omniture

Pengeluar Alkohol Global Terkemuka Tegaskan Semula Komitmen untuk Mengurangkan Tabiat Minum yang Memudaratkan

International Alliance for Responsible Drinking (IARD)
2015-11-03 15:34 363

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 3 November 2015 /PRNewswire/ -- Pelancaran global Prinsip Panduan Penjualan Minuman Beralkohol Secara Bertanggungjawab

Perikatan Antarabangsa bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) berbesar hati mengumumkan pelancaran Prinsip Panduan Penjualan Minuman Beralkohol Secara Bertanggungjawab di Kongres Runcit Dunia - Afrika pada 3 November 2015.

Didorong oleh keinginan bersama untuk mengukuhkan dan meluaskan usaha jangka panjang mereka bagi mengurangkan penggunaan alkohol yang memudaratkan, pengeluar global terkemuka bagi bir, wain, dan minuman keras telah menandatangani siri komitmen kolektif yang proaktif. Tindakan bersasaran ini, yang boleh diguna pakai dalam lima bidang penting, dan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun (2013-2017), bertujuan untuk:

  • Mengurangkan Amalan Minum Bawah Umur
  • Mengukuhkan dan Meluaskan Kod Amalan Pemasaran
  • Menyediakan Maklumat Pengguna & Inovasi Produk Bertanggungjawab
  • Mengurangkan Pemanduan Selepas Minum
  • Melibatkan Sokongan Peruncit untuk Mengurangkan Amalan Minum Memudaratkan

Melalui persetujuan bersama pakar-pakar kesihatan awam, peserta Komitmen Pengeluar ini yakin hal ini adalah penting untuk melibatkan peruncit dalam usaha untuk menggalakkan persekitaran minum yang selamat serta mencegah penggunaan alkohol yang memudaratkan, dan jalinan usaha yang dilakukan bersama adalah lebih hebat daripada bergerak sendirian. Prinsip Panduan Penjualan Minuman Beralkohol Secara Bertanggungjawab telah dibangunkan secara kolaborasi, untuk menetapkan standard yang disokong oleh peruncit dan pengeluar, serta menggalakkan penjualan bertanggungjawab di seluruh dunia. Peruncit terkemuka telah pun menjalankan dasar dan mengambil langkah untuk menggalakkan penjualan secara bertanggungjawab, dan kebanyakan pengeluar menyokong inisiatif penjualan secara bertanggungjawab seperti keperluan bukti umur dan latihan pelayan.

Mengulas tentang inisiatif itu, Ann Keeling, Ketua Pegawai Eksekutif IARD, menerangkan, "Semua pihak berkepentingan menyedari keperluan untuk memastikan peruncit, sebagai titik hubungan pertama dengan pengguna, berusaha secara kolaboratif dengan pengeluar alkohol minuman untuk memastikan kami menyumbang kepada pengurangan kemudaratan berkaitan alkohol. Prinsip Panduan ini mengiktiraf kepelbagaian dunia peruncitan dan perbezaan signfikan dalam amalan peruncitan atau tempat jualan di seluruh dunia, serta bertujuan untuk menangani isu-isu bersama dan juga konteks nasional untuk terus menggalakkan amalan minum yang selamat."

Program pelancaran itu menampilkan pengenalan kepada Komitmen Pengeluar daripada Pengarah Urusan syarikat-syarikat penaja IARD dan pembentangan Prinsip Penjualan Secara Bertanggungjawab. Satu perbincangan panel, menampilkan wakil-wakil daripada setiap kumpulan berkepentingan - kerajaan, peruncit dan persatuan runcit, dan wakil-wakil industri alkohol - meneroka sumbangan positif yang khusus yang dapat dibuat oleh mereka untuk mengurangkan mudarat yang berkaitan dengan alkohol.

Latar Belakang Komitmen dan Prinsip Panduan Penjualan Minuman Beralkohol Secara Bertanggungjawab 

Prinsip panduan penjualan itu mencerminkan piawaian industri bersama dan bertujuan untuk menggalakkan penjualan secara bertanggungjawab di seluruh dunia. Dipersetujui oleh pihak pengeluar bir, wain dan minuman keras terkemuka dengan sokongan daripada pihak penjual, prinsip-prinsip ini bertujuan untuk menggalakkan kedua-dua pihak pengeluar dan penjual untuk memainkan peranan masing-masing bagi memastikan penjualan alkohol secara bertanggungjawab.

Maklumat lanjut tentang komitmen ini dan lain-lain, boleh didapati di bit.ly/RetailCommitment.

Latar Belakang Perikatan Antarabangsa bagi Amalan Minum Secara Berhemah (IARD) 

IARD merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung yang berdedikasi dalam menangani isu kesihatan awam di peringkat global iaitu amalan minum yang memudaratkan dan menggalakkan amalan minum secara berhemah. Sebagai faktor penyumbang bagi tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) yang utama, pengurangan amalan minum yang memudaratkan merupakan keutamaan bagi kerajaan-kerajaan dunia, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Global WHO tentang NCD dan Deklarasi Politik PBB tentang Pencegahan dan Kawalan NCD. IARD menyokong pelaksanaan Strategi Global WHO untuk Mengurangkan Penggunaan Alkohol yang Memudaratkan dan peranan penting yang telah dikenal pasti oleh Negara-negara Anggota untuk pihak pengeluar.   

12 peserta Komitmen tersebut ialah:  Anheuser-Busch InBev, Asahi Group Holdings, Bacardi, Beam Suntory, Brown-Forman Corporation, Carlsberg, Diageo, Heineken, Kirin Holdings Company, Molson Coors, Pernod Ricard dan SABMiller. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nama untuk dihubungi: Isabella Platon
Nombor untuk dihubungi: +32-471-611-373
iplaton@iard.org
http://producerscommitments.org

Source: International Alliance for Responsible Drinking (IARD)
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Retail New products/services