KUALA LUMPUR, Malaysia, SINGAPURA dan TAIPEI, 16 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Billion Electric Co. menyediakan penyelesaian pengurusan tenaga pintarnya bagi tujuan memantau aktiviti elektrik di Stesen Eko-Tenaga (EPS) di Taiwan, iaitu stesen pengecasan basikal elektrik luar grid yang revolusi, yang menjana kuasanya sendiri melalui tenaga suria. Teknologi pemeteran kuasa dan komunikasi Billion Electric yang berjaya digabungkan bukan sahaja memudahkan pentadbir menangani cabaran kawalan pusat kelengkapan yang tersebar di merata tempat, tetapi juga menghasilkan aliran kerja yang pantas dan lebih cekap antara peranti, yang meningkatkan produktiviti serta menjimatkan tenaga.
EPS menyepadukan meter pintar Billion Electric dan kotak kawalan arus untuk menyukat jumlah digital penjanaan kuasa bagi panel solar, penggunaan kuasa basikal individu dan penggunaan stesen pengecasan keseluruhan. Dengan menghubungkan kepada gerbang tenaga pintar melalui transmisi tanpa wayar, data penggunaan kuasa dapat dimuat naik serta merta kepada sistem pemantauan awan. Pentadbir dapat menyelia kecekapan operasi, voltan, arus, dan penggunaan kuasa basikal elektrik melalui tablet. Penyelesaian pengurusan tenaga pintar daripada Billion Electric juga dapat digunakan untuk mengurus tenaga elektrik di bangunan komersial, kilang, dan komuniti kediaman untuk menjimatkan tenaga kerja serta mencapai keputusan pengurangan karbon terbesar.
Mulai Mac 2016, EPS dan penyelesaian pengurusan tenaga pintar Billion Electric akan mengadakan pameran di Liberty State Park, New Jersey di A.S. dan akan digunakan sebagai salah satu stesen sewaan basikal di kawasan tersebut.
Latar Belakang Billion Electric
Billion Electric Co., Ltd. (www.billion.com; www.smartgrid.com.tw, taiex: 3027) merupakan penyedia penyelesaian pengurusan tenaga Taiwan yang utama. Kami menyokong kehidupan dan alam sekitar melalui penggabungan kekuatan kuasa dan teknologi ICT untuk memungkinkan teknologi inovatif serta mesra alam. Kakitangan Billion Electric di seluruh dunia komited untuk menghasilkan nilai maksimum untuk para pelanggan sedia ada dan akan datang.
Pertanyaan Media
Elaine Chen
elainechen@billion.com.tw
+886-229145665#317
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151015/8521506852