omniture

Air China bakal Mulakan Perkhidmatan Beijing-Colombo

Air China
2015-10-22 09:22 323

BEIJING, 22 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan Beijing-Colombo pada 27 Oktober 2015. Perkhidmatan ini akan memberikan penumpang dengan akses mudah untuk menuju ke pulau yang indah di Lautan Hindi itu.

Colombo merupakan ibu negara Sri Lanka selain pusat politik, ekonomi, kebudayaan serta pengangkutan, dan China telah menjadi rakan dagangan kedua terbesar Sri Lanka dan juga sumber import dan sumber pelancong yang paling pesat membangun. Statistik yang dikeluarkan oleh Biro Promosi Pelancongan Sri Lanka menunjukkan kira-kira 12,000 pelancong China mengunjungi Sri Lanka pada bulan Mei, meningkat 71.9% tahun demi tahun. Perkhidmatan Beijing-Colombo akan datang akan membuka lebih banyak peluang pelancongan untuk pelancong perniagaan dan santai dari bahagian utara serta timur laut China.

Kini, Sri Lanka merupakan bahagian penting bagi "Jalan Sutera di Laut Abad ke-21" di Lautan Hindi. Pelancaran perkhidmatan Beijing-Colombo yang tepat pada masanya akan menjadi penghubung udara yang dapat menghubungkan kedua-dua negara ini dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara-negara tersebut dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan serta pelancongan. Sementara itu, laluan baharu itu juga merupakan salah satu usaha terpenting Air China pada tahun 2015 untuk mengukuhkan kedudukan globalnya dengan habnya di Beijing serta meluaskan rangkaian laluannya yang meliputi Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Syarikat penerbangan itu akan turut memulakan laluan lain ke destinasi-destinasi di rantau Asia Pasifik termasuk Beijing-Mumbai, Beijing-Islamabad-Karachi dan Beijing-Kuala Lumpur. Laluan-laluan baharu ini akan menjadikan bilangan destinasi di rantau Asia Pasifik yang dihubungkan oleh syarikat penerbangan itu kepada 19 laluan, yang menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan serta manfaat kepada pelancong perniagaan dan juga santai yang terbang antara Beijing dan bandar-bandar lain di rantau Asia Pasifik.

Latar belakang penerbangan tersebut

Penerbangan tersebut, CA873/4, beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada 13:30 waktu Beijing dan tiba di Colombo pada 19:10 waktu tempatan. Penerbangan pulang berlepas dari Colombo pada 21:10 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada 07:00 hari berikutnya. Penerbangan itu akan dikendalikan menggunakan pesawat Airbus 330-300. Tempat duduk Kelas Perniagaannya boleh ditukar menjadi katil yang rata sepenuhnya manakala tempat duduk Kelas Ekonomi Premiumnya menawarkan 120% ruang kaki tempat duduk Kelas Ekonomi Standard. Tempat duduk Kelas Ekonomi Standard yang direka secara ergonomik dapat menjadikan perjalanan lebih selesa. Semua kelas perkhidmatan menawarkan AVOD peribadi bagi menghiburkan para penumpang sepanjang tempoh penerbangan.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

 

 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel