omniture

RWE dan Gardena Jalin Kerjasama

RWE Effizienz GmbH
2015-10-27 17:00 337

DORTMUND, Jerman, 27 Oktober 2015 /PRNewswire/ --

  • Gardena gunakan peranti bahasa baharu, Lemonbeat daripada RWE
  • Komunikasi tanpa halangan untuk Internet of Things
  • Sistem pintar Gardena hubungkan peranti melalui protokol baharu Lemonbeat

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) –

Para pembangun dan pengeluar peranti yang serasi dengan Internet kini boleh memanfaatkan bahasa pengaturcaraan sejagat baharu, Lemonbeat, yang dibangunkan oleh RWE. Ia membolehkan sebarang peranti berkomunikasi atau bertindak balas dengan peranti lain melalui Internet. Sebagai bahasa pengaturcaraan umum untuk pelbagai aplikasi, Lemonbeat melambangkan satu perkembangan penting dalam kemajuan Internet of Things. Gardena, sebahagian daripada Husqvarna Group dan terkenal dengan peralatan kebun dan sistem pengairan yang inovatif, merancang untuk memperkenalkan robot mesin rumput pertama yang "bertutur"  menggunakan Lemonbeat ke dalam pasaran pada tahun hadapan.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151021/279148 )

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151021/279149 )

Dalam Internet of Things setiap satunya bersaling hubung melalui Internet. Banyak peranti boleh dikawal menggunakan cara ini, contohnya melalui aplikasi pada telefon pintar. Dalam industri pengeluaran dan logistik khususnya, kemajuan dalam teknologi mikrocip dan komunikasi telah mempermudah dan mempercepat banyak proses. Internet of Things, atau ringkasnya IoT, boleh menyalinghubungkan hampir sebarang objek harian dengan peranti lain serta dengan pengguna sendiri. Walau bagaimanapun, sehingga kini, perkembangannya terencat oleh sebab ketiadaan piawaian yang seragam dan komunikasi selamat - satu masalah biasa. Lemonbeat daripada RWE mungkin menjadi kunci kepada penyelesaian masalah ini.

Bagi komunikasi melangkaui sistem, "jurubahasa" perlu serasi dengan kaedah pemindahan seperti WLAN, Bluetooth, atau Eternet. Menggunakan bahasa pengaturcaraan sejagat seperti Lemonbeat, antara muka tersebut akan berlebihan. Maka, pembangunan peranti IoT dengan lebih pantas dan murah boleh dicapai. Peranti tersebut juga akan lebih mudah untuk berhubung dengan peranti lain, tanpa mengira pengeluarnya. Produk khusus pertama yang ditawarkan oleh RWE daripada pilihan ini ialah cip prakonfigurasi dengan bahasa Lemonbeat yang telah digunakan. Sebagai alternatif, hanya lesen untuk perisiannya boleh dipohon.

Hasil daripada kerjasama seperti ini, satu sistem pintar baharu daripada Gardena akan dilancarkan pada musim bunga kelak. "Kefleksibelan pilihan untuk aplikasi dan dan ciri-ciri keringkasan dalam penggunaannya dapat meyakinkan kami," kata Joachim Heppler, Pengarah untuk Pengurusan Produk Pengairan Global di Gardena. "Tambahan pula, konsep keselamatan yang canggih juga digunakan dalam Lemonbeat. Kami sangat menitikberatkan komunikasi yang andal dan selamat." Siri produk ini terdiri daripada dua model robot mesin rumput, Gardena smart Sileno, yang menggunakan Lemonbeat, serta pengawal siraman. Berpandukan piawaian komunikasi ini, peranti-peranti lain daripada Gardena akan menyusul, menjadikan kebun yang lebih pintar.

RWE Effizienz GmbH membantu pelanggan menggunakan tenaga secara berhemat dan selamat sebaik mungkin. Dengan inovasi produk baharu seperti RWE SmartHome, penyelesaian untuk elektromobiliti atau penyelesaian penyimpanan tenaga elektrik tercanggih, RWE Effizienz kini menetapkan piawaiannya. Lebih banyak maklumat di http://www.rwe-effizienz.com, http://www.rwe-mobility.com, http://www.rwe-smarthome.de dan http://www.lemonbeat.net.

Wartawan boleh menghubungi:

RWE Effizienz GmbH
Harald Fletcher
Ketua komunikasi
T +49-231-4-38-4840
M +49-173-2904149
harald.fletcher@rwe.com

Julika Gang
T +49-231-438-2248
M +49-172-2361312
julika.gang@rwe.com

Source: RWE Effizienz GmbH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services