omniture

Pesta Pencahayaan Antarabangsa Pekan Guzhen - China kali ke-16 Dimulakan pada 22 Oktober

China (Guzhen) International Lighting Fair
2015-10-24 14:45 401

GUZHEN, China, 23 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pada 22 Oktober, Pesta Pencahayaan Antarabangsa Guzhen – China kali ke-16 (pesta musim luruh) telah dimulakan di ibu kota pencahayaan, Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen. Pesta pencahayaan Guzhen tahun ini adalah berasaskan sumber industri pencahayaan yang banyak di ibu kota pencahayaan itu. Mengambil mod pameran inovatif "pameran terhubung kepada kedai" untuk merealisasikan platform pembelian dan dagangan pepasangan lampu sehenti pada skala ekstrim seluas 700,000 meter persegi. Mulai hari ini, produk kompetitif dan baharu merangkumi keseluruhan rantaian perindustrian bagi pepasangan lampu dengan nisbah prestasi kepada harga yang amat tinggi akan bertumpu di sini.

Pesta Pencahayaan Antarabangsa Pekan Guzhen – China kali ke-16 dimulakan pada 22 Oktober.
Pesta Pencahayaan Antarabangsa Pekan Guzhen – China kali ke-16 dimulakan pada 22 Oktober.

Pada jam 10:30 pagi, majlis perasmian pesta pencahayaan Guzhen tahun ini dan festival kebudayaan pencahayaan telah diadakan.

Di pesta itu, ruang utama pameran adalah seluas lebih 30,000 meter persegi, daripadanya 12,717 meter persegi adalah untuk 1,413 reruai bersaiz standard. Enam ratus tujuh pempamer hebat dihimpunkan dengan nisbah tarikan pedagang setinggi 100%. Tiga ratus sembilan puluh lapan buah syarikat mengambil bahagian dalam pesta itu, 132 daripadanya adalah dari luar Guzhen. Sebanyak 146 pempamer adalah dari luar bandar tersebut tetapi berada di dalam wilayah yang sama manakala 53 pempamer adalah dari luar wilayah itu tetapi di dalam negara yang sama.

Sorotan tahun ini adalah khidmat pemadanan pembeli luar negara. Sebelum pesta ini, dengan mengatur perjumpaan antara pempamer dan pembeli luar negara oleh pihak penganjur, perkhidmatan sehenti ini dengan cepat dan berkesan akan menyatukan pembeli serta pembekal untuk mempromosikan perdagangan bersama-sama dan memaksimumkan nilai penyertaan.

Tahun ini, "Salun untuk pakar rekaan pencahayaan dekoratif global" telah diadakan di lokasi Star Alliance hari ini, yang mana pasukan pakar yang terkemuka di dunia berkumpul bersama-sama. Sepanjang tempoh empat hari akan datang, lebih banyak persidangan dan forum yang hebat akan diadakan.

Aktiviti-aktiviti hebat dalam festival cahaya dengan kegemilangannya telah dimulakan pada malam tadi dan akan berterusan sepanjang empat hari akan datang. Air pancut muzik tiang Roman dan persembahan naga bertaring enam dengan gaya jelasnya akan dipersembahkan, menarik ramai pengunjung untuk menikmati persembahan itu.

Hari ini, para tetamu tempatan dan luar negara daripada industri tekstur-cahaya telah berhimpun di ibu kota pencahayaan China untuk menikmati karnival pemerolehan dan perdagangan, berkongsi dan bersama-sama mempromosikan pembangunan sihat industri pencahayaan dekoratif Guzhen.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151023/0861510074   

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics