CHENNAI, India, LONDON dan SEATTLE, 27 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Plintron, pemain utama dalam Penyelesaian Komunikasi Awan, hari ini mengumumkan kemasukannya ke dalam pasaran Afrika untuk pelanggannya Lycamobile, yang baru melancarkan perkhidmatan mudah alih berkualiti tinggi di Tunisia. Hal ini menandakan kemasukan Plintron ke dalam pasaran Afrika. Plintron terkenal dengan kepimpinan pemikiran MVNOnya dan telah menyediakan perkhidmatan mudah alih kepada lebih 50 juta pelanggan untuk lebih 50 perniagaan MVNO di 21 buah negara.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151009/768879)
Tunisia adalah salah sebuah negara Afrika yang memiliki prasarana telekomunikasi yang maju dan mencatatkan kadar penembusan pasaran tertinggi dalam benua itu, pada 132%.
Mohan Kumar Sundaram, Pengasas Bersama dan Pengerusi, Plintron, berkata, "Kami gembira kerana berjaya memperluas perniagaan MVNE kami melalui Platform Komunikasi Awan kami ke dalam pasaran Afrika. Tunisia akan menjadi pasaran utama untuk kami khususnya kerana potensi yang dimilikinya serta akan menjadi batu loncatan untuk kami terus berkembang ke negara-negara Afrika yang lain. Selepas pelancaran ini, sasaran kami seterusnya untuk rantau Afrika adalah negara-negara MVNO berlesen."
"Plintron mempunyai lebih 1000 orang kakitangan, khusus sebagai Syarikat Penyelesaian Komunikasi Awan untuk MNO dan MVNO. Kami bekerjasama dengan beberapa rakan perniagaan kami dalam pasaran Afrika. Kami juga menawarkan model perniagaan untuk MVNA melalui perkhidmatan Komunikasi Awan (MVNE lengkap dengan masa ke udara, kontrak MNO, sumber penomboran dan perkhidmatan sokongan terkawal) kami. Mana-mana jenama yang berminat untuk melancarkan perkhidmatan MVNO dalam pasaran Afrika boleh menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan penglibatan perniagaan MVNA semua-dalam-satu," tambah Subhashree Radhakrishnan, Pengasas Bersama & Naib Pengerusi, Plintron.
Latar Belakang Plintron
Plintron adalah entiti global dalam Penyelesaian Komunikasi Awan dan menawarkan perkhidmatan paling menyeluruh dalam industri telekomunikasi untuk MNO, MVNO dan Perusahaan. Perkembangan pesat selama 8 tahun menjadikan Plintron sebagai peneraju dalam lapangan industri telekomunikasi. Bagi menjadi syarikat dengan kehadiran terluas di peringkat global dalam bidang perniagaan, syarikat itu memanfaatkan rangkaian berbilang negara untuk kekal di hadapan.
Faktor utama bagi kejayaan global ini adalah komitmen Plintron terhadap kecemerlangan, keutamaan pelanggan, menumpukan kualiti, kefleksibelan dan pemilikan. Syarikat itu sentiasa berusaha menambah baik nilai sedia ada dan membangunkan penyelesaian baharu serta inovatif.
Plintron digerakkan oleh lebih 1000 orang kakitangan dan beroperasi di lebih 21 buah negara. Syarikat itu memiliki pusat Penyampaian Teknologi Global sepanjang masa di India. Lain-lain pejabat Perniagaan & Sokongan Rantau terletak di London (UK), Sydney (Australia) dan Seattle (AS) dengan rancangan untuk berkembang ke Afrika serta Amerika Latin.
Untuk lebih maklumat, lawati:
http://www.plintron.com
https://www.facebook.com/plintron.corporate
https://twitter.com/plintron
https://www.linkedin.com/company/plintron
Untuk butiran lanjut, hubungi:
Murugan.D
Ketua Pengurus - Pemasaran
sales@plintron.com
Sumber: Plintron