015-10-16 18:04 289

LIMOGES, Perancis, 16 Oktober 2015 /PRNewswire-FirstCall/ --

Yakin bahawa Internet Perkara akan membuka era baharu untuk bangunan terhubung dan setelah melancarkan program Eliot* pada bulan Julai, Legrand hari ini mengumumkan ia bekerjasama dengan Nest Inc. dan akan menggunakan protokol Nest Weave dalam pembangunan produk terhubungnya.

Seperti yang diumumkan pada 8 Julai 2015 semasa sidang akhbar untuk melancarkan Eliot*, program Internet of Perkara miliknya, Legrand terus menggalakkan saling kendalian antara produk terhubung dalam bangunan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277386LOGO )

Dengan itu, Legrand akan membangunkan produk untuk kediaman yang menggunakan Nest Weave.

Yakin bahawa kebolehan saling kendalian merupakan syarat penting untuk penggunaan Internet Perkara yang selanjutnya dalam bangunan, Legrand berhasrat untuk menggalakkan penggunaan "bahasa terbuka", berkemampuan menyepadukan dan berkomunikasi dengan sebanyak mungkin sistem daripada pihak ketiga, seterusnya menawarkan pengguna dengan pelbagai manfaat serta pilihan tambahan untuk digunakan sambil memberikan mereka kebebasan untuk memilih dalam pembelian kelengkapan pada rentak mereka sendiri, sedikit demi sedikit, mengikut keperluan.

Legrand juga merupakan ahli Allseen Alliance, salah satu konsortium antarabangsa terpenting yang berkempen ke arah penerimaan produk, sistem dan perkhidmatan Internet Perkara di peringkat global yang berdasarkan teknologi AllJoyn, dan sebelumnya ZigBee® Alliance - ZigBee® merupakan standard tanpa wayar antarabangsa global terbuka untuk Internet Perkara.

*Latar belakang program Eliot oleh Legrand  

Eliot merupakan nama program yang dilancarkan pada tahun 2015 oleh Legrand untuk mempercepatkan pelaksanaan Internet Perkara dalam Penawaran kumpulan itu. Dihasilkan daripada strategi inovasi Kumpulan itu, matlamatnya adalah membangunkan penyelesaian yang boleh dihubungkan dalam 40 keluarga produk, untuk membawa manfaat yang berkekalan kepada pengguna peribadi dan profesional.

Latar Belakang Legrand

http://www.legrand.com 

Source: Legrand
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services