omniture

Leica Biosystems Lancar Beberapa Produk Patologi Digital Aperio Baharu

Leica Biosystems
2015-10-22 16:23 394

VISTA, California, 22 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- Leica Biosystems mengumumkan pelancaran Stesen Kerja Analisis Imej Aperio baharu, memberikan pelanggan bidang patologi anatomi dengan penyelesaian berkuasa pada aras permulaan untuk memasukkan teknik analisis kuantitatif ke dalam penyeledikan mereka. Pelancaran ini juga disertai dengan versi baharu Pengurus eSlide Aperio, ImageScope Aperio dan Pengimbas Aperio.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150917/267841 )

Stesen Kerja Analisis Imej Aperio baharu ini memberikan penyelesaian aras permulaan untuk para penyelidik memanfaatkan kuasa algoritma Analisis Imej Aperio yang terbukti, terus pada komputer. Dengan pilihan yang menjimatkan kos ini, pengguna boleh menganalisis kesemua slaid atau kawasan yang berkenaan tanpa melakukan belanja IT tambahan. Selain itu, pilihan pelaksanaan stesen kerja itu boleh membesarkan analisis imej bahagian sekiranya terdapat penambahan keperluan pemprosesan. Dirujuk dalam ratusan terbitan ulasan setara, analisis imej Aperio telah memangkinkan penemuan biopenanda digital berasaskan patologi hampir sedekad lamanya.

Dengan lebih dua puluh ribu muat turun dilakukan sejak diperkenalkan, ImageScope Aperio merupakan pemapar patologi digital yang digunakan paling meluas di dunia. Ia kini memiliki fungsi lanjutan untuk imej tindihan paksi z dan pendarfluor berbilang saluran, serta fungsi mencatat yang dipertingkat, Penalaan Analisis Imej dan alat navigasi. Selain itu, pelancaran ini juga turut disertai oleh Pengurus  eSlide v12.3 Aperio dengan kemajuan prestasi yang ketara dalam pemapar web bersepadu serta aliran kerja yang dipermudah. Kedua-dua ImageScope Aperio dan pemapar web bersepadu pada Pengurus  eSlide v12.3 Aperio memanfaatkan kelebihan pengendalian dan prestasi format SCN pada semua imej slaid.

Selain itu, kesemua imej slaid, ditindih pada paksi z sehingga 25 kali, kini boleh dirakam melalui pengimbas Aperio AT2, CS2, dan AT Turbo. Fungsi ini boleh digunakan pada semua peralatan baharu dan boleh ditambah pada pengimbas sedia ada milik pelanggan, untuk membolehkan pendigitalan optimum pada bahagian yang tebal atau untuk persiapan sitologi.

"Analisis imej kini memangkin penemuan baharu dalam penyelidikan biopenanda dan rawatan pesakit yang lebih baik melalui diagnostik lanjutan. Stesen Kerja Analisis Imej Aperio memberikan para penyelidik dengan satu cara yang berkuasa dan mampu milik untuk mula menggunakan teknik analisis kuantitatif automatik," kata Puneet Sarin, naib presiden dan pengurus besar Leica Biosystems Pathology Imaging Business. "Pelancaran serentak ini memperlihatkan komitmen kami untuk menawarkan penyelesaian inovatif sambil turut menyediakan sokongan berterusan serta penambahbaikan kepada produk-produk sedia ada."

Untuk memuat turun Salinan percuma Aperio ImageScope, sila lawati LeicaBiosystems.com/AperioImageScope

Latar Belakang Leica Biosystems

Leica Biosystem adalah peneraju global dalam penyelesaian dan pengautomatan aliran kerja, berusaha untuk memajukan bidang diagnostik barah bagi mempertingkat kehidupan pesakit. Leica BioSystems menyediakan makmal dan penyelidik patologi anatomi dengan pilihan produk yang menyeluruh untuk setiap langkah dalam proses patologi, daripada persediaan sampel dan pewarnaan sehingga pengimejan dan laporan. Produk-produk Leica yang mudah digunakan dan sentiasa andal membantu dalam mempertingkat aliran kerja dan kejituan diagnosis. Syarikat ini beroperasi di lebih 100 buah negara. Ia memiliki kemudahan pengeluaran di 7 buah negara, bahagian jualan dan perkhidmatan di 19 buah negara, dan rangkaian pengedar di seluruh dunia. Syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Nussloch, Jerman. Maklumat lanjut boleh didapati melalui LeicaBiosystems.com.

Wakil Media: Kristin O'Neil, Pengurus, Pemasaran Jenama Global, GlobalMarketing@leicabiosystems.com +1-847-821-3537

Sumber: Leica Biosystems

Source: Leica Biosystems
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services