omniture

Viettel Raih Kejayaan dengan Dua Kemenangan sempena Anugerah Stevie 2015 bagi Kecemerlangan Inisiatif Pembangunan Komuniti dan Pertumbuhan Perniagaan

Viettel Global Investment JSC
2015-10-23 12:13 455

TORONTO, 23 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

  • Anugerah emas dalam kategori "Syarikat Paling Pantas Berkembang Tahunan di Asia, Australia dan New Zealand" untuk Telemor di Timor-Leste dengan kadar pertumbuhan tahun demi tahun sebanyak 280%
  • Anugerah perak dalam kategori "Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik Tahunan" untuk Natcom di Haiti dengan sejumlah AS$30 juta diagihkan kepada lebih 20 projek sosial

Viettel hari ini mengumumkan ia akan mengekalkan momentum untuk berkembang secara mampan sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan global, berikutan daripada dua anugerah yang diraih dalam kategori prestasi perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat sempena Anugerah Perniagaan Antarabangsa 2015 – Anugerah Stevie®. Anak-anak syarikat milik syarikat telekomunikasi itu di Timor-Leste dan Haiti berjaya meraih Anugerah Emas dalam kategori "Syarikat Paling Pantas Berkembang Tahunan di Asia, Australia dan New Zealand" manakala Anugerah Perak diraih bagi kategori "Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik Tahunan", masing-masing.

"Di Viettel, kami mengurus kesambungan sebagai keperluan asas untuk setiap orang serta menggunakan teknologi tercanggih yang terkini untuk mencapai penyelesaian canggih tetapi ringkas dan praktikal untuk menghasilkan rangkaian telekomunikasi mantap yang menghubungkan setiap sudut pasaran itu. Pertumbuhan pesat dalam pasaran yang kami ceburi adalah hasil daripada kualiti tinggi perkhidmatan kami dan sumbangan kami terhadap orang ramai. Dengan menggalakkan sumbangan sosial sejajar dengan pembangunan perniagaan sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan jangka panjang Viettel, kami komited terhadap kemajuan pelanggan kami dan masyarakat," kata Tao Duc Thang, Ketua Pengarah Viettel Global, yang baru-baru ini melahirkan wawasan Viettel untuk menjadi salah satu daripada 20 syarikat telekomunikasi terbesar yang terbaik di dunia menjelang tahun 2020.

Mula operasi pada tahun 2013, Telemor – Anak syarikat Viettel di Timor-Leste – megah menerajui kategori "Syarikat Paling Pantas Berkembang Tahunan di Asia, Australia, dan New Zealand" sempena IBA 2015 dengan kadar pertumbuhan tahun demi tahun sebanyak 280%. Sehingga kini, Viettel telah beroperasi dalam 10 pasaran di seluruh Asia, Afrika, dan benua Amerika bagi membantu membina prasarana dan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada lebih 260 juta penduduk dan 75 juta daripadanya adalah pelanggan Viettel. Dalam beberapa pasaran seperti Kemboja (melalui Metfone) dan Mozambique (melalui Movitel), syarikat tersebut merupakan peneraju pasaran dari segi pelanggan, perolehan dan prasarana.  

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan itu untuk mengubah landskap telekomunikasi dalam pasaran, Viettel juga banyak melabur dalam beberapa inisiatif dan program sosial di Haiti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, dan e-kerajaan. Sehingga kini, ia menyediakan prasarana internet kepada lebih 1,300 buah sekolah di seluruh negara itu yang boleh dimanfaatkan oleh beribu-ribu orang murid dan pendidik. Dengan memanfaatkan kehebatan rangkaian yang mantap, syarikat itu juga telah menghubungkan 85% daripada populasi Haiti dan mengubah kehidupan penduduk itu selepas gempa bumi yang melanda pada tahun 2010 melalui sambungan telekomunikasi. Program-program CSR yang boleh diteladani itu membantu Haiti menjadi negara Caribbean termaju dalam sektor prasarana kabel gentian optik dan Viettel berjaya meraih anugerah Perak sempena IBA 2015.

Pada masa kini, Viettel Group adalah kumpulan telekomunikasi dan teknologi terbesar di Vietnam dengan hasil sebanyak AS$10 bilion dan mempunyai lebih 75,000 kakitangan. Tahun lalu, perniagaan antarabangsa telah menyumbang sebanyak AS$1.2 bilion kepada kumpulan itu.

Latar Belakang Viettel

Viettel ialah salah satu pengendali telekomunikasi paling pesat berkembang di dunia dengan lebih 90,000 kakitangan bekerja penuh semangat merentasi 10 pasaran. Syarikat ini adalah pelopor yang telah membawa perubahan dalam telekomunikasi, mengubah perkhidmatan telekomunikasi menjadi satu komoditi untuk semua kelas sosial dan ke semua kawasan luar bandar serta pedalaman dalam masa hanya beberapa tahun. Viettel disenaraikan antara 15 syarikat telekomunikasi terbaik dalam kategori capaian mudah alih oleh Wireless Intelligence, GSMA. Pada penghujung tahun 2014, Viettel menjana hasil sejumlah AS$9.8 bilion dan keuntungan sebanyak AS$2 bilion, menjadi antara perusahaan terbesar yang terbaik di Vietnam, manakala perniagaan di peringkat antarabangsa menyumbang hasil sebanyak AS$1.2 bilion untuk kumpulan tersebut. Untuk lebih maklumat, sila layari laman sesawang: www.viettel.com.vn , www.viettelglobal.vn , www.vietteltelecom.vn , www.viettelmobile.com.vn

Source: Viettel Global Investment JSC
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards