omniture

MetaQuotes Software Corp. Buka Pejabat Perwakilannya di Jepun

MetaQuotes Software Corp.
2015-10-21 19:30 387

TOKYO, 21 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- MetaQuotes Software Corp. mengumumkan pembukaan pejabat perwakilan baharu - MetaQuotes Japan di Tokyo. Ini merupakan pejabat perwakilan yang kedua belas oleh syarikat itu di dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323)

Kini, MetaQuotes Software diwakili oleh lima buah pejabat di rantau Asia Pasifik yang terletak di Australia, China, Singapura, Thailand dan Jepun. Syarikat ini yakin pejabat baharu ini akan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan. Bakal pelanggan bagi syarikat itu ialah bank-bank dan broker-broker Jepun.

MetaQuotes Japan akan menjalankan aktiviti jualan serta sokongan teknikal untuk semua produk MetaQuotes Software termasuk platform perdagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, selain sistem pengurusan perusahaan TeamWox.  Dengan mengambil kira minat yang semakin meningkat terhadap produk-produk MetaQuotes Software di rantau ini, penubuhan pejabat perwakilan baharu itu merupakan langkah penting untuk menjadi lebih dekat dengan pelanggan. Usaha yang dilakukan oleh MetaQuotes Japan akan disasarkan kepada pengukuhan perwakilan syarikat itu di rantau ini dan meluaskan kawasan jualan.

"Saya gembira kerana dapat menyertai pasukan MetaQuotes Software," - kata Tadao Mitsumoto, Ketua MetaQuotes Japan. "Tugas utama kami pada masa ini adalah untuk mempromosikan Teknologi MetaTrader dalam kalangan broker dan pedagang tempatan. Kini, tujuan ini lebih mudah dicapai apabila halangan dari segi jarak dan bahasa telah dihapuskan."

"Usaha untuk meluaskan pejabat perwakilan kami merupakan elemen penting dalam strategi global MetaQuotes Software," - tambah Gaies Chreis, Ketua Pegawai Operasi syarikat itu. "Kami gembira Tadao Mitsumoto akan mewakili kepentingan kami di Jepun. Ini akan menghidupkan aktiviti kami di rantau ini dan membolehkan kami mendapat pelanggan-pelanggan baharu."

Latar Belakang MetaQuotes Software

Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda niaga MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform perdagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 750 buah syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia.

http://www.metaquotes.net

SUMBER  MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion