omniture

POSCO E&C Jalankan Pecah Tanah untuk Pembinaan Haeundae Tourist Resort LCT

- Memulakan pembinaan sepenuhnya untuk satu Menara Mercu Tanda (101 tingkat, 411m) yang merupakan menara kedua tertinggi di Korea semasa mula dibina, dan dua bangunan pangsapuri (85 tingkat, 333m/339m) yang tertinggi di Korea
- Peningkatan mendadak dalam kestabilan projek dan nilai pelaburan ekoran POSCO E&C bertanggungjawab terhadap pembinaan
POSCO E&C
2015-10-19 08:04 406

SEOUL, Korea Selatan, 19 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- POSCO E&C telah mengadakan majlis pecah tanah untuk bangunan pencakar langit Haeundae Tourist Resort LCT yang akan dibina di Pantai Haeundae, Busan, salah satu tempat percutian terbaik di Korea.

Pandangan dari udara Haeundae Tourist Resort LCT
Pandangan dari udara Haeundae Tourist Resort LCT

Haeundae Tourist Resort LCT akan menampilkan satu Menara Mercu Tanda setinggi 101 tingkat yang akan menjadi menara kedua tertinggi di Korea setakat tarikh mula pembinaan, dan dua bangunan pangsapuri tertinggi di Korea yang dinamakan sebagai 'Haeundae LCT The Sharp'. Perbelanjaan pembinaan untuk projek ini berjumlah 1.4904 trilion KRW, dan proses pembinaan akan mengambil masa selama 50 bulan dan dijangka siap menjelang November 2019.

Haeundae Tourist Resort LCT akan menampilkan infrastruktur menarik untuk tinggal di dalam bangunannya, seperti santai, rekreasi, beli belah dan perniagaan. Ia turut menawarkan pemandangan lautan yang terbuka dengan Pantai Haeundae sebagai laman hadapan; yang akan menjamin tempatnya sebagai jentera pertumbuhan akan datang bagi perniagaan pelancongan.

POSCO E&C umumnya dianggap sebagai syarikat pembinaan terbaik dari segi kuasa jenama dan kepuasan pelanggan, yang diperoleh melalui pembekalan kemudahan perumahan untuk lebih 10,000 isi rumah di Busan sahaja, termasuk Haeundae The Sharp Adelis.

POSCO E&C terus mengumpul kebijaksanaan perniagaan dan kemampuan teknikal daripada kejayaan membina beberapa bangunan yang amat tinggi termasuk bangunan tertinggi Korea iaitu Northeast Asia Trade Tower di Songdo (68 tingkat, 305m), Dongtan Metapolis, Songdo First World, dan Busan The Sharp Centum Star.

Dengan 86 paten seperti perancangan struktur tahan angin/kalis gempa berkaitan pembinaan bangunan amat tinggi dan sistem pencegahan bencana selain 5 bentuk teknologi baharu, POSCO E&C akan turut mengaplikasikan pelbagai teknologi pembinaan bangunan amat tinggi kepada bangunan-bangunan baharu ini, yang akan dibina sebagai bangunan konkrit bertetulang tulen yang tertinggi di Korea.

*

Syarat untuk dianggap sebagai bangunan amat tinggi: Sebuah bangunan dengan sekurang-kurangnya 50 tingkat atau ketinggian 200m

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151016/8521506929

Source: POSCO E&C
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel New products/services