omniture

GERBANG MEDIA Jalur Lebar Berbilang Gigabit dan Aplikasi SWAN(TM) Baharu Sagemcom akan Ditampilkan di Forum Dunia Jalur Lebar 2015

Sagemcom
2015-10-20 15:00 339

RUEIL-MALMAISON, Perancis, 20 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Semasa forum dunia jalur lebar, Sagemcom mendemonstrasikan rangkaian gerbang media berbilang gigabitnya untuk generasi akan datang yang menyepadukan teknologi ultrajalur lebar - DOCSIS 3.1, G.fast, gentian dan MIMO 4*4 Wi-Fi berbilang pengguna - dengan set yang beraneka perkhidmatan baharu, dilaksanakan pada suit perisian SWAN™.

Selepas G.Fast pada tahun 2014, tahun ini Sagemcom memperkenalkan teknologi dan gentian DOCSIS 3.1 dengan rangkaian baharu gerbang jalur lebarnya. Penyelesaian ini membolehkan pengendali telekomunikasi dan kabel menawarkan berbilang gigabit dan dunia perkhidmatan baharu kepada pelanggan mereka.  

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150717/237924LOGO)

Direka dengan teknologi baharu DOCSIS 3.1, F@st 3890 dapat mengendalikan DOCSIS 3.1 dan DOCSIS 3.0 32x8 secara serentak. Gerbang baharu ini terdiri daripada gelombang 2 Wi-Fi 4*4 11ac untuk 5GHz, 4*4 11n untuk 2.4GHz, dan melaksanakan Wayarles unggul MU-MIMO.

Telah pun menerima kejayaan hebat sejak dilancarkan pada tahun 2014, F@st 5360 menyokong teknologi berbilang WAN dengan fungsi pengesanan automatik yang cekap bagi membolehkan penyambungan sendiri dilakukan kepada rangkaian: G.fast dan A/VDSL memvektorkan sehingga 35B, gentian melalui modul SFP, dan juga Eternet Gigabit. WAN dapat dilanjutkan "mengikut permintaan" dengan agregasi LTE. Produk ini melaksanakan MU-MIMO DBDC 4*4 Wi-Fi, dan DECT CAT-iq untuk Suara HD.

Dengan pengalaman seluruh dunia dalam ujian antara operasi GPON, portfolio Sagemcom menawarkan penyelesaian yang disahkan TR-247 untuk pelaksanaan yang terbuka dan lancar. F@ST 5655 dan F5656 adalah gerbang berbilang pengendali yang kompak dan berkuasa, menawarkan sambungan internet jalur lebar ultrapantas melalui akses gentian G/EPON. Produk ini melaksanakan Wi-Fi DBDC gred video 11ac, HPNA 3.1, lapisan tindihan video RF. Rangkaian ini disediakan hari ini untuk membuka laluan kepada generasi akan datang 10G (NG-PON2, XG-PON1, 10G-EPON) pada tahun 2016.

Semua gerbang jalur lebar generasi akan datang ini menyepadukan suit perisian SWAN™ Sagemcom yang memberikan akses mudah kepada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan termasuk aplikasi 3-permainan matang, GUI berbilang bahasa dengan rekaan responsif, aplikasi ringkas untuk telefon pintar, kawalan ibu bapa yang ringkas dan cekap, pusat media beraneka untuk perkongsian multimedia yang cekap dan penyegerakan awan, serta perkhidmatan Buku Telefon canggih seperti penyegerakan maklumat hubungan dengan awan. Perisian SWAN™ menyertakan set instrumen diagnostik sendiri yang lengkap untuk membolehkan pengendali terus menambah baik pengalaman rangkaian kediaman bagi manfaat pengguna. Dengan pelbagai fungsi lain dan kepakaran matang dalam persekitaran berbilang pengendali, perisian SWAN™ menaikkan standard baharu untuk pengalaman pelanggan.

Sila lihat semua inovasi ini di reruai Sagemcom #B40 di Forum Dunia Jalur Lebar yang berlangsung di Excel, London, dari 20-22 Oktober 2015.

Latar Belakang Sagemcom 

Sebuah kumpulan teknologi tinggi dari Perancis dengan dimensi antarabangsa, Sagemcom beroperasi dalam jalur lebar (kediaman digital, kotak atas set, penghala Internet, telefoni dan terminal multimedia), bandar pintar (meter pintar, grid pintar, tapak pintar, infrastruktur pintar, perkhidmatan pintar) serta pasaran Internet Perkara (ahli pengasas LoRa Alliance).

Dengan hasil sekitar 1.3 bilion euro, Sagemcom menggajikan 4,200 kakitangan di lima buah benua. Sagemcom bermatlamat untuk kekal sebagai peneraju dunia dalam terminal komunikasi dengan nilai tambah yang tinggi.

www.sagemcom.com // www.facebook.com/SagemcomOfficial // https://twitter.com/Sagemcom

SUMBER  Sagemcom

Source: Sagemcom
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services Trade show news