omniture

Georg Jensen Buka Butik Utama Di Mount Street London

Georg Jensen
2015-10-28 14:00 316

LONDON, 28 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Pada petang ini Georg Jensen, sebuah firma reka bentuk Denmark, telah membuka butik utama London baharunya di Mount Street Mayfair. Butik ini memperlihatkan satu lagi langkah dalam menghidupkan semula jenama ini. Tetamu-tetamu yang hadir termasuk Dame Zaha Hadid, DBE, Ilse Crawford dan Tom Dixon yang semuanya menikmati petang yang penuh keraian di gedung baharu itu.

Diilhamkan oleh arkitek hiasan dalaman Denmark David Thulstrup, butik tersebut menawarkan persekitaran yang menyerupai galeri bagi koleksi lengkap Georg Jensen. Antara rekaan ikonik Georg Jensen ialah, satu koleksi barang kemas emas premium yang baru dilancarkan dipamerkan di tingkat bawah. Selain itu, koleksi jam telah disertakan dengan penambahan keluaran terhad baharu selain edisi ros dan emas kuning.

Di tingkat bawah para tetamu diperlihatkan dengan warisan mengagumkan Georg Jensen yang berusia lebih 110 tahun. Barangan perak vintaj dan barang kemas turut dipamerkan, bersama ciptaan barangan berongga khas, hadiah perak, peralatan makan perak selain kolaborasi barangan perak yang bakal dilancarkan bersama pereka Marc Newson CBE. Dalam dua tingkat ini para tetamu dapat mengalami nilai estetika Georg Jensen yang tersendiri, gaya yang telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan apa yang dirujuk hari ini sebagai 'Rekaan Denmark', sambil memperoleh Waran Diraja Denmark.

"Pelancaran gedung indah ini menandakan pencapaian baharu untuk Georg Jensen di London, sebuah bandar yang kami telah berada sejak tahun 1926. Dengan perasaan tenaga yang diperbaharui dalam semua koleksi kami, berserta lokasi dan hiasan dalaman yang akan menyediakan latar sempurna terhadap pelbagai kisah yang kami ingin sampaikan melalui rekaan inovatif kami," ulas David Chu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif.

Pembukaan butik utama baharunya itu menuruti butik-butik yang baru dibuka di Royal Exchange London, hab runcit mewah Westfield The Village, dan konsesi dalam Selfridges Wonder Room serta bahagian barangan perak Harrods - dan semuanya menjadikan kehadiran runcit UK digandakan sebanyak lebih 3,000 kaki persegi. Di peringkat antarabangsa, tahun 2015 telah menyaksikan pembukaan butik di Munich, Oslo dan gedung konsep inovatif, Georg Jensen Hus di Beijing.

Latar Belakang Georg Jensen 

Georg Jensen merupakan sebuah firma reka bentuk Denmark yang terkenal kerana keberanian artistik, ketukangan yang hebat dan kolaborasi kreatif bersama antara pereka terkemuka pada abad lalu - dan hari ini. Diasaskan pada tahun 1904 oleh pakar pertukangan perak Georg Jensen, koleksinya terdiri daripada perkakas perak dan pinggan mangkuk, barang kemas mewah, jam tangan, aksesori dan koleksi kediaman.

Butik utamanya terletak di 89 Mount Street, London W1K 2SR, T: +44-(0)203-824-8430

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151027/281196
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151027/281197
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151027/281198

Source: Georg Jensen
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Precious Metals Retail Corporate Expansion