omniture

ThyssenKrupp Lancarkan MAX: Memaksimumkan Kecekapan Bandar dengan Teknologi Berkemampuan IOT Microsoft Azure Terkemuka

- Rujukan silang: Gambar tersedia di AP Images (http://www.apimages.com) dan http://www.presseportal.de/nr/113002/ -
ThyssenKrupp Elevator AG
2015-10-28 00:00 351

NEW YORK, 28 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- ThyssenKrupp Elevator melancarkan MAX, penyelesaian perkhidmatan ramalan dan pencegahan mengubah industri yang menambah kemampuan pemantauan jarak jauh untuk meningkatkan tahap ketersediaan semasa bagi lif sedia ada dan baharu. Memanfaatkan kuasa teknologi Internet of Things (IoT) Microsoft Azure, MAX membolehkan lif "memberitahu" juruteknik perkhidmatan tentang keperluan sebenarnya, termasuk pengenalpastian pembaikan masa nyata, penggantian komponen dan penyelenggaraan sistem proaktif.

Dua belas juta lif di seluruh dunia hari ini menggerakkan satu bilion manusia setiap hari, menjadikan lif sebagai pengangkutan paling banyak digunakan - dan juga yang paling selamat - tetapi dalam setahun lif-lif ini tidak dapat berfungsi kerana masalah perkhidmatan dengan jumlah terkumpul selama lebih 190 juta jam; MAX bersedia menambah baik kesemua statistik ini dan bermatlamat untuk mengurangkan tempoh gangguan sebanyak separuh.

Andreas Schierenbeck, Ketua Pegawai Eksekutif ThyssenKrupp Elevator: "Misi kami adalah untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa jua sebelum ini dalam bidang kami: Untuk mengubah industri berusia seabad yang telah bergantung kepada teknologi yang tersedia sehingga kini. Bandar-bandar memerlukan inovasi yang dapat bertindak balas kepada cabaran pembandaran besar-besaran yang sedang kita saksikan. Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Microsoft untuk benar-benar membawakan ThyssenKrupp ke era digital dan mengubah cara industri lif menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan."

Dengan MAX, data yang dikumpulkan dalam masa nyata daripada lif ThyssenKrupp yang terhubung dihantar kepada platform awan Azure diyakini Microsoft, yang mana suatu algoritma akan menghitung baki jangka hayat sistem utama bagi setiap lif. Kini, pasukan ThyssenKrupp yang terdiri daripada seramai lebih 20,000 juruteknik perkhidmatan akan dapat bergantung kepada MAX sebagai pembantu mereka, memungkinkan mereka diberitahu lebih awal apabila komponen perlu diperbaiki atau diganti. Dalam bangunan terhubung dengan MAX, orang ramai tidak perlu menunggu lama dan ini dapat mengurangkan tekanan serta meningkatkan masa yang berkualiti.

Kunjungi juga: http://www.max.thyssenkrupp-elevator.com dan http://www.thyssenkrupp-elevator.com

Hubungi 

Michael Ridder
Ketua Hubungan Media
ThyssenKrupp Elevator AG
Telefon: +49-201-844-563054
E-mel: michael.ridder@thyssenkrupp.com

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151023/279986

Source: ThyssenKrupp Elevator AG
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Machinery New products/services