LONDON, 20 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Incessant Technologies (sebuah syarikat NIIT Technologies; NSE: NIITTECH), peneraju dalam penyepaduan digital dan penyampaian tangkas untuk penyelesaian BPM perusahaan, hari ini mengumumkan pelantikan Adrian Bignall sebagai Ketua Jualan & Kejayaan Pelanggan Global. Melalui peranan baharunya, Adrian akan bertangggungjawab untuk memantau operasi jualan global dan memberi tumpuan dalam menerajui strategi pertumbuhan untuk Incessant.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151019/769607-b)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151019/769607-a)
Berucap tentang pelantikan itu, Vijay Madduri, Ketua Pegawai Eksekutif, Incessant Technologies, berkata, "Saya melihat kedudukan Adrian sebagai satu usaha strategik untuk mempercepatkan strategi pertumbuhan kami ketika kami mengembangkan kedua-dua kepakaran dan kedudukan geografi kami. Saya mengalu-alukan kehadiran Adrian ke Incessant."
Sebelum menyertai Incessant Technologies, Adrian berkhidmat sebagai Naib Presiden Perkhidmatan, UK & Ireland untuk CA Technologies. Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Perunding Serantau untuk UK & Negara-negara Nordik di Pegasystems.
"Saya gembira kerana dapat menyertai Incessant, sebuah syarikat teknologi yang pantas berkembang yang memfokuskan arena BPM. Saya benar-benar yakin Incessant akan menjadi pemain utama dalam bidang Penyepaduan Digital. Kerjasamanya yang strategik baru-baru ini dengan NIIT Technologies akan turut membolehkannya meluaskan kedudukan global dan kepelbagaian kepakaran domainnya," kata Adrian Bignall.
Latar Belakang Incessant Technologies
Incessant Technologies, sebuah syarikat NIIT Technologies, merupakan peneraju dalam Penyepaduan Digital dan penyampaian tangkas untuk penyelesaian BPM perusahaan. Dengan kepakaran terbukti dalam mereka bentuk dan membina penyelesaian canggih yang melibatkan BPM, CRM, Pengurusan Kes, ECM, Perisian Tengah (Middleware), Mudah Alih, Analitik, dan Pemutusan, Incessant telah membangunkan penyelesaian ke pasaran inovatif yang memanfaatkan kerjasama dengan penyedia platform BPM terkemuka seperti Pegasystems, Appian dan juga IBM. Dengan fokus yang mendalam terhadap BFSI, Kerajaan, Kesihatan, Runcit dan Tenaga & Utiliti, Incessant memperkasakan organisasi-organisasi untuk memajukan hasil perniagaan. Incessat, sebuah organisasi yang memperoleh pensijilan ISO-27001, baru-baru ini disenaraikan dalam '20 Penyedia Penyelesaian Teknologi Perbankan Paling Berpotensi - 2015' oleh CIO Review dan '10 Syarikat Perkhidmatan Paling Berpotensi di India' oleh Silicon India (Edisi AS).
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.incessanttechnologies.com atau e-melkan kepada kami di contact@incessanttechnologies.com
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Rolly Arora
Ketua - Pemasaran
Incessant Technologies
rollya@incessanttechnologies.com
SUMBER Incessant Technologies Pvt Ltd