omniture

InstaForex Sebagai Rakan Dagangan FX Dalam Talian untuk US Città di Palermo

InstaForex
2015-11-02 09:00 159

PALERMO, Itali, 2 November 2015 /PRNewswire/ -- U.S. Città di Palermo dan syarikat perdagangan Forex dalam talian utama, InstaForex, mengumumkan kerjasama selama dua tahun. Perjanjian itu dimuktamadkan oleh Infront Sports & Media, ejen pemasaran U.S. Città di Palermo.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151028/281563 )

Broker tersebut akan menjadi rakan Forex dan pilihan Perduaan global Rasmi bagi Kelab Serie A itu serta akan menikmati pelbagai faedah termasuk TV LED, tiket, dan hospitaliti di Stadio Renzo Barbera.

"Kami berbesar hati untuk menerima InstaForex ke U.S. Città di Palermo sebagai rakan perdagangan Forex dalam talian pertama kami. Menarik minat syarikat-syarikat yang beroperasi di peringkat antarabangsa dan dalam sektor-sektor yang biasanya tidak terlibat dengan bola sepak jelas menunjukkan kelab kami semakin mendapat perhatian di luar sana," kata Pengurus Eksekutif U.S. Città di Palermo Angelo Baiguera.

Pavel Shkapenko, Pengarah Pembangunan Perniagaan InstaForex, berkata: "InstaForex memiliki aspirasi yang serupa dengan U.S. Città di Palermo - kami berusaha menjadi yang terbaik dalam industri Forex, sama seperti kelab dalam salah satu liga paling mencabar di dunia ini. Kami teruja untuk menjalin kerjasama dengan kelab yang ternama dan mantap ini."

Marco Bogarelli, Presiden Infront Itali, berpendapat: "Jenama-jenama antarabangsa yang sanggup berkongsi nilai dan objektif kelab-kelab Serie A harus dipandang tinggi. Kami yakin kerjasama ini akan membantu kedua-dua, InstaForex dan U.S. Città di Palermo untuk lebih menyerlah dalam pasaran masing-masing dan mewujudkan kesedaran jenama pada peringkat global mahupun rantau".

Latar Belakang InstaForex

InstaForex berkepakaran dalam perdagangan dalam talian untuk mata wang, logam, dan indeks. Jenama itu terkenal di seluruh dunia dengan perkhidmatan tercanggih dan produk baharu dalam pasaran Forex. Perkhidmatan InstaForex bukan sahaja diperakui oleh para pelanggan, malah oleh pakar-pakar dalam bidang itu serta pernah meraih anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia Pasifik' daripada International Finance Magazine dan 'Broker Forex Terbaik Eropah Timur 2015' menerusi Anugerah IAIR.

Latar Belakang Infront Sports & Media

Infront Sports & Media adalah syarikat pemasaran sukan paling disegani di dunia, mengurus pelbagai portfolio hartanah terkenal yang komprehensif. Diterajui oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Philippe Blatter, Infront mengendalikan semua aspek dalam sesebuah acara sukan yang berjaya - termasuk pengagihan hak media, penajaan, penerbitan media, dan operasi acara. Beribu pejabat di Zug, Switzerland, Infront memiliki pasukan kakitangan yang berpengalaman yang bertugas daripada 25 buah pejabat di 13 buah negara, menyampaikan 4,000 acara sukan ternama di seluruh dunia setiap tahun.

Source: InstaForex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics