omniture

Vserv dan Mindshare Peroleh Semua Anugerah Logam Berharga di Anugerah Smarties MMA 2015

Kempen Magnum Pink & Black Curi Tumpuan Raih Anugerah Emas dan Perak
Vserv
2015-10-20 12:00 185

MUMBAI dan JAKARTA, Indonesia, 20 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- Vserv, platform data pintar terkemuka untuk pemasaran serta perdagangan mudah alih, dan juga Mindshare, rangkaian perkhidmatan media dan pemasaran global, menggondol kesemua tiga anugerah logam berharga di Anugerah Smarties MMA Indonesia 2015 yang berlangsung baru-baru ini. Acara ini merupakan program anugerah pemasaran mudah alih global terkemuka dunia yang mengiktiraf inovasi, kreativiti dan kejayaan selain menyampaikan anugerah kepada pasukan dan mereka yang berbakat yang mencabar sempadan pemasaran mudah alih untuk mencapai serta berhubung dengan pengguna.

Vserv dan Mindshare Indonesia, bersama meraih Emas dalam kategori Inovasi bagi kempen Pelancaran Magnum Pink & Black, Perak untuk kempen yang sama dalam kategori Pelancaran Produk/Perkhidmatan dan Gangsa bagi kempen Pelancaran Castrol Magnatec Stop Start dalam kategori Pelancaran Produk/Perkhidmatan.

"Kami gembira dan berbesar hati kerana telah merangkul 3 logam di Anugerah Smarties MMA 2015. Anugerah ini merupakan antara yang paling terkenal dalam bidang pemasaran mudah alih global dan ini adalah satu penghormatan apabila hasil kerja kami diiktiraf oleh panel yang begitu terkemuka," kata Dippak Khurana, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Vserv. "Ini menunjukkan komitmen kukuh kami untuk terus menghasilkan strategi inovatif untuk pemasar yang memperkasakan mereka bagi mencapai khalayak yang relevan dalam cara yang paling menarik."

"Kami teruja dianugerahkan dengan Anugerah Smarties MMA 2015 tahun ini bagi tiga kempen kami yang diusahakan bersama Vserv. Di Mindshare, kami percaya kolaborasi adalah kunci untuk menghasilkan idea-idea hebat. Sememangnya ia merupakan satu pencapaian yang hebat apabila diiktiraf oleh salah satu badan industri yang paling disegani dan dihormati dalam bidang pemasaran mudah alih," kata Himanshu Shekhar, Ketua Pegawai Eksekutif, Mindshare Indonesia & SEA.

MMA merupakan pertubuhan perdagangan tanpa untung global yang terkemuka di dunia yang terdiri daripada 800 buah syarikat ahli, dari hampir lima puluh buah negara di seluruh dunia.

Klik di bawah untuk melihat kedua-dua kempen:

Kempen Pelancaran Magnum Pink & Black 
Kempen Pelancaran Castrol Magnatec Stop Start

Latar Belakang Vserv: 

Vserv merupakan platform data pintar terkemuka untuk pemasaran dan perdagangan mudah alih. Platform ini memiliki kumpulan pengguna internet mudah alih terbesar di India & Asia Tenggara dengan maklumat unik dan beraneka tentang pengguna-pengguna ini. Platform revolusi Vserv mengubah data besar kepada data pintar, memperkasakan syarikat untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Diasaskan pada tahun 2010, Vserv mempunyai lebih 500 juta profil pengguna unik global, dan disokong oleh Maverick Capital, IDG Ventures India & Epiphany Ventures. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.vserv.com.

Latar Belakang Mindshare:

Mindshare merupakan rangkaian agensi media global dengan pembilan melebihi AS$34.5 bilion (sumber: RECMA). Rangkaian itu terdiri daripada lebih 7,000 pekerja, di lebih 116 buah pejabat merentasi 86 buah negara di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Setiap pejabat berdedikasi untuk mewujudkan kelebihan pemasaran yang berdaya saing untuk perniagaan dan jenama mereka berasaskan nilai kepantasan, kerja berpasukan dan provokasi. Mindshare merupakan sebahagian daripada GroupM, yang menyelia sektor pengurusan pelaburan media untuk WPP, kumpulan perkhidmatan komunikasi terkemuka dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.mindshareworld.com.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Rachita Vaid
rachita.v@vserv.com
Vserv

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141020/10108948

Source: Vserv
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Awards