omniture

Cachet Hotel Group Lancarkan Platform Komuniti Dalam Taliannya

- Rakan kerjasama dengan Pemimpin Industri akan Sampaikan Pengalaman Gaya Hidup Dipilih Susun untuk Hotel, Pusat Peranginan dan Kediaman di Seluruh Dunia.
Cachet Hotel Group
2015-10-27 23:58 505

HONG KONG, 27 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Cachet Hotel Group (CHG) hari ini mengumumkan pelancaran platform teknologi berevolusinya, Cachet World, di acara persendirian yang dihadiri oleh pemaju hartanah global, anggota-anggota media pelancongan dan teknologi serta pendorong syarikat baharu #1 Asia - Chinaccelerator.

Cachet World merupakan komunti gaya hidup yang menampilkan enjin gelintar dan tempahan untuk hotel-hotel butik dan gaya hidup serta kediaman mewah di seluruh dunia.

Ciri-ciri pentingnya termasuk yang berikut:

  • Komuniti Sosial: Ulasan yang diberikan oleh pengguna, gambar-gambar, video-video dan kisah-kisah oleh para pelancong global serta pakar-pakar yang berminat dengan trend terkini dalam reka bentuk, seni, makanan, teknologi, pelancongan dan tanggungjawab sosial. Program kesetiaan Cachet akan memfokuskan tahap pengiktirafan komuniti gaya hidup ini, bermula dengan para pelancong China.
  • Biliki Hotel Terperibadi: Kemampuan pempakejan dinamik membolehkan tetamu mereka bentuk bilik mereka dengan penambahan yang boleh dinaik taraf seperti pilihan katil pereka, produk mandian dan penjagaan badan berjenama, barangan kecantikan serta kemudahan lain. 
  • Kediaman Dipilih Susun: Koleksi unik penyenaraian sewaan kediaman terpilih, termasuk kondominium, villa, kediaman bandar dan estet dengan penapisan berasaskan ciri seperti gaya rekaan, jenis perkakas dapur, kemudahan dan banyak lagi.
  • Mobiliti Interaktif: Perkhidmatan individu melalui mudah alih, SMS dan aplikasi media sosial. Para tetamu akan menikmati daftar masuk dan keluar yang lancar, khidmat bilik, kawalan dalam bilik untuk TV, hiburan, suhu dan banyak lagi.
  • Pemperibadian Makanan dan Minuman: Pengalaman setempat dan saranan berasaskan kecenderungan individu dan kumpulan merangkumi hidangan dalam bilik, restoran hotel dan katering sosial.

"Cachet World merupakan sebuah komuniti sosial. Misinya adalah untuk mendemokrasikan pelancongan gaya hidup dan memudahkan komuniti untuk mereka yang menggemari reka bentuk, makanan dan pelancongan. Teknologinya turut memberikan pelanggan peringkat-peringkat perkhidmatan mengikut individu yang kebiasaannya dikhususkan untuk mereka yang mampu tinggal di hotel-hotel mewah yang mempunyai pelayan peribadi," kata Alexander Mirza, Ketua Pegawai Eksekuitf dan Presiden Cachet Hotel Group. "Selain itu, Cachet World merupakan penyedia kos rendah, yang diperkasakan oleh rangkaian inovasi oleh pembangun pihak ketiga, memberikan hasil yang lebih menguntungkan untuk hotel dan pemilik kediaman."

Bagi membangunkan platform itu, Cachet memilih IGT, sebuah anak syarikat InterGlobe, peneraju global dalam industri penerbangan, hospitaliti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan. Disenaraikan dalam kalangan penyedia penyelesaian teknologi pelancongan 3 terbaik dunia, IGT memiliki rekod pencapaian hebat dalam bekerjasama dengan hotel-hotel, syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi pelancongan dalam talian.

"Dalam era pemerkasaan digital, para pelancong dan tetamu mengharapkan interaksi serta pengalaman terperibadi sepanjang perjalanan mereka. Bersama IGT, CHG menyasarkan untuk menjadikan teknologi sebagai elemen penting untuk pengalaman dan pengurusan tetamu yang hebat melalui platform Cachet World, yang memberikan penyelesaian terperibadi pertama dalam industri ini yang menghubungkan pengalaman tetamu serta interaksi merentasi semua titik sentuhan. Kami teruja untuk berkolaborasi dan membangunkan Cachet World yang bakal menjadi platform hospitaliti tercanggih," kata Vipul Doshi, Ketua Pegawai Eksekutif IGT.

Pembangunan platform Cachet World turut mewakili kolaborasi penasihat berbilang tahun antara CHG dan Hudson Crossing, khidmat runding pelancongan dan hospitaliti terkemuka dunia. Dengan pejabat-pejabat di Lembah Silikon dan New York, para pelanggan terkemuka Hudson Crossing terdiri daripada Booking.com, Hilton Worldwide, The Leading Hotels of the World, Mandarin Oriental Hotel Group, Orbitz dan Virgin Hotels.

"Kami teruja kerana dapat menyumbang kepada strategi di sebalik platform ini. Cachet World akan menyampaikan tahap keintiman yang tinggi kepada hubungan hotel-tetamu dan turut memberikan maklumat yang lebih mendalam tentang bagaimana saluran berbeza digunakan dan apa yang menjadikannya bermakna kepada tetamu. Apabila dilaksanakan ia akan menjadi contoh hebat dari segi sejauh mana hotel dapat berjaya melalui inovasi dan penyampaian pengalaman tetamu yang terbeza," kata Max Rayner, Rakan Kerjasama di Hudson Crossing.

Latar Belakang InterGlobe Technologies

InterGlobe Technologies (IGT) merupakan penyedia teknologi pelancongan dan penyelesaian penyumberan luar terkemuka yang komited dalam menyampaikan inovasi dan kecemerlangan perniagaan merentasi keseluruhan spektrum domain pelancongan, pengangkutan dan hospitaliti. Syarikat itu menawarkan Perkhidmatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Aplikasi bersepadu, Khidmat Kepintaran Perniagaan, Khidmat Pusat Panggilan, Khidmat Pentadbiran Pejabat, Khidmat Perunding dan Rangka Kerja Penyelesaian kepada industri pelancongan di seluruh dunia.  

IGT merupakan anak syarikat InterGlobe, peneraju dalam penerbangan, hospitaliti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan. Ditubuhkan pada tahun 1989, dengan ibu pejabat di Gurgaon, kini InterGlobe memiliki rangkaian yang terdiri daripada 126 buah pejabat di 59 buah bandar di seluruh dunia. InterGlobe menggajikan lebih 17,000 orang profesional merentasi perniagaannya yang termasuk IndiGo (InterGlobe Aviation), InterGlobe Technologies‚ InterGlobe Air Transport‚ InterGlobe Technology Quotient‚ InterGlobe Hotels dan CAE Simulation Training Private Limited. http://www.interglobe.com/

Latar Belakang Cachet Hotel Group:

Cachet Hotel Group (CHG) merupakan sebuah syarikat penjenamaan dan pengurusan hotel serta kediaman yang berpangkalan di Hong Kong. Misi CHG adalah untuk menjadi syarikat hospitaliti paling inovatif dan menyediakan tanggungjawab sosial di Asia. Dengan pelbagai projek yang sedang diusahakan, CHG memfokuskan untuk membangunkan hartanah di China, Asia Tenggara, Asia Timur Laut dan benua Amerika. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cachethotelgroup.com

Latar Belakang Hudson Crossing:

Hudson Crossing merupakan firma penasihat strategi dan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh membantu pelanggan meningkatkan prestasi aset kewangan mereka dalam industri-industri yang merangkumi pelancongan dan hospitaliti kepada khidmat kewangan serta teknologi. Melalui pelaksanaan idea-idea berani, pasukan pengendali berpengalaman Hudson Crossing merapatkan jurang antara perancangan serta prestasi, membantu pelanggan mencapai pertumbuhan melalui inovasi dan dengan mengubah strategi kepada hasil.

https://www.hudsoncrossing.com/

Latar Belakang Chinaccelerator

Chinaccelerator (ahli Global Accelerator Network) merupakan program pembiayaan modal berpandukan pementoran pertama di China. Program pecutan 90-hari ini komited untuk membantu usahawan berinovasi di barisan hadapan teknologi maklumat bagi mewujudkan syarikat-syarikat yang berjaya. http://chinaccelerator.com

Source: Cachet Hotel Group
Keywords: Hotels and Resorts Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services