omniture

Peringkat Akhir Hadiah Reka Bentuk Hublot - Tumpuan Minggu Reka Bentuk Tokyo

HUBLOT
2015-10-28 18:06 278

TOKYO, 28 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Ketika edisi ke-30 Minggu Reka Bentuk Tokyo menyediakan suasana untuk seluruh ibu kota, Hublot telah mengambil tempat di Kiba Park di Muzium Seni Kontemporari, Tokyo (MOT). Jelajah Letupan Besar telah mengambil tempat di tengah-tengah muzium itu. Juri bagi Hadiah Reka Bentuk Hublot telah memilih pra pemenangnya. Edisi pertama telah diraikan melalui anugerah ex-aequo dan "anugerah khas juri". 

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151027/280957 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151027/280958 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151027/280959 )

"Apabila saya mengenangkan sejarah saya, saya memikirkan tentang semua orang dan setiap pertemuan yang telah memainkan peranan penentu. Mereka yang menjadikan saya sebagai diri saya, yang yakin pada diri saya dan memainkan peranan dalam mendorong kerjaya saya. Kadang kala bakat hanya memerlukan bantuan daripada takdir untuk menemui kejayaan," Jean-Claude Biver, Pengerusi Hublot dan Pengerusi Divisyen Jam Tangan LVMH.

Terdapat detik-detik dalam kerjaya, atau sejarah sesebuah firma, yang menyaksikan saat penentu yang penting. Bagi Hublot, saat penentu ini dinamakan Letupan Besar. Seutas jam tangan yang telah menempatkan kedudukannya sebagai model ikonik dalam reka bentuk jam dan mencetuskan kejayaan jenama ini. Ini merupakan inspirasi di sebalik pelancaran Hadiah Reka Bentuk Hublot pada April tahun ini sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 model Letupan Besar. Matlamat utamanya adalah untuk menyokong pereka muda dengan mendorong kerjaya mereka, serta mewujudkan detik penentu sedemikian.

"Reka bentuk merupakan bahagian penting dalam identiti Hublot seperti bahan-bahan yang digunakan. Identiti kami meluahkan idea yang jelas: TANPA INOVASI - TIADA MASA DEPAN. Hublot dengan bangganya berada di Tokyo hari ini untuk menyampaikan hadiah reka bentuk kami dan mengetengahkan bakat seorang pereka muda". Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot.

Pada masa depan, Hublot ingin menghargai bakat pereka-pereka akan datang dengan membantu mendedahkan mereka kepada khalayak ramai di peringkat antarabangsa.

Pada 27 April 2015, seramai 25 peserta telah dipilih oleh juri yang terdiri daripada 5 nama dalam dunia reka bentuk kontemporari: Lapo Elkann, Ronan Bouroullec, Marva Griffin Wilshire dan Profesor Dr. Peter Zec, dipengerusikan oleh Pierre Keller. Pada 4 Jun, di Milan, seramai 5 orang finalis untuk edisi pertama Hadiah Reka Bentuk Hublot telah diumumkan.  

Edisi pertama Hadiah Reka Bentuk Hublot menyaksikan hadiah ex-aequo dianugerahkan kepada hasil kerja bagi kerjasama Swiss BIG-GAME dan warga Norway Daniel Rybakken yang kedua-duanya meraih hadiah sebanyak CHF 50,000. Satu "anugerah khas juri" sebanyak CHF 10,000 telah disampaikan kepada Brynjar Sigurõarson. Jean-Clauder Biver dan Pierre Keller bersama-sama menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

"Melihatkan kecemerlangan dan kualiti hasil kerja yang ditampilkan, kami telah memutuskan untuk menganugerahkan gelaran ex-aequo kepada semangat berpasukan BIG-GAME- satu kerjasama yang akan menjadi pemain utama di pentas rekaan dunia – dan Daniel Rybakken kerana pendekatan asli dan minimalis beliau yang membuka lembaran baharu dalam pencahayaan kontemporari. Hadiah khas juri dianugerahkan kepada seorang calon luar biasa, Brynjar Sigurdarson, yang dapat memanfaatkan sepenuhnya asal-usul beliau dan bahan-bahan yang terdapat di negara asal beliau iaitu Iceland." Juri Hadiah Reka Bentuk Hublot

Bersama penganugerahan Hadiah Reka Bentuk Hublot, MOT telah menjadi tuan rumah kepada Jelajah Letupan Besar dan pameran hasil kerja lima finalis Hadiah Reka Bentuk Hublot itu. Latar belakang telah dihasilkan oleh Keiji Ashizawa, seorang pereka Jepun yang identiti artistiknya adalah "rekaan jujur"- seni yang ringkas dan halus, indah namun mudah dicapai.

Hadiah Reka Bentuk Hublot ini merupakan pertandingan antarabangsa yang dilancarkan oleh Hublot pada tahun 2015 yang dianugerahkan sebagai pengiktirafan terhadap rekaan seseorang pengkarya. Pertandingan itu dibuka kepada pereka-pereka yang berusia di bawah 40 tahun, yang memberi ganjaran kepada hasil kerja mereka tanpa terikat kepada sebarang bidang rekaan yang tertentu. Bagi memastikan kepelbagaian budaya pertandingan itu dikekalkan dan mengetengahkan sejumlah besar ciptaan pada peringkat global, setiap ahli juri perlu memilih antara 5 calonnya, sekurang-kurangnya seorang pereka bukan Eropah dan seorang pereka dari Asia.

Ia direka sebagai pendorong kerjaya para pereka muda dengan menumpukan perhatian antarabangsa kepada hasil karya pemenang yang sedia ada.

HUBLOT INTERNATIONAL, Switzerland, http://www.hublot.com , T +41(0)22-990-90-00

Perhubungan Media Antarabangsa: Annabelle Galley, a.galley@hublot.ch

Sumber: HUBLOT

 

Source: HUBLOT
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Fashion