omniture

Pameran Automobil Antarabangsa China (Macau) ke-5 Bakal Diadakan

China National Automotive Industry International Corporation
2015-10-28 20:51 309

MACAU, 29 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Selepas lima tahun mengadakan persiapan yang teliti, Pameran Automobil Antarabangsa China (Macau) ke-5 (Pameran Automobil Macau) bakal diadakan di Ekspo Cotai di Venetian Macau dari 6 hingga 8 November 2015.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Pameran Automobil Macau mengekalkan prinsip uniknya dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan geografi Macau dan memenuhi dasar negeri dengan teliti, selain memainkan peranan penting dalam mempromosikan kepelbagaian ekonomi Macau yang sederhana dan perkembangan pesat industri konvensyen dan juga pameran di Macau. Pameran Automobil Macau telah berkembang menjadi pameran antarabangsa yang lebih luas, ke tahap lebih tinggi dan terkenal yang memberi pengaruh yang besar kepada rantau itu, memperoleh pensijilan UFI serta memasuki senarai 10 Jenama Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Terbaik di Macau.

Dengan melaksanakan sepenuhnya strategi pemasaran kerajaan pusat dan Macau sebagai "Inisiatif B&R", "Satu Pusat dan Satu Platform" dan "Jalan Sutera Maritim", Pameran Automobil Macau 2015 telah mencatatkan satu lagi rekod dengan pertambahan dari segi skala dan kualiti. Pameran akan datang ini masih mengekalkan temanya iaitu, "Jenama, Hubungan dan Peluang", yang mempunyai kawasan pameran seluas 65,000 meter persegi, tiga buah dewan pameran bertema dan 12 zon khas. Sebanyak 92 jenama automobil terkenal, atau lebih 400 buah kenderaan, perusahaan-perusahaan berkaitan, wakil-wakil organisasi dan persekutuan industri daripada 17 buah negeri dan wilayah akan menyertai pameran tersebut. Sementara itu, 59 aktiviti budaya bertemakan automobil, persidangan, dan mesyuarat meja bulat akan turut diadakan, bersama hampir 300 orang wartawan dari China dan luar negara serta 165,000 orang pengunjung. Paling utama, Pameran Automobil Macau ke-5 akan terus menerajui industri pameran di Macau.

Semasa Pameran Automobil Macau ke-5, Pameran Import dan Eksport Kapal Layar Antarabangsa China (Macau) ke-5 dan Pameran Penerbangan Perniagaan Macau ke-4 yang bertemakan "Perhimpunan Hebat Macau China" akan turut berlangsung. Dengan berkongsi sumber pelanggan yang terkemuka, ketiga-tiga pameran itu akan bergabung untuk menjadi jenama pameran antarabangsa yang sangat berdaya saing dan amat berpengaruh.

 

Source: China National Automotive Industry International Corporation
Keywords: Auto Transportation