omniture

Continental, Deutsche Telekom, Fraunhofer ESK, dan Nokia Networks Tampilkan Aplikasi Keselamatan Pertama di "Tapak Ujian Lebuh Raya A9 Digital"

Nokia Networks
2015-11-11 10:04 466

MUNICH, Nov. 11, 2015 /PRNewswire/ --

  • Projek pertama di "tapak ujian lebuh raya A9 digital" sasarkan untuk menambah baik keselamatan jalan raya dan kawalan trafik 
  • Menaik taraf rangkaian mudah alih menggunakan teknologi masa nyata 

Continental, Deutsche Telekom AG, Fraunhofer ESK, dan Nokia Networks hari ini mendemonstrasikan komunikasi masa nyata antara kenderaan melalui rangkaian sel LTE, dengan kehadiran Menteri Pengangkutan Persekutuan Alexander Dobrindt. Ini merupakan demonstrasi bagi projek pertama yang terhasil daripada "Piagam Inovasi untuk tapak ujian lebuh raya A9 digital". 

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/285179 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151109/285180 )

Ujian itu menunjukkan bagaimana kenderaan di lebuh raya dapat berkongsi maklumat ancaman menggunakan rangkaian LTE Deutsche Telekom. Memandangkan masa penghantaran yang amat pendek adalah penting bagi tujuan ini, satu bahagian rangkaian Deutsche Telekom telah dilengkapi dengan teknologi Pengkomputeran Pinggir Mudah Alih (Mobile Edge Computing) yang inovatif daripada Nokia Networks, dan dinaik taraf menggunakan teknologi mengesan lokasi yang dibangunkan oleh Fraunhofer ESK. Kombinasi ini, buat kali pertama, akan membenarkan masa penghantaran isyarat antara dua kenderaan dengan kepantasan kurang 20 milisaat. Menggabungkan teknologi dengan antara muka elektronik kenderaan yang dibangunkan oleh Continental memungkinkan beberapa aplikasi berbeza yang disasarkan untuk menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa.

Alexander Dobrindt, Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Digital Persekutuan Jerman, mengulas: "Dengan 'tapak ujian lebuh raya A9 digital", kami telah menghasilkan penawaran neutral teknologi untuk industri dan penyelidikan. Syarikat-syarikat inovatif dapat menguji pemanduan berautomasi dan berangkaian dalam keadaan sebenar di lebuh raya ini. Kami sebenarnya membawakan makmal ke jalan raya. Ini merupakan demonstrasi pertama bagi komunikasi antara kereta melalui sambungan selular berkelajuan tinggi dengan prestasi menghampiri 5G. Dengannya, kami melonjak ke era masa nyata digital di jalan raya. Ini akan menjadikan lalu lintas lebih mudah diramal untuk para pemandu dan akan membantu mencegah kesesakan lalu lintas dan kemalangan. Projek ini mengetengahkan kenyataan bahawa Jerman sedang merintis jalan untuk Mobility 4.0 dalam dunia digital. Cita-cita kami adalah untuk menjadikan kadaran 'diuji di Autobahn Jerman' diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai satu piawaian."

Tim Hottges, Ketua Pegawai Eksekutif, Deutsche Telekom, menambah: "Mobiliti digital memerlukan rangkaian telekomunikasi seluruh negara yang pantas. Kami bercita-cita untuk menjadi penyedia telekomunikasi Eropah terkemuka dan itulah sebabnya kami berada di hadapan dalam membangunkan piawaian baharu. Kami mengambil bahagian dalam "tapak ujian lebuh raya A9 digital" kerana kami ingin menjadikan pemanduan yang lebih selamat dan untuk membantu mengurangkan dengan signifikan bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya."

Ralf Lenninger, Ketua Strategi dan Inovasi di Divisyen Dalaman Continental, berkata: "Di Continental, kami memahami dengan jelas bahawa Internet dapat membantu menambah baik kenderaan. Prinsip di sebaliknya adalah mudah: lebih banyak sesebuah kenderaan mengetahui tentang keadaan persekitaran dan tingkah laku pengguna jalan raya lain, lebih rendah penggunaan tenaganya dan semakin kurang kematian lalu lintas. Komunikasi masa nyata dengan kenderaan lain dan dengan infrastruktur jalan raya dan komunikasi membolehkan kenderaan bertindak balas terhadap situasi yang tidak dapat dikenal pasti oleh mata seseorang pemandu mahupun sensor kenderaan."

Kathrin Buvac, Ketua Pegawai Strategi, Nokia Networks, menambah: "Kami mendorong pembangunan teknologi komunikasi mudah alih generasi kelima supaya pelanggan kami - termasuk Deutsche Telekom - bersedia untuk kes penggunaan masa depan ekoran Industry 4.0 dan Internet of Things. Pendigitalan sektor automotif memainkan peranan penting - terutamanya di Jerman. Komunikasi dalam bidang ini mesti berfungsi secara praktikal dalam masa nyata. Dengan Pengkomputeran Pinggir Mudah Alih, yang telah dibangunkan terutamanya oleh Nokia, kami telah pun menyepadukan unsur 5G ke dalam rangkaian LTE moden dan menyokong sebilangan aplikasi baharu. Dengan cara ini, kami memainkan peranan kami dalam menjadikan pemanduan yang lebih selamat untuk masa depan."

Profesor Dr.-Ing. Rudi Knorr, pengarah institut Fraunhofer ESK, turut menyumbangkan ulasan ini: "Perangkaian andal akan meningkatkan keselamatan dengan nyata untuk semua pengguna jalan raya. Dengan penyelidikan berfokuskam aplikasi kami, kami membantu industri dalam pembangunan pantas perangkaian kenderaan andal. Khususnya dalam sistem bantuan pemandu bersama - yang mana kenderaan yang terlibat memberikan cadangan pemanduan - komunikasi berterusan secara masa nyata yang mantap adalah amat penting."

Maklumat tentang teknologi tersebut 

Projek ini melibatkan penaiktarafan rangkaian LTE sedia ada Deutsche Telekom di seksyen tertentu tapak ujian lebuh raya A9 dengan teknologi Pengkomputeran Pinggir Mudah Alih daripada Nokia Networks. Stesen tapak LTE telah dinaik taraf dengan modul pasang masuk (dikenali sebagai "cloudlet"). Cloudlet ini memastikan maklumat disalurkan secara terus ke dalam sel, dan bukannya membawa data melalui rangkaian mudah alih melalui awan. Ini bermakna kependaman hujung-ke-hujung dapat dikurangkan secara dramatik, kepada 20 milisaat dan kurang. Tanpa teknologi baharu ini, penghantaran isyarat antara dua buah kenderaan melalui rangkaian LTE dan awan pusat dapat mengambil masa seratus milisaat dalam senario kes terbaik, dan sehingga beberapa ratus milisaat dalam keadaan yang kurang mengizinkan. Aplikasi keselamatan jalan raya melalui rangkaian mudah alih hanya akan terhasil melalui penghantaran data pantas ini.

Kenderaan ujian mengandungi unit dalam kenderaan, yang dihubungkan kepada sistem kenderaan dan berkomunikasi dengan rangkaian LTE melalui modul tanpa wayar. Continental membekalkan antara muka kepada sistem dalam kenderaan melalui bas CAN dan perisian aplikasi tablet. Fraunhofer ESK membangunkan perisian GeoService, yang memastikan data kedudukan kenderaan itu direkodkan dan diproses secara langsung di stesen tapak LTE. Perkhidmatan geolokasi di stesen tapak mudah alih membolehkan amaran kejadian dihantar secara praktikal dalam masa nyata kepada semua kenderaan di kawasan yang berkaitan.

Wakil akhbar

Nokia Networks
Bernhard Fuckert
Hubungan Media
Telefon: +49-162-2836967
E-mel: bernhard.fuckert@nokia.com

Fraunhofer Institute for Embedded Systems and Communication Technologies ESK
Susanne Baumer
Perhubungan Awam & Pemasaran
Telefon: +49-89-547088-353
E- mel: susanne.baumer@esk.fraunhofer.de

Deutsche Telekom AG
Christian Fischer
Komunikasi Korporat
Telefon: +49-228-181-94463
E- mel: christian.fischer03@telekom.de

Continental
Divisyen Dalaman Komunikasi Luar
Sebastian Fillenberg
Telefon: +49-6196-87-3709
E- mel: sebastian.fillenberg@continental-corporation.com

Source: Nokia Networks
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements New products/services