omniture

Air China bakal Mulakan Perkhidmatan Beijing-Kuala Lumpur

Air China
2015-10-20 04:55 291

BEIJING, 20 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan tanpa henti Beijing-Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2015. Dengan perkhidmatan baharu itu, para penumpang hanya perlu terbang selama 6.5 jam dari Beijing ke "Negara Getah" itu untuk menyaksikan pelbagai tarikannya, termasuk latar langit Kuala Lumpur yang didominasi oleh Menara Berkembar.

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan merupakan pusat politik, komersial serta kebudayaan. Ia merupakan sebuah bandar yang terdiri daripada pelbagai budaya, yang mana istana-istana Eropah yang indah, masjid-masjid yang anggun dan rumah-rumah China yang selesa terdapat di mana-mana sahaja. Baru-baru ini, Malaysia telah menjadi destinasi popular yang memiliki tarikan yang hebat untuk para pelancong dari China. Perkhidmatan Beijing-Kuala Lumpur daripada Air China akan menjadi yang pertama seumpamanya menghubungkan bahagian utara China ke Malaysia dan juga sebagai pilihan perjalanan tambahan.

Malaysia pernah menjadi hentian penting di "Jalan Sutera Laut" China purba, memainkan peranan penting dalam pertukaran komersial dan budaya Timur-Barat. Perkhidmatan tanpa henti Beijing-Kuala Lumpur daripada Air China yang akan datang, iaitu satu respons yang tepat pada masanya kepada inisiatif strategik "Satu Lingkaran, Satu Jalan" oleh kerajaan China, akan menjadi laluan udara yang menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pelaburan antara kedua-dua negara serta menambahkan dorongan kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengenalan perkhidmatan Beijing-Kuala Lumpur merupakan salah satu usaha penting Air China untuk mencapai strategi globalnya, meluaskan rangkaian laluannya yang meliputi rangkaian Asia Pasifik dan mengukuhkan kedudukan globalnya dengan habnya di Beijing. Air China akan menuruti pelancaran perkhidmatan Beijing-Kuala Lumpur dengan pengenalan kepada laluan Beijing-Mumbai, Beijing Colombo dan Beijing-Islamabad-Karachi. Kesemua laluan baharu yang akan dimulakan ini akan menambahkan bilangan destinasi di rantau Asia Pasifik yang dihubungkan oleh syarikat penerbangan itu kepada 19 laluan.

Latar belakang penerbangan tersebut

Penerbangan tersebut, CA871/872, beroperasi 4 kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Penerbangan keluar bertolak dari Beijing pada 16:45 waktu Beijing dan tiba di Kuala Lumpur pada 23:00 waktu tempatan. Penerbangan pulang bertolak dari Kuala Lumpur pada 00:20 dan tiba di Beijing pada 06:45. Penerbangan itu akan dikendalikan dengan pesawat Airbus 330-300. Tempat duduk Kelas Perniagaannya dapat dijadikan katil yang rata sepenuhnya, manakala tempat duduk Kelas Ekonomi Premiumnya menawarkan 120% ruang kaki tempat duduk Kelas Ekonomi Standard. Tempat duduk Kelas Ekonomi standard yang direka secara ergonomik dapat menjadikan perjalanan lebih selesa. Semua kelas perkhidmatan menawarkan AVOD peribadi bagi menghiburkan para penumpang sepanjang tempoh penerbangan.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services