TEL AVIV, Israel, 3 November 2015/PRNewswire/ --
- Indeks Berlian Warna Berhias perlihat kestabilan harga berbanding trend harga negatif untuk berlian putih
Ketika industri berlian bersiap sedia untuk menghadapi musim jualan laris sempena perayaan, harga berlian berwarna berhias kekal stabil. Menurut Indeks Berlian Warna Berhiashttps://www.fcresearch.org/tools/, harga berlian ini kekal stabil semasa suku ketiga tahun 2015, ketika harga berlian putih menunjukkan penurunan sebanyak 6 - 10%. Berlian berwarna berhias dengan prestasi terbaik adalah biru Vivid, yang menunjukkan peningkatan harga sehingga mencecah 6% berbanding suku sebelumnya.
Indeks Berlian Berwarna Berhias diterbitkan oleh sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan, Yayasan Penyelidikan Warna Berhias (FCRF), dan menjejak data harga bagi berlian berwarna kuning, merah jambu serta biru dalam tiga pusat dagangan global penting - Hong Kong, New York dan juga Tel Aviv.
Antara Julai hingga September 2015, Indeks Berlian Warna Berhias kekal tidak berubah, di sebalik jumlah urus niaga yang lebih rendah. Harga berlian kuning, terutamanya dalam kategori Berhias, agak lemah dan merosot sehingga 2%. Berlian biru menunjukkan peningkatan harga purata sehingga 2%, didorong oleh kategori Vivid, dengan sesetengah saiz (1.5 karat, 2 karat dan 5 karat) meningkat sebanyak 5 - 6% berbanding suku sebelumnya. Ini menandakan peningkatan harga sukuan paling signifikan bagi berlian biru sejak 12 bulan lalu. Harga berlian merah jambu secara puratanya kekal tidak berubah.
Dari tahun ke tahun, berbanding Suku Ketiga 2014, berlian biru telah menunjukkan prestasi paling mantap dalam semua kategori warna dengan peningkatan harga sebanyak 3 - 4%. Peningkatan harga tertinggi berbanding tahun sebelumnya bagi kategori tunggal adalah untuk berlian biru Vivid 5 karat iaitu sebanyak 11%.
Pengerusi Lembaga Penasihat FCRF Eden Rachminov berkata, "Permintaan terhadap berlian biru mungkin telah meningkat hasil daripada keterujaan yang timbul daripada lelongan Sotheby akan datang yang menampilkan "Blue Moon", salah satu berlian biru berhias Vivid yang terpenting di dunia. Ini telah menyebabkan permintaan yang meningkat di sebalik kekurangan berlian biru berhias."
Latar Belakang FCRF
Yayasan Penyelidikan Warna Berhias (FCRF) merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung, yang berdedikasi untuk menggalakkan ketelusan, prinsip keadilan dagangan dan standard etika yang tinggi dalam industri berlian berwarna berhias. FCRF menjejak ketersediaan bekalan dan data harga berlian berwarna berhias, dan menerbitkan Indeks Berlian Warna Berhias pada setiap suku tahun. Ia ditadbir oleh Lembaga Penasihat, yang mewakili pelbagai rantau dan unsur rantaian bekalan dalam industri.
Hubungi:
Sharon Gefen
sharon@gefenltd.com
+972-54-4494494
Sumber: Fancy Color Research Foundation (FCRF)