omniture

UBS Lancarkan Nobel Perspectives

UBS
2015-10-19 19:21 349

ZURICH, 19 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

- UBS hari ini mengumumkan pelancaran 'Nobel Perspectives', sebuah platform digital yang akan menampilkan sekitar 40 rakaman temu bual dengan Penerima Anugerah Nobel dalam Ekonomi.

Menerusi kerjasama dengan penyiar Jerman Frank dan Thomas Elstner, UBS menyokong penerusan projek yang pertama kali dimulakan oleh Frank pada tahun 1985, untuk mendokumenkan kehidupan serta hasil kerja Penerima Anugerah Nobel. Arkib dalam talian ubs.com/nobel, akan memaparkan bahan dan rakaman temu bual yang baru dibuat serta baru disunting. Temu bual itu akan diterbitkan sepanjang 2 tahun akan datang.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151016/277701LOGO )

Antara lainnya, Penerima Anugerah Nobel dalam Sains Ekonomi yang ditampilkan akan melibatkan: Kenneth J. Arrow, James M. Buchanan Jr., Gérard Debreu, Lawrence R. Klein, Finn Kydland, Wassily Leontief, Sir Arthur Lewis, James E. Meade, Merton H. Miller, Christopher Pissarides, Alvin E. Roth, Paul A. Samuelson, Theodore W. Schultz, William F. Sharpe, Herbert A. Simon dan Robert M. Solow.

Profil pertama, diterbitkan hari ini, menerokai hasil kerja ahli teori permainan Alvin E. Roth. Sepanjang minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang, temu bual dan bahan selanjutnya akan ditambah ke laman itu berserta ulasan dan analisis daripada 'Undercover Economist' Tim Harford serta Pakar Ekonomi Global UBS sendiri, Paul Donovan.

Frank Elstner berkata: "Setelah menemu bual Penerima Anugerah Nobel sejak tahun 1980an, saya menyedari persamaan yang terdapa pada insan-insan luar biasa ini: kesabaran yang tiada penghujung, perasaan ingin tahu yang hebat, kecekalan yang andal dan paling utama sekali ialah sikap merendah diri. Mereka bukan sahaja pemikir progresif tetapi juga model teladan untuk kehidupan dalam masyarakat yang bertoleransi. Saya gembira kami mendapat UBS sebagai rakan kerjasama kami yang dapat menjamin masa depan yang panjang bagi projek ini."

Hubertus Kuelps, Ketua Komunikasi & Penjenamaan Kumpulan berkata: "Hasil kerja oleh kumpulan pemikir ini telah memberikan jawapan kepada banyak persoalan besar dalam bidang ekonomi. Mereka merupakan wira dunia ekonomi yang UBS menjadi sebahagian daripadanya dan secara nyata telah membentuk perniagaan dan budaya melalui penyelidikan mereka. Kami teruja untuk menyediakan platform yang menampilkan para Penerima Anugerah Nobel dan pencapaian mereka."

Latar Belakang UBS  

UBS komited untuk memberikan pelanggan persendirian, institusi dan korporat di seluruh dunia, serta pelanggan runcit di Switzerland, dengan khidmat nasihat serta penyelesaian kewangan yang terbaik, sambil menjana pulangan yang menarik dan juga mampan untuk para pemegang saham. Strateginya berpusat pada perniagaan Pengurusan Harta dan Pengurusan Harta Amerikanya serta bank universal terkemukanya di Switzerland, yang dilengkapi oleh perniagaan Pengurusan Aset Global dan juga Bank Pelaburan. Perniagaan-perniagaan ini berkongsi tiga ciri-ciri penting: semuanya menerima manfaat daripada kedudukan kompetitif yang kukuh dalam pasaran sasaran, cekap modal serta menawarkan pertumbuhan berstruktur dan prospek keuntungan yang hebat. Strategi UBS terbina atas kekuatan semua perniagaannya dan menumpukan usahanya dalam bidang kepakarannya, sambil berusaha memanfaatkan prospek pertumbuhan menarik dalam perniagaan dan rantau di tempat ia beroperasi. Kekuatan modal merupakan asas kejayaannya.

UBS berada di kesemua pusat kewangan utama seluruh dunia. Ia memiliki pejabat di lebih 50 buah negara, dengan sekitar 35% pekerjanya bekerja di benua Amerika, 36% di Switzerland, 17% di bahagian lain di Eropah, Timur Tengah dan Afrika manakala 12% di Asia Pasifik. UBS Group memiliki sekitar 60,000 kakitangan di seluruh dunia. Saham UBS Group AG tersenarai pada Bursa Swiss SIX dan Bursa Saham New York.


Wakil media
Switzerland: +41-44-234-85-00
UK: +44-207-567-47-14
Benua Amerika: +1-212-882-58-57
APAC: +852-297-1-82-00

http://www.ubs.com 
http://www.ubs.com/together
http://www.ubs.com/nobel

Sumber: UBS

Source: UBS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services