omniture

FxPro Umumkan Statistik Pelaksanaan Suku Ke-3

FxPro
2015-10-30 14:14 287

LONDON, 30 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Awal tahun ini, broker dalam talian FxPro mengambil inisiatif untuk menerbitkan bagi setiap suku statistik penting yang berkaitan standard perkhidmatannya dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan dalam pasaran FX serta menggalakkan lebih banyak peserta industri menjadi lebih telus tentang operasi mereka. Hari ini, FxPro berbesar hati untuk mengumumkan peratusan gelinciran dan pelaksanaan bagi bulan Julai, Ogos dan September, 2015.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735436 )

Statistik gelinciran suku ke-3 FxPro adalah seperti berikut:

Positif = 43.4%
Pada Sebutharga = 39.6%
Negatif = 17.0%

Peratusan sebutan semula bagi tempoh sama adalah seperti berikut:

Sebutan Semula = 4.5%
Positif = 2.8%
Negatif = 1.7%

Ketua Pegawai Eksekutif FxPro, Charalambos Psimolophitis, mengulas:

"Statistik pelaksanaan kami adalah amat menggalakkan. Walaupun terdapat ketidaktentuan pasaran yang meningkat semasa suku ketiga tahun 2015, kami dapat merakamkan angka meyakinkan ini yang mendedahkan simetri gelinciran dan membuktikan teknologi pelaksanaan serta pemadanan arahan canggih kami. Ia kekal menjadi matlamat kami untuk terus memberikan perkhidmatan dan pelaksanaan arahan yang sempurna kepada para pelanggan kami walaupun dalam keadaan pasaran yang paling tidak menentu." 

Nota untuk Media 

Latar Belakang FxPro 

FxPro merupakan broker dalam talian yang memenangi anugerah, memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan runcit dan institusi di lebih 150 buah negara. FxPro memberikan akses kepada harga kompetitif dan kecairan mendalam dengan intervensi tanpa-meja-rundingan melalui platform dagangan canggih, teknologi pelaksanaan dan instrumen algoritma yang hebat.

FxPro Group Limited merupakan syarikat pegangan FxPro UK Limited dan FxPro Financial Services Limited.

FxPro UK Limited diluluskan dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Amalan Kewangan (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran Cyprus (no. lesen 078/07) serta Lembaga Perkhidmatan Kewangan (no. kelulusan 45052).

http://www.fxpro.co.uk

Amaran Risiko 

Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi.

Wakil Media
Hubungan Media
FxPro
+44-(0)20-7776-9720
E-mel: pr@fxpro.com

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Web Site