omniture

Tiket Mula Dijual untuk My Fair Lady di Sydney

Destination NSW
2015-11-11 09:40 380

SYDNEY, Nov. 11, 2015 /PRNewswire/ -- Satu pengumuman dibuat hari ini iaitu tiket untuk produksi Ulang Tahun ke-60 bagi karya agung Lerner dan Loewe My Fair Lady akan mula dijual pada 21 November. Secara eksklusif untuk Sydney, My Fair Lady akan ditayangkan di Panggung Joan Sutherland, Panggung Opera Sydney, mulai 30 Ogos 2016 untuk musim yang terhad.

NSW Minister for Trade, Tourism and Major Events, Stuart Ayres welcomes Dame Julie Andrews to Sydney, Image: Destination NSW/James Morgan Photography
NSW Minister for Trade, Tourism and Major Events, Stuart Ayres welcomes Dame Julie Andrews to Sydney, Image: Destination NSW/James Morgan Photography
Dame Julie Andrews in Sydney to cast the 60th Anniversary production of Lerner and Loewe’s My Fair Lady which she will direct in 2016 Image: Destination NSW/James Morgan Photography
Dame Julie Andrews in Sydney to cast the 60th Anniversary production of Lerner and Loewe’s My Fair Lady which she will direct in 2016 Image: Destination NSW/James Morgan Photography

Produksi baharu ini, yang menghasilkan semula persembahan Broadway 1956 yang asli, akan diarahkan oleh pelakon wanita yang melakonkan peranan Eliza Doolittle dalam produksi asal, iaitu pelakon dan pengarah terkenal dunia, Julie Andrews. Cik Andrews kini berada di Sydney bagi mengadakan uji bakat untuk My Fair Lady bersama koreografer yang memenangi Anugerah Tony, Christopher Gattelli. Beliau akan mengumumkan barisan pelakonnya pada awal tahun 2016. Produksi ini akan menampilkan rekaan set asal oleh Oliver Smith dan rekaan kostum asal oleh Cecil Beaton.

Tayangan perdana My Fair Lady telah diperoleh secara eksklusif untuk Sydney oleh Kerajaan NSW melalui agensi pelancongan dan acara pentingnya Destination NSW.

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Acara Penting NSW, Stuart Ayres, berkata, "Dame Julie Andrews merupakan ikon pentas serta layar dan para penonton bakal menyaksikan malam teater yang tidak akan dilupakan apabila pementasan arahan beliau My Fair Lady bakal diadakan di Sydney. Produksi ini akan menjadi sorotan Kalendar Acara NSW pada tahun 2016 dan dijangka bakal membawa masuk lebih 19,000 pengunjung yang bermalam ke Sydney, membawakan kira-kira AU$7 juta untuk ekonomi NSW."

Kisah Pygmalion tentang perubahan seorang gadis bunga Cockney Eliza Doolittle menjadi seorang wanita Inggeris oleh ahli fonetik yang angkuh, Profesor Higgins, merupakan kisah menarik yang memukau para penonton dengan kehangatannya serta watak-watak yang hidup. Skor muzik yang meriah menampilkan lagu-lagu yang tidak dapat dilupakan termasuk Wouldn't It Be Loverly?, On The Street Where You Live, I Could Have Danced All Night dan Get Me to the Church on Time.

My Fair Lady akan mula dipentaskan di Panggung Opera Sydney pada 30 Ogos 2016. Tiket dan pakej pelancongan kini dijual untuk produksi kali pertama di dunia ini.

BUTIRAN MUSIM


Tempat: 

Panggung Joan Sutherland, Panggung Opera Sydney

Musim:

Mulai 30 Ogos 2016

Masa Persembahan:

Rabu-Sabtu 7.30mlm, Matinees Selasa, Rabu & Sabtu 1ptg, Ahad 3ptg 

Harga:

Daripada AU$89.90*

Tempahan:

myfairladymusical.com.au atau 02 9318 8200, 02 9250 7777 atau 1300 723 038

Kumpulan 12 orang ke atas sila hubungi 02 8240 2290

TIKET DIJUAL MULAI 21 NOVEMBER

*Jualan mungkin tertakluk kepada yuran urus niaga dan/atau yuran pemprosesan bayaran kredit/debit tambahan

myfairladymusical.com.au

Kunjungi www.sydney.com untuk maklumat lanjut. Untuk melihat imej kunjungi http://images.destinationnsw.com.au/ 

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151110/8521507621-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151110/8521507621-b

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services