YIWU, China, 22 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China kali ke-8 (http://en.forestryfair.com) akan diadakan tahun ini di Yiwu, China mulai 1-4 November. Pameran tersebut, iaitu pameran perhutanan dan pertanian yang memperoleh pensijilan UFI pertama di China dan kedua di dunia, akan bertindak sebagai platform perdagangan penting bagi tujuan pertukaran antara sektor pertanian dan perhutanan China serta seluruh dunia. Pameran yang diadakan pada acara tahun ini termasuk hasil balak dan bahan pembinaan kayu, barangan seni buluh dan kayu, keperluan harian yang diperbuat daripada kayu dan buluh, makanan hutan, florikultur serta teknologi dan juga kelengkapan perhutanan.
Bilangan pempamer mencapai rekod baharu
Setakat ini, lebih 3,600 buah syarikat telah mendaftar atau menyatakan keinginan mereka untuk menghadiri pameran itu, memperlihatkan peningkatan sebanyak 121% yang mengejutkan dan di luar jangkaan daripada bilangan pendaftar asal yang dijangkakan. Tujuh astaka bertemakan atau berasaskan geografi setiap satunya mempunyai lebih 30 buah syarikat yang akan mengadakan pameran. Pempamer dari Taiwan, dengan 400 reruai, sekali lagi menjadi tumpuan acara tersebut. Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China merupakan pameran perhutanan paling popular di dunia.
Tahap pengkhususan yang semakin meningkat dalam kalangan pempamer
Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China diadakan dengan fokus terhadap perdagangan dan perniagaan. Dengan acara setiap tahun, pihak penganjur pameran sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan reka letak kawasan pameran dan struktur pameran. Mereka turut menggalakkan pempamer membezakan diri daripada pempamer lain, dengan meluaskan ruang yang dikhususkan kepada industri tertentu dan terkhusus. Tahun ini, pameran tersebut menjangkakan untuk memainkan peranan yang menerajui industri dalam menetapkan mekanisme pasaran bagi sektor pertanian dan perhutanan China, selain menjadi acara utama setiap tahun yang mana pemain industri dapat berhimpun dan mempamerkan barangan mereka selain menjadi jentera untuk menarik pelaburan asing.
Terus mengoptimumkan kualiti pameran melalui acara serentak
Tahun ini, pihak penganjur pameran tersebut telah menambahkan siri acara yang berlangsung serentak, setiap satunya mempunyai acara berwibawa dan berpengaruh dalam satu sektor industri, sebagai usaha untuk mempertingkat tahap pengkhususan sekitar acara utama itu. Tiga forum utama akan diadakan selain tiga acara. Selain itu, satu acara yang diadakan khas untuk pembeli antarabangsa, Pameran Dagangan Pedagang Pembelian Multinasional Pameran Perhutanan, akan turut diadakan secara serentak. Penganjuran acara-acara ini akan terus meningkatkan reputasi dan pengaruh pameran itu.