omniture

Air China bakal Mulakan Perkhidmatan Beijing-Islamabad-Karachi

Air China
2015-10-21 08:05 465

BEIJING, 21 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan Beijing-Islamabad-Karachi pada 26 Oktober 2015. Perkhidmatan itu akan menjadikan Air China sebagai syarikat penerbangan domestik China pertama yang menawarkan perhubungan udara antara Beijing dan Pakistan.

Pakistan merupakan sebuah negara yang menghubungkan elemen tradisi dan moden. Pada tahun 1960an, pusat kerajaan negara itu telah dipindahkan dari Karachi ke Islamabad. Kini, Islamabad, iaitu pusat politik negara itu, merupakan bandar yang penuh dengan semangat muda. Karachi, bandar terbesar dan paling ramai penduduk di Pakistan, telah memperoleh reputasinya sebagai ibu negara ekonomi negara itu.

China dan Pakistan telah menjadi rakan baik sejak penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1951. Dengan inisiatif "Satu Lingkaran, Satu Jalan" yang diterajui oleh China dan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dinanti-nantikan, kedua-dua negara itu telah membentuk perkongsian strategik dalam semua bidang. Sebagai tindak balas yang tepat pada masanya terhadap usaha strategik kerajaan China di rantau itu, perkhidmatan Beijing-Islamabad-Karachi oleh Air China akan menjadi penambahan penting kepada platform "Satu Lingkaran, Satu Jalan" dan terus mengukuhkan persahabatan serta pertukaran perdagangan dan juga budaya antara kedua-dua negara itu, selain turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Permintaan terhadap penerbangan antara China dan Pakistan telah meningkat secara berterusan. Pengenalan kepada perkhidmatan Beijing-Islamabad-Karachi, yang akan menjadi penghubung udara yang menghubungkan kedua-dua negara itu, merupakan salah satu usaha penting oleh Air China untuk mengukuhkan kedudukan globalnya menerusi kehadiran habnya di Beijing, meluaskan rangkaian laluannya di rantau Asia Pasifik serta mula membuka laluan ke Asia Selatan. Setelah perkhidmatan itu dilancarkan, Air China akan menjalankan operasi ke enam destinasi di Asia Selatan termasuk Delhi, Mumbai, Colombo, Kathmandu, Islamabad dan Karachi, yang menawarkan pelbagai pilihan perjalanan kepada penumpang yang bergerak antara China dan Asia Selatan serta penumpang rantau Asia Pasifik yang menghubungkan ke bahagian lain di dunia melalui Beijing.

Latar belakang penerbangan tersebut

Penerbangan tersebut, CA945/6, beroperasi 3 kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 18:30 waktu Beijing dan tiba di Islamabad pada 21:30 waktu tempatan dan di Karachi pada 00:50 waktu tempatan pada hari berikutnya. Penerbangan pulang berlepas dari Karachi pada 02:20 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 11:35. Penerbangan itu akan dikendalikan dengan pesawat Airbus A330-200. Tempat duduk Kelas Perniagaannya dapat ditukar menjadi katil yang rata sepenuhnya, dan semua kelas perkhidmatannya menawarkan AVOD peribadi bagi menghiburkan para penumpang sepanjang tempoh penerbangan.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

 

 

Source: Air China
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel New products/services