omniture

Strategi Global XCMG Diperkukuh di Eropah dan Amerika Syarikat

XCMG
2015-10-28 09:56 260

XUZHOU, China, 28 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- XCMG kini mengeksport 14 buah jentera penggelek jalan seberat lapan tan ke Amerika Syarikat pada musim luruh ini selepas mengeksport 10 buah pengorek peyarap pada tahun 2014 dan 150 buah jentera pada tahun 2013.

Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG, menekankan bahawa pengantarabangsaan sentiasa menjadi strategi utama XCMG. Penambahbaikan yang berterusan terhadap produk dan perkhidmatan sokongan menyeluruh telah memperkukuh daya saing syarikat itu dalam pasaran global.

"Kami mengekalkan kadar pengeluaran yang rendah semasa industri jentera pembinaan berada pada tahap terbaik mahu pun tidak dan kami berusaha mencapai matlamat kami iaitu apabila XCMG disebut, para pelanggan akan terus memikirkan produk kami yang andal, memiliki harga yang berpatutan, dan perkhidmatan yang bertanggungjawab," kata Wang.

Jumlah nilai produk yang telah dieksport ke Amerika telah melangkaui USD 10 juta. Lebih 500 produk kini dieksport ke lebih 170 buah negara kerana syarikat itu mengguna pakai strategi penyelidikan, pembangunan, dan pengeluaran khas yang menyasarkan pasaran-pasaran berbeza dan terbaik untuk bersaing dalam pasaran global.

Sementara itu, kren trak siri XCTE telah diterima dalam pasaran Eropah Timur kerana produknya yang menjimatkan kos dan andal yang mengurangkan konfigurasi serta kerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan Eropah bagi membangunkan kren semua rupa bumi seberat 100 tan untuk pasaran terbaik di Eropah Barat.

Syarikat itu juga telah mewujudkan rantaian bekalan global yang bersepadu serta membina pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan di beberapa buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat.

Sejak tahun 2010, melalui pengambilalihan syarikat-syarikat jentera seperti AMCA Hydraulic Fluid Power BV yang berpangkalan di Belanda, Fluitronics GmbH dan Schwing GmbH kedua-duanya berpangkalan di Jerman, pihak XCMG menggunakan sepenuhnya teknologi canggih Eropah dan mengaplikasikan sumber itu bagi tujuan melaksanakan pengantarabangsaan syarikat selain strategi inovasi kendiri dengan cekap.

XCMG kini memiliki tiga buah anak syarikat di Eropah – XS Holding GmbH (milik Schwing GmbH sepenuhnya), XCMG European Research Center GmbH dan AMCA Hydraulic Fluid Power BV. Pada tahun 2013, XCMG menjadi syarikat China pertama yang berjaya meraih anugerah pelaburan terbaik tahunan di North Rhine-Westphalia, Jerman.

Menurut Carter Schneider, datuk bandar Krefeld, kejayaan XCMG adalah hasil daripada keputusan yang bijak serta pelaksanaanya.

"Pusat penyelidikan kami di Eropah bercadang untuk membina sebuah platform antarabangsa untuk teknologi dan inovasi bagi menyokong penyelidikan teras serta pembangunan dalam masa tiga hingga lima tahun lagi," Wang berkata, "Sebagai peneraju global dalam industri jentera pembinaan, kami menyumbang kepada industri seluruh dunia melalui kesungguhan kami dalam melakukan pelaburan, inovasi dan integrasi."

Maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau FacebookTwitter dan Youtube.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation New products/services